OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Mohd Radzuan bin Abdul Rahman dilahirkan
pada 3 Januari 1985 berasal dari No 89 Felda Jengka 2, Bandar Jengka Pahang.[1]
Radzuan merupakan anak bungsu daripada 11 adik-beradik.Beliau mendapat
pendidikan awal di SK Jengka 2. dari tahun 1992 hingga tahun 1997. Beliau
mendapat pendidikan peringkat menengah di SMK Jengka 2 dari tahun 1998-2004
iaitu dari Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 6.[2]
Mula menonjol dalam bidang olahraga
apabila mulai tahun 2000 terpilih menjadi pelari pecut sekolah dalam acara 100m,
2000m, 400m dan acara 4 x 100m.Pada tahun Mohd Radzuan bin Rahman telah
menyertai Kejohanan MSSD Maran. Kejohanan itu diadakan pada 11-13 jun di SK
Jengka Pusat 2. Dalam kejohanan tersbut, beliau telah muncul sebagai
Olahragawan Lelaki Bawah 15 tahun. Beliau juga berjaya terpilih mewakili daerah
Maran ke MSSD .Mmewakili Pahang dalam acara pecut, dlam kejohanan MSSM di
Langkawi.[3]
Pada tahun 2002, bakat beliau dalam acara
larian 110m mula diasah oleh GPK HEM,
Encik Minhad bin Mohtah. Pada tahun tersebut beliau telah memecahkan rekod Pahang
dalam acara lari 110m lompat pagar dan terpilih mewakili Pahang dalam Kejohanan
MSSM. Pada tahun yang sama beliau mendapat anugerah Olahragawan SMK Jengka 2
dan Olahragawan daerah Maran. Pada tahun 2002 Mohd Radzuan mewakili Pahang ke
SUKMA di Sabah.[4]
Pada tahun 2003 larian beliau dalam acara
100m lompat pagar semakin pantas apabila mencatat rekod kejohanan MSSP dengan catatan
masa 10.9 saat. Pada tahun 2004, beliau mewakili Pahang dalam acara 110m lompat
pagar di SUKMA Negeri Sembilan. Pada tahun yang sama belaiu telah menyertai
Kejohanan Olahraga Kebangsaan.
Tahun 2004 merupakan kemuncak kejayaan
beliau dalam bidang olahraga. Hal ini terbukti apabila Mohd Radzuan bin Abdul
Rahman memenangi pingat perak dalam acara 110m lompat pagar di Kejohanan
Olahraga Peringkat Kebangsaan. Pada tahun yang sama beliau terpilih mewakili
Malaysia dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Ipoh, Perak. Buat kali pertama
Mohd Radzuan bin Rahman menimba pengalaman berlari bersama peserta dari China,
Korea, Thailand, Jepun dan Arab Saudi.[5]
[1]
Majalah Jaya Edisi ke-26,35.
[2] Temu
ramah Radzuan Rahman pada 7 jun 2018.
[3]
Majalah Jaya Edisi Millinium 2000,46.
[4] Temu
ramah Radzuan Rahman pada 7 jun 2018.
[5] Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan