Selasa, 17 November 2020

KOMIK SEJARAH SMK JENGKA 2 SIRI 6

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks yang berkata 'SMK JENGKA 2 1973 KAKIT ANGAN AKADEMIK SMKJ2 TAHUN 1973 CIK AMINAH HJ KOYA 1.1 JANUARI GURU BESAR IBRAHIM MOHAMMAD MELAPOR DIRI. 2.2 JANUARI 1973 CIK AMINAH BINTI HAJI ΚΟΥΑ. CIK JAMALIAH BINTI AMAN, DAN EN. MAT YUSOF BIN ISMAIL MELAPOR DIRI KE SEKOLAH MENENGAH LKTP JENGKA 2 EN MAT YUSOF ISMAIL EN IBRAHIM MOHAMMAD. GURU BESAR. CIK JAMALIAH AMAN eator'


KOMIK SEJARAH SMK JENGKA 2 SIRI 5.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.

Menurut Hj Ibrahim Mohammad, Guru Besar pertama SMKJ2, Cik Tom Shafie merupakan murid pertama mendaftar di Tingkatan 1 1973.

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, termasuk Mohd Azam Ariffin dan Mohd Khazami Mokhtar, orang duduk, teks yang berkata 'CIK TOM BINTI SHAFIE SIAPA SIAPAPELAJAR PELAJAR PERT AMA MENDAFT AR DI SMK JENGKA2 08 2015 PELAJAR PERINTIS SMK JENGKA 2 CIK TOM SHAFIE. BEKAS GPK SK JENGKA PUSAT 2. BERASAL DARI ULU JEMPOL MOHD AZAM ARIFFIN GURU CEMERLANG SK DESA JAYA. BERASAL DARI JENGKA 6.'
Ani Akma Ghani, Hazir Alias dan 23 yang lain

SEJARAH SMK JENGKA 2 SIRI-4

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.

Guru Besar pertama Ibrahim Hj Mohammad. 1973-1979



Sabtu, 14 November 2020

BUKU SEJARAH SMKJ2 VERSI KOMIK

Sejak pencen tahun 2019 saya mula berusaha menyiapkan buku Sejarah SMKJ2 melalui penulisan ilmiah. Tetapi buku ini akan menjadi sangat tebal kerana ia bermula dari tahun 1973

-2023. Dalam tempoh yang sama saya mencari perisian buat majalah, tetapi tak jumpa.
Memang kecewa, kemudian kena strok ringan beberapa kali. Selepas itu masuk Wad Hospital IIUM selama 21 hari.Kini masih tak mampu memandu kereta dan berjalan tanpa tongkat. Banyak sungguh cabaran.
Alhamdulillah luka pembedahan dah sembuh. Walaupun saya tahu pengurusan SMKJ2 tak peduli pun kerja yang saya buat. Tetapi saya menulis bukan kerana nama. Saya cuma nak menulis Sejarah SMKJ2 tempat saya bekerja selama 23 tahun supaya tidak hilang ditelan zaman. Sokongan Dr Zaharah, Kak Bis, Nor Hafizah Ismail dan lain-lain membuatkan saya tetap yakin dapat menyiapkan buku ini.Hari ini saya terfikir, saya bekas kartunis. Kenapa tak buat komik bergambar. Semoga usaha terakhir ini dapat diterima oleh semua warga SMKJ2.
 

BUKU KOMIK SMKJ2 SIRI 2.

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.
 Imej mungkin mengandungi: 3 orang, termasuk Mohd Khazami Mokhtar, teks yang berkata 'HJ YAAKOB MAHADI MERUPAKAN AKAN AJK PENGELOLA PENUBUHAN SMKJ2. EN JAMALUDDIN BERT ANGUNGJA AWAB MENGURUSKAN PEMBINAAN DUA BLOK BANGUNAN SMKJ2. BILA SMK JENGKA2 DIBUKA? TAHUN 1973 FELDA TELAH MENET APKAN TAPAK KHAS SMKJ2 DI ATAS PUNCAK BUKIT BERSEBELAHAN SKJ2. HJ YAAKOB MAHADI 05. 04 2016 13 41 MENURUT MUHAMMAD ZAIN MAT. SMK JENGKA 2 DIBINA TAHUN 1973 KERANA KEPERLUAN SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI JENGKA 2. INI KERANA RAMAI PENEROKA YANG MASUK KE FELDA JENGKA 2 TELAH MEMPUNYAI ANAK BERUSIA 13 TAHUN. BEGITU JUGA PENEROKA DI FELDA BERHAMPIRAN JENGKA 2.'

BUKU KOMIK SEJARAH SMKJ2 SIRI 1.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

 Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan luar, teks yang berkata 'TEMU RAMAH GURU BESAR PERT AMA HJ IBRAHIM MOHAMAD. 07 08 2015 18 FOTO KENANGAN SELEPAS TEMU FOTOKENANGANSELEPASTENUIRAWAH RAMAH GURU BESAR. A78'

 

Ahad, 30 Ogos 2020

SEJARAH PERKEMBANGAN SMK JENGKA 2 TAHUN 1986




Pada tahun 1986 jumlah pelajar yang menuntut di SMK Jengka 2 ialah seramai 1562 orang dan sejum;ah 73 orang guru bertugas di sekolah ini. Sekolah ini juga mempunyai 45 kelas iaitu dua Kelas Peralihan, 1 Kelas Tingkatan 1, 11 kelas Tingkatan 2, 9 kelas Tingkatan 3, 7 kelas Tingkatan 4 dan 7 kelas Tingkatan 5. Semua kelas ini menampung 1562 orang pelajar. 1
__________________________________________
[1]Majalah Jaya, 10

GURU AKADEMIK SMKJ2 1986


 

Selasa, 30 Jun 2020

SMK JENGKA 2 TAHUN 1982



Bilangan pelajar tahun 1982 ialah 1500 orang yang terdiri dari tujuh kelas Tingkatan 5 empat Kelas Tingkatan 4, lapan kelas Tingkatan 3, lapan kelas Tingkatan 2 dan sepuluh Kelas Tingkatn 1.Tahun i i buat kali pertama calon SPM Jurusan Sains Pertanian mengambil Peperiksaan SPM. Kelas Tingkatan Empat Perdagangan juga dibuka pada ini..Jumlah guru pula ialah seramai 57 orang.[1]         


[1] Majalah Jaya 1982, 14


SMK JENGKA 2 TAHUN 1980


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pelajar-pelajar SMK Jengka 2 terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan 5. . Julah pelajar tahun 1980 ialah seramai 329 orang. Sese persekolahan terbahagi kepada dua sidang iaitu Sidang Pagi dan Sidang Petang. Olah kerana sekolah ini berada di kawasan Felda maka majoriti pelajar-pelajarnya ialah pelajar Melayu.  Pada tahun 1980 jumlah pelajar Melayu ialah seramai 1242 orang, pelajar Cina 62 orang dan pelajar India seramai 25 orang.[1]
                                           


[1] Majalah Jaya 1980, 10

SMK JENGKA 2 1979

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri, kanak-kanak dan dalam

Pada tahun 1979 pertambahan pelajar tidaklah sepesat tahun-tahun sebelumnya., Jumlah pelajar SMK LKTP Jengka 2 tahun 1979 ialah seramai 1387 orang. Sementara jumlah guru kekal 52 orang. Penyelai Sidang Petang ialah Mahasan @ Mohidin Mat Teh. Cikgu Razali Bin Othman pula melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.[1]


[1] Majalah Jaya 1979.10


Isnin, 29 Jun 2020

SMK JENGKA 2 TAHUN 1978

Pada tahun 1978  bilangan pelajar telah meningkat seramai 1353 orang. Mreka terdiri dari pada dua kelas Tingkatan 5, tiga kelas Tingkatan 4 dan tujuh kelas Tingkatan 3. Kelas lain ialah sembilan kelas Tingkatan 2 dan tiga belas kelas Tingkatan 1. Kelas Perdagangan dibuka dan mula diajar di SMK Jengka 2. Dua Kelas 1 Perdagangan telah dibuka. Teanga akademik pula berjumlah 48 orang. Mereka terdiri daripada tujuh orang guru siwazah dan 40 orang guru lepasan Maktab dan seorang Guru Sementara. Kakitangan Sekolah Bukan Akademik berjumlah 10 orang, dua oran Atendan Makmal dan seorang pelayan pejabat. Seterusnya dua orang tukang sapu, dua orang tukang kebun dan tiga orang amah.[1]


[1] [i]Majalah Jaya 1978, 5.


Ahad, 28 Jun 2020

PERSATUAN SAINS PERTANIAN 1978


PENGAWAS SIDANG PADI TAHUN 1978


1977-SESI PETANG BERMULA


TAHUN 1977


Pertambahan murid bertambah pesat pada tahun 1977, jumlah pelajar tahun tersebut meningkat kepadaP 1020 orang. Persekolahan sesi petang bermula. Sidang pagi terdiri daripada murid-murid Tingkatan 2,3 dan 4. Sementara murid Tingkatan 1 pula bersekolah di Sidanf PetangPada tahun 1977 buat kali pertama dibuka Kelas Tingkatan 4 dengan mempunyai  77 orang murid. Mata pelajaran baru di SMK Jengka 2 ialah Sains Pertanian dan Seni Perusahaan.[1]

[1] Majalah Jaya 1979.14,


TAHUN 1976


oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1976 jumlah pelajar bertambah menjadi 678 orang. Penghuni asrama pula bertambah menjadi 337 orang Sebanyak 4 Bilik Darjah dan sebauh Bilik Sauns Rumahtangga  terpaksa digunakan. Banyak masaah dihadapi oleh penghuni asrama seperti masalah air. Mereka berjaya menghadapi semua masaah hingga berpindah ke bangunan asrama sebenar ada bulan Mac 1976.[1]


[1] Majalah Jaya 1978,


Jumaat, 26 Jun 2020

TINGKATAN 3RK2 1998

Dri Kiri atas : hasrul ,arwah fauzi, izani,yasser,idham,Rushaidi, shahrel
tgh kiri: samsiah(cham),zura,,khadijah(djah),shahrizal,pazal,awie
duduk:kenah,,timoh,wani,cikgu linda,muslim,,lina arif

Khamis, 25 Jun 2020

TAHUN 1975


TAHUN 1975
Pada tahun 1975 bilangan pelajar berjumlah serama 455 orang dan guru-gurunya seramai 16 orang, Bilangan penghuni asrama telah bertambah seramai 210 orang, iaitu 121 orang putera dan 89 orang puteri. Jumlah pelajar pula menjadi seramai 678 orang.Manakala jumlah guru ialah semai 19 orang.[1]


[1] Majalah Jaya 1978, 3


SEJARAH AWAL SMK JENGKA 2


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 merupakan sekolah menengah pertama di Jengka.Pada masa itu bilangan pelajar seramai 87 orang.Manakala tenaga pengajarnya seramai 4 orang. Mereka ialah Encik Mat Yusoff Ismail, Puan Aminah Hj Koya, Cik Jamaliah Aman dan dan En Ibrahim HJ Mohammad sebagai Guru Besar. Ketika itu SMK Jengka 2 menumpang di SK Jengka 2 kerana bangunan sekolah masih dalm pembinaan.Pada bulan Julai barulah berpindah ke bangunan sendiri. Bangunan ini mempunyai 3 Blok, mengandungi 13 Bilik Darjah , dua Bilik Makmal  Sains, dua Bilik Sains Rumahtangga, dua Bilik Seni Peeusahan sebauh Bilik Perpustakaan dan subuah Kantin[1]   


[1]Majalah Jaya 1978, 5

SMK JENGKA 2 1974


TAHUN 1974
Pad tahun 1974 bilangan pelajar telah bertambah dengan kemasukan pelajar-pelajar baru Tingkatan 1. Menjadi seramai 225 orang. Tenaga pengajar pula bertambah menjadi 9 orang. Pada tahun ini juga, dibuka Asrama sEmentara kerana kesulitan yang dialami oleh pelajar-pelajar yang tinggal jauh  daripada Jengka 2 seperti daripada Jengka 10, Jengka 9, Jengka 4 dan Jengka 5.[1]  Kementerain Pelajaran telah bersetuju mangadakan Asrama Sementara dengan menggunakan bilik darjah yang masih kosomg.Sebanyak lima Bilik Darjah telah digunakan bagi menmpatkan 118 orang penghuni iaitu 71 orang putera dan 47 orang puteri.[2]


[1] Temu ramah En Ibrahim Mohamad pada 7 Ogos 2015.
[2] [2]Majalah Jaya 1978, 5


Sabtu, 9 Mei 2020

PESTA GAJAH MERIAHKAN KEJOHANAN OLAHRAGA 2000


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 518)

      Setiausaha  Ssukan Cikgu Md. Lazim Ngah, telah membawa kelainan pada ari Sukan SMK Jengka 2 apabila menyewa gajah dari Kuala Gandah. Cikgu Md Lazim merupakan nadi kecemerlangan Sukan SMK Jengka 2. Beliau mula berkhidmat di SMK Jengka 2 pada 1 Disember 1989 dan bertukar ke Terengganu pada 30 Mei 2000.[1] Saya fikir, inilah Kejohanan Olahraga tahunan yang paling meriah sejak bertukar ke SMK Jengka 2 1996. Terima kasih sahabat.

[1]Majalah Jaya 2000, 21.

Ahad, 1 Mac 2020

WABAK DENGGI DI SMK JENGKA 2 TAHUN 1975


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Menurut Guru Besar Hj. Ibrahim Muhammad, peristiwa yang paling meyedihkan beliau ialah penyakit denggi yang melanda pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Penyakit yang baru menular di negara kita itu menyebabkan dua orang pelajar meninggal dunia.[1] Menurut Cikgu Jaffar bin Nasir yang merupakan Guru Asrama SMK Jengka 2 ketika itu beberapa orang pelajar sekolah telah dijangkiti demam denggi berdarah dan ada yang meninggal dunia.[2] Allahyarham Cikgu Nasharuddin Rashid pula menyatakan pelajar yang meninggal tersebut ialah aruah abangnya dari Felda Jengka 7.[3]Allahyarham abangnya tidak dapat diselamatkan kerana lambat dihantar ke Hospital Mentakab. Pada 23 Jun 1975, pelajar Asrama Putera Ridzuan bin Zakaria, meninggal dunia di Rumah Sakit Mentakab. Pada 2 Julai 1975, Mohd. Salleh bin Abas pula meninggal dunia di Rumah Sakit Mentakab.[4]


[1]Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2015.
[2] Temu ramah En Mohd Jaffar bin Nasir melalui was apt  pada 17 Mei 2018.
[3]Temu ramah En Nasharuddin bin Rashid pada 1 April 2003..
[4]  Majalah Jaya. 1978,9.