Rabu, 18 September 2019

KARYA PELAJAR DALAM JAYA 1978

KARYA PELAJAR DALAM JAYA 1978
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1978 Majalah Jaya telah menyiarkan dua belas buah cerpen hasil karya pelajar  SMK Jengka 2 dari Tingkatan 1 hingga 5. Antara karya pelajar Tingkatan 1 ialah cerpen yang bertajuk Riwayat Hidupku oleh Nora Tan dari 1SPT1 yang menetap  di Felda Jengka 10. Bagi saya cerpen ini sangat berguna kerana ia menceritakan pengalaman hidup Nora yang menjadi anak peneroka Felda Jengka 10 pada tahun 1974. Cerpen ini juga menceritakan keadaan Felda Jengka 10 pada tahun 1974 dan wujud Kantin sekarang dikenali sebagai D’Mart tempat peneroka mengambil barang keperluan harian seperti beras, sardin, biskut, gula dan lain-lain.. Kehidupan Nora di Felda Jengka 10 bermula apabila ayahnya bersara sebagai askar dan berjaya menjadi Peneroka Jengka 10.[1]

      Ketika sampai ke Felda Jengka 10, rumah Nora dipenuhi semak-samun. Pegawai Felda memberi masa 10 hari untuk keluarga Nora membersihkan kawasan rumah. Setelah 12 hari tinggal di Felda Jengka 10, ayah Nora mendaftar Nora dan adik-beradik bersekolah di SK Jengka 10. Pada waktu petang membantu ibu bapanya menanam pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Barang-barang dapur dan keperluan harian diambil di Kantin sebanyak $70.00 sebulan. Nasib ayah Nora baik kerana menerima pencen tentera sebanyak $100.00 sebulan. Semasa Tingkatan 1 Nora tinggal di Asrama SMK Jengka 2.[2]




[1] Majalah Jaya 1978, 43.
[2] Ibid,44.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan