Selasa, 17 September 2019

2016-KENANGAN BERSAMA HJ YAAKOB MAHADI


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Saya mengenali allharyam Hj. Yaakob Mahadi sejak tahun 1996. Sebagai guru baru SMK Jengka 2 saya kerap mengikut allahyarham Cikgu Muhammad Zain Mat ke rumah allahyarham bila ada tugasan sekolah. Ketika itu saya merasa kagum kerana di bahagian pagar batu rumah allahyaryah ditanam pelbagai pokok sayur termasuk kobis.[1]
      Pada tahun 2016 saya mula menemuramah Hj. Yaakob Mahadi untuk menulis asal-usul penubuhan SMK Jengka 2. Menurut Haji Yaakob Mahadi, mantan Pengerusi PIBG dan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, Pihak Pengurusan Felda telah pun menetapkan tapak khas untuk pembinaan sekolah. Tapak tersebut terletak di atas puncak bukit berhampiran Klinik Kesihatan Jengka 2.Pengurus Felda Jengka 2, Encik Jamaluddin bertanggungjawab menguruskan pembinaan dua blok bangunan SMK Jengka 2.[2]


[1] Catatan Dairi 1996.
[2] Temu ramah Hj Yaakob Mahadi pada 5 April 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan