Khamis, 17 Mei 2018

PERKEMBANGAN SMK JENGKA 2 TAHUN 1974

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Menurut Hj Ibrahim bin Muhamad, menjelang tahun 1974, pembukaan sekolah ini telah diketahui umum. Pelajar-pelajar dari sekolah rendah kebangsaan Jengka 1, 2, 3, 4, 5,6 dan Ulu Jempol telah datang mendaftar diri ke Sekolah Menengah Jengka 2. Selain dari itu terdapat juga pelajar dari Jengka 8, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 11 dan 12 bertumpu ke SMK Jengka 2.[1]

Penulis bergambar bersama Hj Ibrahim Muhamad

      Pada tahun 1974, bilangan pelajar telah bertambah dengan kemasukan pelajar-pelajar baru dari segenap pelusuk Jengka.Oleh itu jumlah pelajar bertambah dari 87 orang kepada 225 orang dan tenaga pengajar bertambah menjadi 9 orang.[2] Antara guru-guru tersebut ialah En. Ibrahim bin Hj. Mohamad, Guru Besar, Cikgu Jamaliah Ahmad dan pasangan suami isteri dari Kuala Lipis Cikgu Yusof Ismail dan Cikgu Aminah Hj Koya.[3] Guru Besar, Ibrahim Hj Mohamad mengajar mata pelajaran Lukisan, Cikgu Yusof Ismail mengajal mata pelajaran Bahasa Melayu, Cikgu Aminah mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains, manakala Cikgu Jamaliah Ahmad mengajar subjek Bahasa Inggeris. Menurut Cikgu Azam lagi semasa Tingkatan 2 baru ada seorang Ustaz iaitu Ustaz Hamzah Awang dan Cikgu Mukhlas Hj. Ahmad yang mengajar mata pelajaran Seni Perusahaan.[4]



[1] Temu bual Hj Ibrahim Muhamad pada 7 Ogos 2015.
[2]Majalah Jaya Bil.3 1979,14.
[3]Temu bual En. Mohd Azam bin Ariffin pada 16 Mei 2018.  
[4] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan