Ahad, 14 Mac 2021

1987 BILANGAN PELAJAR DAN KOMPOSISI

(SEJARAH SMK JENGKA 2 SIRI 396)

Pada tahun 1987 SMK Jengka 2 mempuyai 48 kelas yang menampung seramai 1575 orang pelajar. Daripada jumlah itu 26 kelas merupakan kelas sesi pagi dan 22 kelas pula sesi petang. Dua kelas terapung masih berjalan kerana kekurangan bilik darjah dan terpaksa menumpang dalam makmal sains.1





__________________________

1Majalah Jaya,10.

Jumaat, 15 Januari 2021

PERKEMBANGAN SMK JENGKA 2 TAHUN 1985

oleh-AHMAD BIN YAAKOB

1.  Kemudahan  Asas
1.1  Bangunan sekolah.
Pada tahun 1985 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 mempunyai empat  bangunan bilik darjah, satu bengkel  Seni Perusahaan, satu Dewan Besar, sebuah kantin dan sebuah bangunan Sains Pertanian.