Jumaat, 25 Mei 2018

GURU SMK JENGKA 2 TAHUN 1973

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Setelah Sekolah Menengah Jengka 2 dibuka pada 2 Januari 1973, sekolah ini cuma mempunyai empat orang guru termasuk seorang Guru  Besar. Menurut Hj Ibrahim Muhamad, jumlah murid ketika itu seramai 87 orang.[1] Menurut Mohd Azam bin Ariffin guru yang mengajar ketika itu ialah cikgu Jamaliah Ahmad dan sepasang suami isteri dari Kuala Lipis iaitu cikgu Mohd Yusuf Ismail dan isterinya Puan Aminah Hj Koya.[2]

      Menurut Hj Ibrahim Muhamad, pada tahun 1973, beliau mengurus sekolah tanpa mendapat peruntukan kewangan dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.  Oleh itu beliau terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk mengurus sekolah.[3] Menurut Mohd Azam lagi kemudahan asas di SMK Jengka 2 ketika itu serba kekurangan. Jumlah guru juga tidak mencukupi kerana tidak ada guru yang mengajar mata pelajaran Seni Perusahaan dan Pendidikan Islam.[4]



[1] Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2018
[2] Temu ramah Mohd Azam Ariffin pada 18 Mei 2018
[3] Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2018
[4] Temu ramah Mohd Aazam Ariffin pada 18 Mei 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan