Selasa, 12 Jun 2018

TINGKATAN 6A BUKHARI 2005

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
GURU TINGKATAN : PN RAFIZA BT AHMAT
KETUA TINGKATAN: ISMAIL BIN ABD WAHAB

Jumaat, 8 Jun 2018

MOHD RADZUAN JAGUH OLAHRAGA SMKJ 2 2000-2004

MOHD RADZUAN JAGUH OLAHRAGA SMKJ 2 2000-2004
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Mohd Radzuan bin Abdul Rahman dilahirkan pada 3 Januari 1985 berasal dari No 89 Felda Jengka 2, Bandar Jengka Pahang.[1] Radzuan merupakan anak bungsu daripada 11 adik-beradik.Beliau mendapat pendidikan awal di SK Jengka 2. dari tahun 1992 hingga tahun 1997. Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di SMK Jengka 2 dari tahun 1998-2004 iaitu dari Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 6.[2]

      Mula menonjol dalam bidang olahraga apabila mulai tahun 2000 terpilih menjadi pelari pecut sekolah dalam acara 100m, 2000m, 400m dan acara 4 x 100m.Pada tahun Mohd Radzuan bin Rahman telah menyertai Kejohanan MSSD Maran. Kejohanan itu diadakan pada 11-13 jun di SK Jengka Pusat 2. Dalam kejohanan tersbut, beliau telah muncul sebagai Olahragawan Lelaki Bawah 15 tahun. Beliau juga berjaya terpilih mewakili daerah Maran ke MSSD .Mmewakili Pahang dalam acara pecut, dlam kejohanan MSSM di Langkawi.[3]  

      Pada tahun 2002, bakat beliau dalam acara larian 110m  mula diasah oleh GPK HEM, Encik Minhad bin Mohtah. Pada tahun tersebut beliau telah memecahkan rekod Pahang dalam acara lari 110m lompat pagar dan terpilih mewakili Pahang dalam Kejohanan MSSM. Pada tahun yang sama beliau mendapat anugerah Olahragawan SMK Jengka 2 dan Olahragawan daerah Maran. Pada tahun 2002 Mohd Radzuan mewakili Pahang ke SUKMA di Sabah.[4]

      Pada tahun 2003 larian beliau dalam acara 100m lompat pagar semakin pantas apabila mencatat rekod kejohanan MSSP dengan catatan masa 10.9 saat. Pada tahun 2004, beliau mewakili Pahang dalam acara 110m lompat pagar di SUKMA Negeri Sembilan. Pada tahun yang sama belaiu telah menyertai Kejohanan Olahraga Kebangsaan.

      Tahun 2004 merupakan kemuncak kejayaan beliau dalam bidang olahraga. Hal ini terbukti apabila Mohd Radzuan bin Abdul Rahman memenangi pingat perak dalam acara 110m lompat pagar di Kejohanan Olahraga Peringkat Kebangsaan. Pada tahun yang sama beliau terpilih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Ipoh, Perak. Buat kali pertama Mohd Radzuan bin Rahman menimba pengalaman berlari bersama peserta dari China, Korea, Thailand, Jepun dan Arab Saudi.[5]



[1] Majalah Jaya Edisi ke-26,35.
[2] Temu ramah Radzuan Rahman pada 7 jun 2018.
[3] Majalah Jaya Edisi Millinium 2000,46.
[4] Temu ramah Radzuan Rahman pada 7 jun 2018.
[5] Ibid.

Rabu, 6 Jun 2018

ABDUL FAIZAL ISHAK BINTANG BOLA SEPAK SMK JENGKA 2 2000-2001


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB   
  Abdul Faizal bin Ishak dilahirkan di No 430 Felda Jengka 2, Bandar Jengka Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jengka 2 dari tahun 1990 hingga tahun 1996. Pada tahun 1997 Abdul Faizal melanjutkan pelajaran ke SMK Jengka 2 dan ditempatkan di Tingkatan 1KRK 2. Guuru Kelas 1KRK2 ketika itu ialah Pun Norhaslinda binti Yahya.Beliau menduduki Peperiksaan PMR pada tahun 1999 dan Peperiksaan SPM pada tahun 2001.[1] Selepas tamat tingkatan 5, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma in Marine Engineering, Politekni Ungku Omar di Ipoh.[2]

       Abdul Faizal memulakan kerjaya dalam bidang bola sepak apabila mewakili SK Jengka 2 pada tahun 1994, ketika berlajar di tahun 4.[3] Mulai tahun 1997-2001 beliau mewakili SMK Jengka 2 dalam kejohanan bola sepak peringkat daerah hingga ke peringkat negeri. Pada tahun 200 pasukan bolasepak SMK Jengka 2 muncul Johan MSSD Maran dan berjaya menyertai liga MSSP.

      Pada tahun 2001, beliau merupakan seorang pemain tengah bertanan pasukan bola sepak SMK Jengka 2. Pada tahun tersebut pasukan bola sepak SMK Jengka 2 muncul Johan kejohanan bola sepak MSSD Maran. Pasukan SMK Jengka 2 mencipta sejarah kerana berjaya menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSM di Terengganu.[4] Kini beliau bekerja sebagai Wellwork Supervisor di Exxon Mobil Malaysia.[5]


[1] Majalah Jaya Edisi 23,130.
[2]Temu bual dengan Abdul Faizal Ishak pada 3 jun 2018
[3] Ibid.
[4] Majalah Jaya 2001,57.
[5] Temu bual dengan Abdul Faizal Ishak pada 6 Jun 2018

Selasa, 5 Jun 2018

PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM 2004

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pasukan ini dibentuk semula selepas En Muhammad Zain Mat bertukar sekolah ke Kuantan.

Ahad, 3 Jun 2018

BARISAN PENTADBIR SMK JENGKA 2 TAHUN 2003

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pada tahun 2003 Barisan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan jengka 2 ialah  Pengetua Puan Hjh Maimuna bt Hj Taib, GPK Pentadbiran Tuan Hj Ansari bin Nooruden, GPK HEM En Minhad Mohtah dan En Ahmad bin Yaakob Sebagai GPK Kokurikulum.[1] Barisan Ketua Bidang   pula terdiri daripada Pn Roshanilawatey bt Jusoh menjawat jawatan sebagai Ketua Bidang Bahasa, Pn Norasmah bt Sulaiman, Ketua Bidang Sains, Cik Julia Abas Ketua Bidang Kemanusiaan dan Puan Idawati bt Yusoff, Ketua Bidang Teknik dan Vokasyenal.[2]



[1]Majalah Jaya 2003, Edisi Jubli Perak,15.
[2] Ibid.

Jumaat, 1 Jun 2018

WABAK DENGGI DI SMK JENGKA 2 TAHUN 1975


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Menurut Guru Besar Hj. Ibrahim Muhammad, peristiwa yang paling meyedihkan beliau ialah penyakit denggi yang melanda pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Penyakit yang baru menular di negara kita itu menyebabkan dua orang pelajar meninggal dunia.[1] Menurut Cikgu Jaffar bin Nasir yang merupakan Guru Asrama SMK Jengka 2 ketika itu beberapa orang pelajar sekolah telah dijangkiti demam denggi berdarah dan ada yang meninggal dunia.[2] Allahyarham Cikgu Nasharuddin Rashid pula menyatakan pelajar yang meninggal tersebut ialah aruah abangnya dari Felda Jengka 7.[3] Aruah abangnya tidak dapat diselamatkan kerana lambat dihantar ke Hospital Mentakab


Foto-Sumbangan Cikgu Mohd Azam bin Ariffin.


[1]Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2016.
[2]Temu ramah En Mohd Jaffar bin Nasir pada 17 Mei 2018.
[3] Temu ramah En Nasharuddin bin Rashid pada 1 April 2003.

PERKEMBANGAN SMK JENGKA 2 TAHUN 1976

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
   sumber-Pn Halidah bt Ismail
Pada tahun 1976, Asrama Sekolah Menengah Jengka 2 siap dibina pada bulan Mac 1976. Asrama baru ini dapat menampung 337 orang pelajar asrama. Tetapi sekolah menghadapi masalah letrik kerana ketiadaan generator.[1] Pada tahun 1976 seramai 142 orang calon telah mengambil peperiksaan SRP. Keputusan telah meningkat  kepada 76.6%. Seramai 109 orang pelajar telah berjaya mendapat pangkat A.[2]



[1] Majalah Jaya Bil.2,14.
[2] Ibid.