Isnin, 27 Jun 2016

SEJARAH PERKEMBANGAN KEGIATAN KOKURIKULUM DI SMK JENGKA 2 1973-79

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembangunan Jengka. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas Pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 Januari 1973.[1]Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina . Beliau diarahkan untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.[2] Memandangkan keadaan sekolah yang serba kekurangan dan tiada padang permainan, maka kegiatan sukan dan permainan belum diadakan ketika itu. Pada 9 Mac 1973 barulah warga sulung SMK Jengka 2 berpindah ke bangunan sendiri. Tetapi kemudahan sukan seperti padang permainan belum ada dan terpaksa menumpang di Padang SK Jengka 2.

Menurut murid tua SMK Jengka 2, Encik Muhammad Zain bin Mat, beliau merupakan salah seorang daripada 87 orang pelajar perintis SMK Jengka 2 yang mendaftar di Tingkatan 1 pada tahun 1973. Rakan beliau ketika itu ialah Cikgu Azam.Menurut beliau pada tahun pertama pembukaan sekolah belum ada kegiatan sukan dan permainan dimainkan. Ini kerana pada awal tahun 1970an kejohanan sukan dan permainan di  peringkat MSSD belum diadakan. Ini kerana belum ada sekolah menengah lain di Wilayah Jengka . Sekolah Menengah Jengka 6 hanya dibuka pada tahun 1976 dan SMK Bandar Pusat dibuka pada tahun 1979.[3]

LAPORAN KOKURIKULUM 1973-1979
      Menurut Muhammad  Zain Mat lagi, kegiatan sukan bermula pada tahun 1974dengan menumpang di padang Sekolah Rendah Jengka 2. Acara sukan seperti bola sepak, badminton, olahraga, bola jaring dan lain-lain belum dipertandingkan di peringkat daerah. Pada tahun 1976 SMK Jengka 2 telah mempunyai pasukan bola sepak. Antara pemain bola sepak ketika itu ialah Azhar Mahmud, Datok Abu Bakar Harun, ADUN Chini, Kamal Din dan Khazami Mokhtar.[iv]
BOLASEPAK
1.Juara kejohanan bolasepak MSSD Maran tiga tahun berturut-turut iaitu 1977,1978 dan 1979.




[1] Majalah Jaya Edisi 24 2002, hlm.5.
[2] Wawancara, Majalah Jaya 1987, hlm.30.
[3] Temuramah dengan Muhammad Zain Mat pada 5 Mac 2014
[4] ibid

GURU-GURU SMKJ2 TAHUN 2009

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Tahun 2009 merupakan tahun terakhir Majalah Jaya ditebitkan setelah penebitan Majalah Jaya terakhir pada tahun 2006. Pada tahun 2009 saya memangku jawatan GPK Tingkatan 6.

Ahad, 19 Jun 2016

PERKEMBANGAN SMK JENGKA 2 TAHUN 1985

oleh-AHMAD BIN YAAKOB

1.  Kemudahan  Asas
1.1  Bangunan sekolah.
Pada tahun 1985 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 mempunyai empat  bangunan bilik darjah, satu bengkel  Seni Perusahaan, satu Dewan Besar, sebuah kantin dan sebuah bangunan Sains Pertanian.

1.2 Bilik-Bilik Khas
Bilik-bilik  adalah terdiri  dari kelas yang diubahsuai untuk kegunaan Kelas Sains Paduan  dan Rampaian  Sains, Bilik Sains Tulen dan Bilik Jahitan dan Masakan. Bilik Khas seterusnya ialah Bilik Bengkel Logam,  Bilik Bengkel Eletrik, Bengkel Kayu untuk Seni Perusahaan. Bilik alat pandang dengar pula masih dalam  proses melengkapkannya.[1]

1.3 Bilik Khas
Pada tahun 1985 SMK Jengka 2 mempunyai sebuah Bilik Senilukis dan lima buah makmal iaitu tiga buah makmal Sains Tulen satu Makmal SainsPaduan dan satu Makmal Rampaian sains.Sekolah juga mempunyai sebuah Bilik Sains Rumah Tangga, dua buah Bilik Seni Perusahaan, satu Pusat Sumber dan satu PSP Perpustakaan.

1.3 Guru

Bilangan  tenaga pengajar di sekolah ini ialah seramai 72 orang. Dari senarai kakitangan akademik mereka boleh  dijeniskan kepada:Siswazah  Sastera,Siswazah  Sains,Siswazah  Sains Pertanian,Siswazah  Agama lslam,Diploma Sains,Maktab  dan setaraf serta Guru Agama  lslam.Dari jumlah seramai 72 orang tenaga pengajar terdapat  13 orang guru  sandaran  tanpa latihan.

1.4  Kakitangan  am
Pekerja  sekolah  ini ialah seramai 20 orang yang  terdiri  daripada 10 pekerja  sekolah dan 10 pekerja  asrama.  sekolah ini telah kehilangan  seorang pekeria  iaitu: Cik Rosmah  bt. Ahmad
- Pegawai Kerani yang telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan  Bandar Jerantut.

1.5 Asrama
Penghuni-penghuni  asrama sekolah ini adalah  terdiri dari anak-anak  peneroka Rancangan Felda  Jengka  4, Jengka  5, Jengka 6, Jengka  7, Ulu. Jempol dan Kuala Sentol. Terdapat juga beberapa orang penghuni yang terdiri dari murid  yang datang dari kampung-kampung  yang berdekatan. Bilangan penghuni  sehingga penghujung  bulan Okt. 1985 ialah, Asrama Putera seramai 86 orang dan Asrama Puteri seramai 121 orang.[2]

HAJI AHMAD TAJUDDIN BIN ABDUL HAMID 1980-1985

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Tuan Haji Ahmad Tajuddin Abdul Hamid bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 selama lima tahun tiga bulan, lima belas hari. Beliau mula memegang jawatan sebagai Guru Besar SMK Jengka 2 pada 1 Januari 1980 bagi menggantikan Tuan haji Ibrahim. Semasa Haji Ahmad Tajuddin menjadi pengetua, jumlah pelajar tahun 1980 ialah seramai 1329 orang. Manakala pada tahun akhir perkhidmatan beliau iaitu tahun 1985  jumlah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 meningkat kepada 1501 orang.Pada bulan Mac 1985 beliau bertukar sebagai Pengetua di SMK Mengkarak Temerloh.[1] Beliau kemudiannya dilantik menjadi Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pendidikan Khas, KPM.Antara kejayaan yang dicapai dalam bidang ko-kurikulum ialah pada tahun 1982 Sharifah binti Mat mewakili MSSP dalam sukan bola jaring ke peringkat MSSM.[2] Pasukan bolasepak pula muncul johan peringkat daerah Maran.

SEJARAH PENGETUA SMKJ2 ANTARA TAHUN 1973-2015

 OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 memang tidak dapat dipisahkan dari sejarah pendidikan peringkat menengah di Felda Jengka Tiga Segi. Ia merupakan sebuah sekolah menengah pertama di Wilayah Jengka. Ini menyebabkan ramai anak-anak peneroka dari Felda Jengka 2, Jengka 3, Jengka 4, Jengka 5, Jengka 6, Jengka 7, Jengka 1, Jengka 10, Felda Ulu Jempol menuntut di SMK Jengka 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka secara rasmi pada 1.1.1973.[1]

Sekolah ini telah melahirkan tokoh kepimpinan Felda, wakil rakyat, tokoh pendidik dan para doktor perubatan seperti Doktor Muhammad Ali Hanafiah yang berasal dari Felda Ulu Jempol.[2] Sekolah ini juga turut melahirkan seorang doktor yang merupakan anak jati Felda Jengka 2 iaitu iaitu Doktor Zuriyati Ramli yang bertugas di Poliklinik Jengka.[3]Menurut Muhammad Zain Mat pelajar perintis Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, ketika itu sekolah ini hanya mempunyai empat orang guru dan 87 orang pelajar dan mempunyai seorang guru lelaki iaitu Mohd Yusuf Ismail.[4] Pengetua pertama SMK Jengka 2 ialah Tuan Haji Ibrahim bin Mohammad. Beliau menjadi Guru Besar antara tahun 1973 hingga tahun 1979.[5]

1.PENGETUA PERTAMA HAJI IBRAHIM BIN MOHAMAD 1973-1979.
Tuan Haji Ibrahim Mohamad mula menjawat jawatan sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Jengka 2 pada 1 Januari 1973. Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru Kaka, iaitu jawatan guru ketika itu dikenali sebagai Guru Kaka.Padabulan Januari 1949 beliau terpilih mengikuti kursus di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Beliau berjaya menamatkan pengajian pada tahun 1951.

      Setelah tamat pengajian di MPSI, Tuan Haji Ibrahim Mohamad telah ditugaskan mengajar di Sekolah Melayu Gintong. Sekolah ini merupakan tempat beliau menuntut ketika sekolah rendah  dahulu  dan beliau bertugas di sini selama 9 tahun. Sistem pembelajaran ketika itu membolehkan pelajar Darjah 6 belajar beberapa tahun sehinga lulus periksa.Pelajar yang mendapat sijil pertama akan menjagi Guru Kaka.Pada tahun 1961 beliau dilantik menjadi Guru Besar di Sekolah Kenamgsaan Perian, Pulau Tawar. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah rakyat yang telah diambil-alih oleh kerajaan.[6]
      Pada tahun 1964 beliau ditukarkan ke Sekolah LKTP Sungai Tekam. Pada bulan Januari 1970 beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Cebong, Tembeling. Kemudia pada tahun 1972 beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Tembeling menjadi guru biasa yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Ilmu Alam. Pada bulan Disember 1972 beliau mendapat arahan dari Pejabat Pelajaran Negeri untuk menjadi Guru Besar di SMK Jengka 2. Apabila tiba di Jengka 2 beliau mendapati SMK Jengka 2 masih lagi dalam pembinaan. Jadi beliau diarahkan untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Guru Besar SK Jengka 2, Encik Ahmad Osman telah menyediakan dua kelas untuk SMK Jengka 2. SMK Jengka 2 ketika itu mempunyai 87 orang pelajar.Manakala tiga orang guru yang bertugas ketika itu ialah Mohd Yusuf Ismail, Aisyah binti Haji Poya dan Jamaliah binti Ahmad, isteri Pengurus Felda Jengka 14.[7]

Pada bulan September 1973, bangunan SMK Jengka 2 siap dibina. Pada tahun 1974 pelajar SMK Jengka 2 semakin bertambah kerana pelajar sekolah rendah dari Jengka 1 mula masuk ke SMK Jengka 2 kerana cadangan pembinaan SMK Jengka 1 dibatalkan walaupun tapak bangunannya telah disediakan bersebelahan SK Jengka 1. Pembatalan ini berpunca dari jarak Felda 1 dengan Felda lain agak jauh.[8] Selain dari itu pelajar sekolah rendah dari Felda Jengka 2, 3, 4, 5,6,7 Felda Ulu Jempol, Felda Jengka 9, Jengka 10, Jengka 11 dan Jengka 12 turut bertumpu ke SMK Jengka 2.

     Ketika itu ramai anak-anak peneroka yang menghadapi masalah pengangkutan untuk ke SMK Jengka 2. Pada masa itu bangunan asrama belum ada.Jadi sebahagian kelas yang kosong di Blok A telah dijadikan asrama. Pada tahun 1975 peperiksaan SRP pertama telah diadakan di sekolah ini. Keputusan SRP SMK Jengka 2 ketika itu ialah 76%. Belajar yang berjaya ke Tingkatan 4 aliran Sastera masih menuntut di SMK Jengka 2. Menurut Muhamad Zain Mat ramai juga anak-anak peneroka yang melanjutkan pelajaran ke Kuantan. Beliau pula telah menyambung persekolah di tingkat empat di Melaka.[9]

      Menurut Tuan Haji Ibrahim, pada tahun 1975 bangunan asrama SMK Jengka 2 mula dibina. Pada tahun 1976 bangunan Asrama SMK Jengka 2 siap dibina dan jumlah pelajar SMK Jengka 2 semakin bertambah. Pada tahun 1977 pelajar SMK Jengka 2 mula mengampil Peperiksaan SPM pertama. Ketika itu tiada seorang pelajar yang mendapat pangkat 1. Tetapi pada tahun 1978 dua orang pelajar mendapat pangkat pertama.[10]Pada tahun 1979 bilangan pelajar SMK Jengka 2 meningkat kepada 1500 orang dan penghuni asrama meningkat kepada 200 orang. Doktor Muhammad Ali Hanafiah merupakan salah seorang penghuni Asrama Lelaki SMK Jengka 2 ketika itu.[11]Tuan Haji Ibrahim tamat bertugas di SMK Jengka 2 pada 31 Disember 1979 apabila ditukarkan ke SMK Padang Piol.



[1] Sejarah Sekolah, Jaya 2006,33
[2] Temu ramah dengan Doktor Ali Hanafiah pada 2 September  2014.
[3] Temu ramah dengan Doktor Zuriyati Ramli pada 18 Februari 2015.
[4] Temu ramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.
[5] ibid
[6] Wawancara, Jaya 87, 30.
[7] Ibid,31.
[8] Temu ramah dengan Enci Azlan Ahmad, GPK HEM SK Jengka 1 pada 20 Februari 2015.
[9]Temu ramah  dengan Muhammad Zain Mat, pada 7 Februari, 2014.
[10]Wawancara, Jaya 87, 31.
[11]Temu ramah dengan Doktor Ali Hanafiah pada 2 September  2014.

SMK JENGKA 2 DI BAWAH PENTADBIRAN TUAN HAJI IBRAHIM MOHAMAD 1973-1979.

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

      Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembangunan Jengka. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas Pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 Januari 1973.[1]

Blogger bergambar bersama Haji Ibhahim di hadapan rumah Guru Besar SMKJ2 pertama.

      Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina . Beliau diarahkan untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.[2]
  Dua bilik bangunan lama SK Jengka 2 dijadikan dua kelas T.1 SMK Jengka 2 1 Januari 1973.


[1] Majalah Jaya Edisi 24 2002, hlm.5.
[2]Temu ramah dengan Haji Ibrahim Mohamad pada 7.Ogos 2015.

SEJARAH SMK JENGKA 2 1973-2014

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
SMK JENGKA 2  DI BAWAH PENTADBIRAN TUAN HAJI IBRAHIM MOHAMMAD 1973-1979.     
      Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembangunan Jengka. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas Pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 Januari 1973.[1] Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina .Beliau diarahkan untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.[2]  Ketika itu jumlah pelajar yang menuntut di SMK Jengka 2 ialah seramai 87 orang dan kaki tangan akademiknya ialah seramai 4 orang.[3] Memandangkan keadaan sekolah yang serba kekurangan dan tiada padang permainan, maka kegiatan sukan dan permainan belum diadakan ketika itu. Pada 9 Mac 1973 barulah warga sulung SMK Jengka 2 berpindah ke bangunan sendiri. Tetapi kemudahan sukan seperti padang permainan belum ada dan terpaksa menumpang di Padang SK Jengka 2.