Sabtu, 5 Mei 2018

PERKEMBANGAN SUKAN BOLA SEPAK SMK JENGKA 2 1975

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menjelang tahun 1975 jumlah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 meningkat kepada 455 orang dan tenaga pengajarnya kepada 19 orang.[1] Menurut Encik Muhammad Zain Mat pasukan bolasepak SMK Jengka 2 mula ditubuhkan pada tahun 1975 kerana ramai pemain berbakat dari Jengka 1, Jengka 2, Jengka 3, Ulu Jempol, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 11, Jengka 12 dan Felda Sungai Tekam bersekolah di SMK Jengka 2. Kebanyakan pelajar-pelajar luar tersebut tinggal di Asrama Sekolah Menengah Jengka 2.[2]
 Temu ramah Hj Yusri Marjan pada 15 Mac 2017
Menurut Hj Isnin Abu, terdapat juga pelajar-pelajar luar tinggal di rumah waris masing-masing di Felda Jengka 2.[3] Menurut Encik Muhamad Zain, antara pemain bola sepak ketika itu ialah Adun Chini, Dato’ Abu Bakar Harun, Muhammad Ali dan lain-lain.[4] Hj Yusri Marjan pula menyatakan padang bola ketika iaitu ialah tapak Surau SMK Jengka 2 sekarang. Pada waktu petang pelajar Asrama Lelaki akan turun bermain bola sepak di padang tersebut.[5]



[1] Majalah Jaya ,14
[2] Temu ramah Muhammad Zain Mat pada 5 Mac 2014.
[3] Temu ramah dengan Hj Isnin abu pada 26 April 2018
[4] Ibid.
[5] Temu ramah Hj Yusri Marjan 15 Mac 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan