Jumaat, 8 Jun 2018

MOHD RADZUAN JAGUH OLAHRAGA SMKJ 2 2000-2004

MOHD RADZUAN JAGUH OLAHRAGA SMKJ 2 2000-2004
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Mohd Radzuan bin Abdul Rahman dilahirkan pada 3 Januari 1985 berasal dari No 89 Felda Jengka 2, Bandar Jengka Pahang.[1] Radzuan merupakan anak bungsu daripada 11 adik-beradik.Beliau mendapat pendidikan awal di SK Jengka 2. dari tahun 1992 hingga tahun 1997. Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di SMK Jengka 2 dari tahun 1998-2004 iaitu dari Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 6.[2]

      Mula menonjol dalam bidang olahraga apabila mulai tahun 2000 terpilih menjadi pelari pecut sekolah dalam acara 100m, 2000m, 400m dan acara 4 x 100m.Pada tahun Mohd Radzuan bin Rahman telah menyertai Kejohanan MSSD Maran. Kejohanan itu diadakan pada 11-13 jun di SK Jengka Pusat 2. Dalam kejohanan tersbut, beliau telah muncul sebagai Olahragawan Lelaki Bawah 15 tahun. Beliau juga berjaya terpilih mewakili daerah Maran ke MSSD .Mmewakili Pahang dalam acara pecut, dlam kejohanan MSSM di Langkawi.[3]  

      Pada tahun 2002, bakat beliau dalam acara larian 110m  mula diasah oleh GPK HEM, Encik Minhad bin Mohtah. Pada tahun tersebut beliau telah memecahkan rekod Pahang dalam acara lari 110m lompat pagar dan terpilih mewakili Pahang dalam Kejohanan MSSM. Pada tahun yang sama beliau mendapat anugerah Olahragawan SMK Jengka 2 dan Olahragawan daerah Maran. Pada tahun 2002 Mohd Radzuan mewakili Pahang ke SUKMA di Sabah.[4]

      Pada tahun 2003 larian beliau dalam acara 100m lompat pagar semakin pantas apabila mencatat rekod kejohanan MSSP dengan catatan masa 10.9 saat. Pada tahun 2004, beliau mewakili Pahang dalam acara 110m lompat pagar di SUKMA Negeri Sembilan. Pada tahun yang sama belaiu telah menyertai Kejohanan Olahraga Kebangsaan.

      Tahun 2004 merupakan kemuncak kejayaan beliau dalam bidang olahraga. Hal ini terbukti apabila Mohd Radzuan bin Abdul Rahman memenangi pingat perak dalam acara 110m lompat pagar di Kejohanan Olahraga Peringkat Kebangsaan. Pada tahun yang sama beliau terpilih mewakili Malaysia dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Ipoh, Perak. Buat kali pertama Mohd Radzuan bin Rahman menimba pengalaman berlari bersama peserta dari China, Korea, Thailand, Jepun dan Arab Saudi.[5]



[1] Majalah Jaya Edisi ke-26,35.
[2] Temu ramah Radzuan Rahman pada 7 jun 2018.
[3] Majalah Jaya Edisi Millinium 2000,46.
[4] Temu ramah Radzuan Rahman pada 7 jun 2018.
[5] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan