Isnin, 28 Mei 2018

GURU SMK JENGKA 2 TAHUN 1975

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1975, bilangan pelajar SMK LKTP Jengka 2 meningkat kepada 455 orang. Manakala jumlah guru pula  bertambah daripada 9 orang kepada19 orang. Bilangan penghuni asrama sementara pula bertambah menjadi 210, iaitu 121 penghuni Asrama Lelaki  dan 89 orang penghuni Asrama Perempuan.[1]
SUMBER-En Samian Hj Samingon

      Guru-guru yang mengajar di SMK Jengka 2 ialah En Azman bin Mohd Amin, Puan Tariah bt Kassim,[2]En Mohd Jaafar bin Nasir,[3] En Sahril bin Maarof, cikgu Nor Aminah bt Jaafar, Guru Besar En Ibrahim bin Mohamad, En Hamzah bin Awang, En Mokhlas Hj Ahmad dan cikgu Norehan bt Busu.[4]



[1] Majalah Jaya,Bil.2 1979,14
[2] Temu ramah En Azman bin Mohd Amin pada 18 Mei 2018.
[3] Temu ramah En Mohd Jaafar bin Nasir pada 17 Mei 2018.
[4]Temu bual dengan En Samian Hj Samingon pada 17 Mei 2018.

Sabtu, 26 Mei 2018

GURU SMK JENGKA 2 TAHUN 1974

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
   Sumber-En Samian Hj Samingon
Pada tahun 1974 jumlah guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Jengka 2 meningkat daripada 4 orang kepada 9 orang.  Guru yang baru melapor diri pada tahun 1974 ialah cikgu Wok Fadillah bt Jusoh, En Mokhlas Hj Ahmad, En Abdul Razak Abu Bakar, En Hamzah bin Awang dan cikgu Norehan bt Busu.[1] Menurut Mohd Azam Ariffin, cikgu Mokhlas mengajar Seni Perusahaan. Manakala Ustaz Hamzah bin Awang mengajar pendidikan Islam.[2]



[1] Temu bual dengan En Samian Hj Samingon.
[2] Temu ramah Mohd Aazam Ariffin pada 26 Mei 2018

SURAT SAUDARA ISHAK KARIM UNTUk PELAJAR SMKJ2 1987

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB



Jumaat, 25 Mei 2018

GURU SMK JENGKA 2 TAHUN 1973

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Setelah Sekolah Menengah Jengka 2 dibuka pada 2 Januari 1973, sekolah ini cuma mempunyai empat orang guru termasuk seorang Guru  Besar. Menurut Hj Ibrahim Muhamad, jumlah murid ketika itu seramai 87 orang.[1] Menurut Mohd Azam bin Ariffin guru yang mengajar ketika itu ialah cikgu Jamaliah Ahmad dan sepasang suami isteri dari Kuala Lipis iaitu cikgu Mohd Yusuf Ismail dan isterinya Puan Aminah Hj Koya.[2]

      Menurut Hj Ibrahim Muhamad, pada tahun 1973, beliau mengurus sekolah tanpa mendapat peruntukan kewangan dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.  Oleh itu beliau terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk mengurus sekolah.[3] Menurut Mohd Azam lagi kemudahan asas di SMK Jengka 2 ketika itu serba kekurangan. Jumlah guru juga tidak mencukupi kerana tidak ada guru yang mengajar mata pelajaran Seni Perusahaan dan Pendidikan Islam.[4]



[1] Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2018
[2] Temu ramah Mohd Azam Ariffin pada 18 Mei 2018
[3] Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2018
[4] Temu ramah Mohd Aazam Ariffin pada 18 Mei 2018

PELAJAR SMK JENGKA 2 TAHUN 1974

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SUMBER-EN SAMIAN HJ SAMINGON

Jumaat, 18 Mei 2018

Khamis, 17 Mei 2018

PERKEMBANGAN SMK JENGKA 2 TAHUN 1974

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Menurut Hj Ibrahim bin Muhamad, menjelang tahun 1974, pembukaan sekolah ini telah diketahui umum. Pelajar-pelajar dari sekolah rendah kebangsaan Jengka 1, 2, 3, 4, 5,6 dan Ulu Jempol telah datang mendaftar diri ke Sekolah Menengah Jengka 2. Selain dari itu terdapat juga pelajar dari Jengka 8, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 11 dan 12 bertumpu ke SMK Jengka 2.[1]

Penulis bergambar bersama Hj Ibrahim Muhamad

      Pada tahun 1974, bilangan pelajar telah bertambah dengan kemasukan pelajar-pelajar baru dari segenap pelusuk Jengka.Oleh itu jumlah pelajar bertambah dari 87 orang kepada 225 orang dan tenaga pengajar bertambah menjadi 9 orang.[2] Antara guru-guru tersebut ialah En. Ibrahim bin Hj. Mohamad, Guru Besar, Cikgu Jamaliah Ahmad dan pasangan suami isteri dari Kuala Lipis Cikgu Yusof Ismail dan Cikgu Aminah Hj Koya.[3] Guru Besar, Ibrahim Hj Mohamad mengajar mata pelajaran Lukisan, Cikgu Yusof Ismail mengajal mata pelajaran Bahasa Melayu, Cikgu Aminah mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains, manakala Cikgu Jamaliah Ahmad mengajar subjek Bahasa Inggeris. Menurut Cikgu Azam lagi semasa Tingkatan 2 baru ada seorang Ustaz iaitu Ustaz Hamzah Awang dan Cikgu Mukhlas Hj. Ahmad yang mengajar mata pelajaran Seni Perusahaan.[4]



[1] Temu bual Hj Ibrahim Muhamad pada 7 Ogos 2015.
[2]Majalah Jaya Bil.3 1979,14.
[3]Temu bual En. Mohd Azam bin Ariffin pada 16 Mei 2018.  
[4] Ibid.

Rabu, 16 Mei 2018

KEMUDAHAN ASAS SMK JENGKA 2 TAHUN 1973

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.BANGUNAN DAN BILIK DARJAH
Pada bulan Julai 1973, bangunan SMK Jengka 2 telah siap dan murid-murid dipindahkan ke sekolah SMK Jengka 2.  Bangunan baru ini mempunyai 13 buah bilik darjah, dua buah bilik Makmal Sains,dua buah Bilik Sains Rumah Tangga, dua buah Bilik Seni Perusahaan, sebuah Bilik Perpustakaan dan sebuah Kantin.[1]





[1]Majalah Jaya Bil.2 1979,14.

Selasa, 15 Mei 2018

PELAJAR SMK JENGKA 2 1973

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.     Cik Tom Shafie.[1]
2.     Muhammad Zain bin Mat
3.     Dato’ Abu Bakar Harun
4.     Nor Aminah Jaafar
5.     Razak Noh
6.     Dato’ Anas
7.     Saadiah binti Ishak
8.     Latifah Che Min
9.     Bakri Saad
10.  Azmi Wahab
11.  Azmi Ismail
12.  Kamariah Haji Muhammad
13.  Zaharah Ismail
14.  Rosnani Hamid
15.  Jaridah Mustafa
16.  Zainab Husin
17.  Abdul Murad
18.  Halimatun Ssaadiah Sanusi
19.  Zaitun Simat
20.  Samsuri
21.  Idris Samsuri
22.  Rosli Mansur
23.  Mansor Saad
24.  M. Azam Ariffin.[2]
25.  Ibrahim Huri.[3]
26.  Jaafar Omar[4]
27.  Khazami
28.  Mat Isa Mahmud.
29.  Mohd Yusuf bin Kasdan.
30.  Abu Bakar Aabdullah.
31.  Jaafar Ssairi.
32.  Yusuf.[5]




[1] Temu bual Pn Saadiah binti Ishak pada 15 Mei 2018
[2]Temu bual Pn Cik Ton pada 12 Mei 2018
[3] Temu bual Hj Isnin Abu pada 26 April 2018.
[4] Temu bual M.Azam Ariffin  pada 14 Mei 2018.
[5] Temu bual Pn Saadiah binti Ishak pada 15 Mei 2018.

Isnin, 14 Mei 2018

PELAJAR PERINTIS SMK JENGKA 2 1973

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.     Cik Tom
2.     Muhammad Zain bin Mat
3.     Dato’ Abu Bakar Harun
4.     Nor Aminah Jaafar
5.     Razak Noh
6.     Dato’ Anas
7.     Saadiah binti Ishak
8.     Latifah Che Min
9.     Bakri Saad
10.  Azmi Wahab
11.  Azmi Ismail
12.  Kamariah Haji Muhammad
13.  Zaharah Ismail
14.  Rosnani Hamid
15.  Jaridah Mustafa
16.  Zainab Husin
17.  Abdul Murad
18.  Halimatun Ssaadiah Sanusi                       19.  Zaitun Simat
20.  Samsuri
21.  Idris Samsuri
22.  Rosli Mansur
23.  Mansor Saad
24.  M. Azam ariffin.[1]




[1]Temu bual Pn Cik Ton pada 12 Mei 2018

Ahad, 13 Mei 2018

SEJARAH PERKEMBANGAN SMK LKTP JENGKA 2 TAHUN 1973-1979

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
   Pelajar SMK Jengka 2 menumpang di SK Jengka 2 2 Januari-Mac 1993
          Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP  Jengka 2 telah  dibuka pada 21 Januari 1973.[1] Sekolah ini merupakan menengah pertama di Wilayah Jengka. Pada masa itu bilangan murid-murid hanyalah 87 orang.[2] Menurut Haji Ibrahim bin Muhamad, SMK Jengka 2 bermula dengan empat orang guru, guru-guru tersebut ialah, beliau sendiri sebagai Guru Besar, En Mohd Yusuf Ismail, Cikgu Aisyah Hj Poya dan Cikgu Jamaliah binti Ahmad.[3]  

      Menurut Tuan Haji Ibrahim Muhamad setelah diarahkan oleh Pegawai JPNP, En. Yasad bin Awang untuk bertugas sebagai Guru Besar di SMK Jengka 2, beliau telah pergi ke SMK Jengka 2 untuk meninjau keadaan di sana. bertugas melaporkan diri pada 1 Januari 1973, beliau terkejut apabila mendapati Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 belum siap dibina.[4] Beliau diarahkan oleh pegawai JPNP untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Encik Ahmad bin Osman telah menyediakan dua kelas untuk Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jengka 2 ketika itu menempatkan 87 orang pelajar SMK Jengka 2.[5]

      Pada 2 Januari1973, bermulalah pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 1. Menurut Tuan Haji Ibrahim Mohamad, pelajar pertama yang di SMK Jengka 2 ialah Cik Ton dari Felda Ulu Jempol.[6] Antara pelajar-pelajar yang mendaftar ialah Muhammad Zain bin Mat dari Felda Jengka 2, Dato’ Abu Bakar Harun dari Felda Jengka 3,Nor Aminah Jaafar, Razak Noh, Dato’ Anas, Saadiah binti Ishak, Latifah Che Min, Bakri Saad, Azmi Wahab, Azmi Iismail, Kamariah Haji Muhammad, Zaharah Ismail, Rosnani Hamid, Jaridah Mustafa, Zainab Husin, Abdul Murad, Halimatun Ssaadiah Sanusi, Zaitun Ssimat, Samsuri, idris Samsuri, Rosli Mansur dan Mmansor Saad.[7]


[1] Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad Guru Besar Pertama SMK Jengka 2 pada 7 Ogos 2015.
[2] Majalah Jaya Bil.2,14.
[3] Temu ramah pada 7 Ogos 2015.
[4] Ibid.
[5] Majalah Jaya 1987,30.
[6] Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2015.
[7] Temu ramah Cik Ton pada 12 Mei 2018

Sabtu, 5 Mei 2018

PERKEMBANGAN SUKAN BOLA SEPAK SMK JENGKA 2 1975

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menjelang tahun 1975 jumlah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 meningkat kepada 455 orang dan tenaga pengajarnya kepada 19 orang.[1] Menurut Encik Muhammad Zain Mat pasukan bolasepak SMK Jengka 2 mula ditubuhkan pada tahun 1975 kerana ramai pemain berbakat dari Jengka 1, Jengka 2, Jengka 3, Ulu Jempol, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 11, Jengka 12 dan Felda Sungai Tekam bersekolah di SMK Jengka 2. Kebanyakan pelajar-pelajar luar tersebut tinggal di Asrama Sekolah Menengah Jengka 2.[2]
 Temu ramah Hj Yusri Marjan pada 15 Mac 2017
Menurut Hj Isnin Abu, terdapat juga pelajar-pelajar luar tinggal di rumah waris masing-masing di Felda Jengka 2.[3] Menurut Encik Muhamad Zain, antara pemain bola sepak ketika itu ialah Adun Chini, Dato’ Abu Bakar Harun, Muhammad Ali dan lain-lain.[4] Hj Yusri Marjan pula menyatakan padang bola ketika iaitu ialah tapak Surau SMK Jengka 2 sekarang. Pada waktu petang pelajar Asrama Lelaki akan turun bermain bola sepak di padang tersebut.[5]



[1] Majalah Jaya ,14
[2] Temu ramah Muhammad Zain Mat pada 5 Mac 2014.
[3] Temu ramah dengan Hj Isnin abu pada 26 April 2018
[4] Ibid.
[5] Temu ramah Hj Yusri Marjan 15 Mac 2017