SEORANG petugas hospital
memeriksa salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Perkampu
SEORANG petugas hospital
memeriksa salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Perkampungan
Felda Ulu Jempol di Maran, Pahang semalam. - UTUSAN/Media soaial
Abdul Rashid Abdul Rahman
28 September 2017 11:29 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More21
MARAN 28 Sept. - Dua sahabat
maut selepas motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terjatuh sebelum
merempuh sebuah kereta di Jalan Perkampungan Felda Ulu Jempol di sini, semalam.
Mangsa yang maut dalam kejadian
kira-kira pukul 5.30 petang itu ialah penunggang motosikal, Mohammad Izzuwan
Amir Abdul Razak, 15, dan Muhammad Kamal Husaini Nor Azman,15.
Ketua Polis Daerah, Deputi
Superintenden Mazlan Hasan berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mereka
dalam perjalanan dari arah Felda Ulu Jempol ke Felda Dahlia Jengka 3.
“Apabila tiba di tempat
kejadian, motosikal mangsa yang dipercayai ditunggang laju hilang kawalan dan
terjatuh menyebabkan pembonceng tercampak ke tengah jalan manakala penunggang
tercampak ke atas batu kunci kelajuan air di bahu kiri jalan.
“Motosikal berkenaan kemudian
mengelongsor dan merempuh bahagian hadapan sebuah kereta,” katanya di sini hari
ini.
Menurutnya, kedua-dua mangsa
yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan meninggal dunia di
tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar
ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyan
41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/dua-sahabat-maut-maut-kemalangan-1.531672#ixzz4uCvG6qp2
© Utusan Melayu (M) Bhd