MARAN 24 Mac - Kejayaan pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2, Che Liyana Izzati Che Rozali
mencipta nama sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 Peringkat Kebangsaan kini menjadi kebanggaan
penduduk daerah ini.
Che Liyana Izzati, 20,
memperoleh A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Geografi,
Sejarah, Kesusasteraan Melayu dengan perolehan nilai gred 4.0.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, pencapaian cemerlang itu
membuktikan kejayaan boleh diraih pelajar di luar bandar selagi ada kemahuan
dan usaha.
Katanya, Che Liyana yang
merupakan anak guru dari Felda Jengka 3 dan cucu peneroka Felda boleh dijadikan
idola kepada calon-calon STPM tahun ini di Pahang khususnya di daerah Maran.
SMK Jengka 2 tempat Che Liyana
Izzati belajar terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentol. Saya
turut berbangga di atas kejayaan itu," katanya kepada Utusan Malaysia
selepas menyampaikan sumbangan pribadi dan buku kepada pelajar tersebut di SMK
Jengka 2, di sini semalam.
Menurutnya, calon lain di daerah
Maran yang mendapat 5A ialah pelajar SMK Jengka Pusat, Norhayati Abu Bakar dan
Nurul Iffah Athirah Ismail serta pelajar SMK Maran, Muhammad Alif Darwanis dan
Nurul Hidayah Mohd. Azman.
Sementara itu, Che Liyana Izzati
berkata, dia memberi sepenuh tumpuan di dalam kelas di samping membuat banyak
latihan selepas waktu belajar.
Menurutnya, kejayaan yang diraih
itu mahu dikongsi bersama ibu sebagai pendorong utama, guru-guru dan
rakan-rakan yang banyak membantu.
Ditanya tentang kerjaya pula,
beliau mengakui lebih berminat kepada bidang perguruan seperti ibunya, Rohana
Mat Ripin, 44, dan arwah ayah, Che Rozali Che Mat yang meninggal dunia pada
2006 ketika berusia 43 tahun.
Hati saya agak sayu kerana
kejayaan manis ini tidak dapat dikongsi bersama ayah yang meninggal dunia
ketika saya berusia 13 tahun," katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130325/wp_04/Che-Liyana-kebanggaan-warga-Maran#ixzz5MGRWgzjb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan