OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PENGENALAN
Pada 1 Januari 1973 Sekolah Menengah
Kebangsaan Jengka 2 telah dibuka. Kini SMK Jengka 2 merupakan sekolah tertua di
Felda Wilayah Jengka. Sukan bola sepak mula diperkenalkan di SMK Jengka 2 sejak
Tuan Haji Ibrahim bin Haji Muhamad menjadi Pengetua antara tahun 1973 hingga
tahun 1979.[1]
PENULIS BERSAMA ALLAHYARHAM MUHAMMAD ZAIN MAT TAHUN 2008
Menurut Muhammad Zain bin Mat, pada peringkat awal sukan bola sepak
bukanlah sukan yang popular di SMK Jengka 2 kerana masalah ketiadaan padang
bola sepak untuk pelajar menjalani latihan. Tambahan pula ketika itu mereka
menumpang di Sekolah Kebangsaan Jengka 2 atas jasa baik Guru Besar, Encik Ahmad
bin Osman. Selain itu, jumlah pelajar Tingkatan 1 ketika itu cuma 87 orang
dan mempunyai seorang guru lelaki iaitu Mohd Yusuf Ismail.[2] oleh itu sukar untuk membentuk pansukan bola sepak sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan