Selasa, 30 Jun 2020

SMK JENGKA 2 TAHUN 1982



Bilangan pelajar tahun 1982 ialah 1500 orang yang terdiri dari tujuh kelas Tingkatan 5 empat Kelas Tingkatan 4, lapan kelas Tingkatan 3, lapan kelas Tingkatan 2 dan sepuluh Kelas Tingkatn 1.Tahun i i buat kali pertama calon SPM Jurusan Sains Pertanian mengambil Peperiksaan SPM. Kelas Tingkatan Empat Perdagangan juga dibuka pada ini..Jumlah guru pula ialah seramai 57 orang.[1]         


[1] Majalah Jaya 1982, 14


SMK JENGKA 2 TAHUN 1980


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pelajar-pelajar SMK Jengka 2 terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan 5. . Julah pelajar tahun 1980 ialah seramai 329 orang. Sese persekolahan terbahagi kepada dua sidang iaitu Sidang Pagi dan Sidang Petang. Olah kerana sekolah ini berada di kawasan Felda maka majoriti pelajar-pelajarnya ialah pelajar Melayu.  Pada tahun 1980 jumlah pelajar Melayu ialah seramai 1242 orang, pelajar Cina 62 orang dan pelajar India seramai 25 orang.[1]
                                           


[1] Majalah Jaya 1980, 10

SMK JENGKA 2 1979

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri, kanak-kanak dan dalam

Pada tahun 1979 pertambahan pelajar tidaklah sepesat tahun-tahun sebelumnya., Jumlah pelajar SMK LKTP Jengka 2 tahun 1979 ialah seramai 1387 orang. Sementara jumlah guru kekal 52 orang. Penyelai Sidang Petang ialah Mahasan @ Mohidin Mat Teh. Cikgu Razali Bin Othman pula melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.[1]


[1] Majalah Jaya 1979.10


Isnin, 29 Jun 2020

SMK JENGKA 2 TAHUN 1978

Pada tahun 1978  bilangan pelajar telah meningkat seramai 1353 orang. Mreka terdiri dari pada dua kelas Tingkatan 5, tiga kelas Tingkatan 4 dan tujuh kelas Tingkatan 3. Kelas lain ialah sembilan kelas Tingkatan 2 dan tiga belas kelas Tingkatan 1. Kelas Perdagangan dibuka dan mula diajar di SMK Jengka 2. Dua Kelas 1 Perdagangan telah dibuka. Teanga akademik pula berjumlah 48 orang. Mereka terdiri daripada tujuh orang guru siwazah dan 40 orang guru lepasan Maktab dan seorang Guru Sementara. Kakitangan Sekolah Bukan Akademik berjumlah 10 orang, dua oran Atendan Makmal dan seorang pelayan pejabat. Seterusnya dua orang tukang sapu, dua orang tukang kebun dan tiga orang amah.[1]


[1] [i]Majalah Jaya 1978, 5.


Ahad, 28 Jun 2020

PERSATUAN SAINS PERTANIAN 1978


PENGAWAS SIDANG PADI TAHUN 1978


1977-SESI PETANG BERMULA


TAHUN 1977


Pertambahan murid bertambah pesat pada tahun 1977, jumlah pelajar tahun tersebut meningkat kepadaP 1020 orang. Persekolahan sesi petang bermula. Sidang pagi terdiri daripada murid-murid Tingkatan 2,3 dan 4. Sementara murid Tingkatan 1 pula bersekolah di Sidanf PetangPada tahun 1977 buat kali pertama dibuka Kelas Tingkatan 4 dengan mempunyai  77 orang murid. Mata pelajaran baru di SMK Jengka 2 ialah Sains Pertanian dan Seni Perusahaan.[1]

[1] Majalah Jaya 1979.14,


TAHUN 1976


oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1976 jumlah pelajar bertambah menjadi 678 orang. Penghuni asrama pula bertambah menjadi 337 orang Sebanyak 4 Bilik Darjah dan sebauh Bilik Sauns Rumahtangga  terpaksa digunakan. Banyak masaah dihadapi oleh penghuni asrama seperti masalah air. Mereka berjaya menghadapi semua masaah hingga berpindah ke bangunan asrama sebenar ada bulan Mac 1976.[1]


[1] Majalah Jaya 1978,


Jumaat, 26 Jun 2020

TINGKATAN 3RK2 1998

Dri Kiri atas : hasrul ,arwah fauzi, izani,yasser,idham,Rushaidi, shahrel
tgh kiri: samsiah(cham),zura,,khadijah(djah),shahrizal,pazal,awie
duduk:kenah,,timoh,wani,cikgu linda,muslim,,lina arif

Khamis, 25 Jun 2020

TAHUN 1975


TAHUN 1975
Pada tahun 1975 bilangan pelajar berjumlah serama 455 orang dan guru-gurunya seramai 16 orang, Bilangan penghuni asrama telah bertambah seramai 210 orang, iaitu 121 orang putera dan 89 orang puteri. Jumlah pelajar pula menjadi seramai 678 orang.Manakala jumlah guru ialah semai 19 orang.[1]


[1] Majalah Jaya 1978, 3


SEJARAH AWAL SMK JENGKA 2


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 merupakan sekolah menengah pertama di Jengka.Pada masa itu bilangan pelajar seramai 87 orang.Manakala tenaga pengajarnya seramai 4 orang. Mereka ialah Encik Mat Yusoff Ismail, Puan Aminah Hj Koya, Cik Jamaliah Aman dan dan En Ibrahim HJ Mohammad sebagai Guru Besar. Ketika itu SMK Jengka 2 menumpang di SK Jengka 2 kerana bangunan sekolah masih dalm pembinaan.Pada bulan Julai barulah berpindah ke bangunan sendiri. Bangunan ini mempunyai 3 Blok, mengandungi 13 Bilik Darjah , dua Bilik Makmal  Sains, dua Bilik Sains Rumahtangga, dua Bilik Seni Peeusahan sebauh Bilik Perpustakaan dan subuah Kantin[1]   


[1]Majalah Jaya 1978, 5

SMK JENGKA 2 1974


TAHUN 1974
Pad tahun 1974 bilangan pelajar telah bertambah dengan kemasukan pelajar-pelajar baru Tingkatan 1. Menjadi seramai 225 orang. Tenaga pengajar pula bertambah menjadi 9 orang. Pada tahun ini juga, dibuka Asrama sEmentara kerana kesulitan yang dialami oleh pelajar-pelajar yang tinggal jauh  daripada Jengka 2 seperti daripada Jengka 10, Jengka 9, Jengka 4 dan Jengka 5.[1]  Kementerain Pelajaran telah bersetuju mangadakan Asrama Sementara dengan menggunakan bilik darjah yang masih kosomg.Sebanyak lima Bilik Darjah telah digunakan bagi menmpatkan 118 orang penghuni iaitu 71 orang putera dan 47 orang puteri.[2]


[1] Temu ramah En Ibrahim Mohamad pada 7 Ogos 2015.
[2] [2]Majalah Jaya 1978, 5