Rabu, 24 Julai 2019

CABARAN GURU BESAR I 1973. [SEJARAH SMKJ2 SIRI 6]


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pada 1 Januari Guru Besar Ibrahim Haji Mohammad telah datang ke Sekolah Menengah Jengka 2 untuk untuk meninjau keadaan di sana. Beliau mendapati bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina. Pada masa yang sama beiau diarahkan untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2.atas jasa baik Guru Besar SK Jengka 2, Encik Ahmad bin Osman, beliau telah menyediakan dua kelas untuk  SMK Jenga 2 mula beroperasi.[1]
                          
      Ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap, jadi rumah Guru Besar juga belum ada. Oleh itu beliau terpaksa menumpan sementara di rumah saudara-mara di Felda Jengka 2. Budget mengurus SMK Jengka 2 juga belum ada. Sebagai Guru Besar ketika itu, Haji Ibrahim bin Haji Mohamad terpaksa menggunakan duit sendiri untuk menanggung peberlanjaan mengurus SMK Jengka 2. Kereta beliau pula dijadikan seperti ambulan untuk menghantar pelajar sakit ke Hospital Mentakab.[2]


[1]Temu ramah dengan Haji Ibrahim Mohamad pada 7.Ogos 2015.  
[2] Ibid.

Selasa, 23 Julai 2019

JULAI 1973 BANGUNAN ASAL SMK JENGKA 2 SIAP DIBINA [SIRI 5]

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
 Pada bulan Julai 1973 bangunan Sekolah Menengah LKTP Jengka 2 telah siap dibina. Oleh itu 87 orang pelajar telah dipindahkan ke bangunan baru ini.Bangunan baru ini terdi dari Blok A, Blok B, Kantin Sekolah dan sebuah Bengkel Seni Perusahaan. Pada tahun 1973 SMK LKTP Jengka 2 mempunyai 13 buah Bilik Darjah, dua buah Bilik Makmal Sains, dua buah Bilik Sains Rumah Tangga, Dua Buah Bilik seni Perusahaan, sebuah Bilik Perpustakaan san sebuah Kantin.[1]











[1] Majalah Jaya 1979,14.

Khamis, 18 Julai 2019

SEJARAH KETUA PENGAWAS SMK LKTP JENGKA 2 1973-1998.

(SEJARAH SMK JENGKA 2 SIRI 4)
Senarai Ketua Pengawas SMK Jengka 2 tahun 1970-an
1.Mad Isa Mahmud dan Nor Aminah Jaafar
2.Halim bin Hashim dan Sarimah binti Omar.
3.Isnin bin Abu dan Norhashimah binti Saidin.
4.Baharom Mat dan Sarimah binti Omar.- 1978.[1]


[1]Majalah Jaya 1978,20

SMK JENGKA 2 DI BAWAH PENTADBIRAN EN.IBRAHIM MOHAMAD 1973-1979.

[SEJARAH SMK JENGKA 2 SIRI 2]
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
      Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembangunan Jengka. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas Pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 Januari 1973.[1] Pada masa itu bilangan pelajar ialah 87 orang, manakala tenaga pengajarnya seramai 4 orang. Mereka ialah Encik Mat Yusof bin Ismail, Puan aminah Hj Koya, Cik Jamaliah binti Aman dan Encik Ibrahim bin Hj Mohammad sebagai Guru Besar.[2]


[1]Majalah Jaya Edisi 24 2002, hlm.5.
[2] Majalah Jaya 1978,5.

Rabu, 3 Julai 2019

KELAB HOKI SMK JENGKA 2 1997.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

PASUKAN HOKI SMK JENGKA 2 1992

Pada tahun 1992 Kejohanan Hoki MSSD Maran diadakan di Sekolah Menengah Vokasional Pertanian,Chenor. Dalam kejohanan tersebut prestasi Pasukan Hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 semakin merosot apabila cuma berjaya mendapat tempat keempat sahaja.[1]
Pada tahun 1992 Cikgu Ravichandran dan En. Sadli bin Hj Abdullah menjadi Penasihat Kelab Hoki SMK Jengka 2.  Kelab Hoki pula dipengerusikan oleh Mahmud Syaltut, Setiausaha  Zamri bin Abdul Muti, Bendahari Shahriwan bin Fatah. Manakala Ahli Jawatankuasa Kecil pula ialah Zakaria bin Shuaib, , Kamal bin Yusuf, Hasrul bin Yusuf, Anuar Md Nor dan azhar Che amat. Pengerus Kelab Hoki berjanji akan memperbaiki pencapaian sukan hoki pada tahun hadapan.[2]



[1]Majalah Jaya 1992,67.  
[2] Majalah Jaya Bil.14 1992,67