Sabtu, 14 Januari 2017

CERAMAH JEJAK KEMERDEKAAN 2014

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini diolah mengikut kesesuaian susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 dan MH370 termasuk membatalkan acara tradisi seperti Ambang Merdeka selain acara hiburan dan pertunjukan bunga api.Sambutan kemerdekaan negara tahun ini amat istimewa kerana negara kita mernyambut ulang tahun kemerdekaan ke-57 dan  Malaysia pula mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan ia sesuatu yang tidak akan berlaku lagi.

      Pada tahun ini, tiada sambutan ambang merdeka namun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan menyampaikan amanat merdeka di MATIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang akan disiarkan secara langsung.Aacara bunga api anjuran pihak kerajaan juga a dibatalkan.Bagi umat Islam, majlis bacaan Yassin dan selawat akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 15 Ogos, penganut Hindu di Selayang juga pada 15 Ogos, penganut Buddha di Sentul, Kuala Lumpur pada 17 Ogos dan Kristian di Shah Alam pada 17 Ogos.

      Pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang pula akan diadakan di Putrajaya pada 18 Ogos yang dihadiri warga Putrajaya termasuk petugas sektor awam, katanya.Sambutan Hari Malaysia di Dataran Kipas, Miri, Sarawak akan diadakan seperti biasa pada 16 September.


      Pada tahun ini Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 mengarahkan saya mengadakan ceramah Jejak Kemerdekaan selama satu jam setengah. Majlis Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah  bermula pada 16 Ogos 2014 hingga 12 September 2014. Matlamatnya ialah untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan guru dan pelajar SMK Jengka 2.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan