Khamis, 11 Mei 2017

DR ALI HANAFIAH PELAJAR SMKJ2 PERTAMA MENCEBURI BIDANG PERUBATAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Mohd Ali Hanafiah Bin Mat Soad dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada tahun 1972. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ulu Jempol .Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2  dari tingkatan satu  pada tahun 1985 hingga tingkatan tiga pada tahun 1987.[1]

     Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SRP,Ketika di tingkatan empat,beliau menlanjutkan pelajaran beliau di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) di Johor Bharu.[2] Beliau kemudiann melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke New Zeeland. Pada tahun 2002. Setelah tamat pengajian  beliau kembali ke Malaysia dan berkhidmat sebagai doktor perubatan di Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan. Pada tahun 2005 beliau membuka Klinik Ali di Bandar Pusat Jengka.


[1] Temu bual dengan Dr Ali Hanafiah pada 2 September 2014
[2] Ibid