Rabu, 25 September 2019

CABARAN MENGAJAR PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS 1996


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Saya mula mengajar pelajar Tingkatan 6A Geografi dan 6A Sastera mulai 19 Januari 1996. Saya mengambil alih tugas sahabat baik sejak di UKM Cikgu Yusoff Abdullah. Terima kasih Cikgu Yusof kerana telah mengajar semua pelajar 6 Atas semasa mereka di Tingkatan 6 Rendah. Tugas yang diamanahkan kepada saya untuk mengajar Sejarah STPM Tingkatan 6 Atas amat mencabar kerana kali terakhir saya mengajar Sejarah STPM ialah pada tahun 1989 ketika mengajar di Institut Pendidikan Cemerlang, Pasir Puteh.[1]

      Saya wajib menguasai sukatan pelajaran ^Sejarah STPM 6 Aatas dan 6 Rendah dalam masa sebulan. Ppada hari sabtu saya ke UKM dan ke Kajang untuk mencari buku rujukan Sejarah STPM. Ketika itu Koperasi atau Kedai Buku UKM ada menjual buku-buku rujukan STPM. Begitu juga dengan kedai-kedai buku di Bandar Kajang. Saya juga merujuk kepada Prof Dr Nik anuar Nik Mahmud, Ketua Jabatan sejarah UKM yang banyak membuat seminar STPM Sejarah untuk mennguasai Seajarah Malaysia dan Asia Tenggara. Dr Ahmad Ali seman pula meminta saya memberi tumpuan kepada Bahagian C iaitu Sejarah China dan Jepun. Saya kerap berjumpa dengan Dr hmad Ali Seman semasa ke UKM pada tahun 1996.[2]   

      Cabaran paling besar yang saya hadapi ialah ketika mengajar Tingkatan 6 Atas Sastera. Kebanyakan pelajar perempuan kelas ini tidak suka cikgu kelakar dan menggunakan pendekatan bersahabat dengan pelajar. Setiap kali saya edarkan kertas untuk menilai p&p guru mereka mengkritik saya dan menyatakan cikgu terdahulu lebih baik kerana garang dan tegas semasa mengajar. Tetapi pelajar 6 A Geografi menerimakaedah pengajaran saya dengan baik. Menurut Ketua Pengawas, azlan Mohd Yusoff, cikgu mengajar kami sambil gelak ketawa, tetapi berkesan kerana ramai yang dapat A. Alhamdulillah semua pelajar 6AG kelas  lulus 100%., manakala seorang sahaja pelajar 6AS gagal. Alhamdulillah ketika keputusan peperiksaan STPM diumumkan 15 orang pelajar mendapat A1 dan 14 orang pelajar mendapat A2.[3]


[1] Catatan dauri 1989.
[2] Catatan Dairi 1996.
[3] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan