OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Abdul Faizal bin Ishak dilahirkan di No 430 Felda Jengka 2, Bandar
Jengka Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jengka 2
dari tahun 1990 hingga tahun 1996. Pada tahun 1997 Abdul Faizal melanjutkan
pelajaran ke SMK Jengka 2 dan ditempatkan di Tingkatan 1KRK 2. Guuru Kelas 1KRK2
ketika itu ialah Pun Norhaslinda binti Yahya.Beliau menduduki Peperiksaan PMR
pada tahun 1999 dan Peperiksaan SPM pada tahun 2001.[1] Selepas
tamat tingkatan 5, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma in Marine
Engineering, Politekni Ungku Omar di Ipoh.[2]
Abdul Faizal memulakan kerjaya dalam
bidang bola sepak apabila mewakili SK Jengka 2 pada tahun 1994, ketika berlajar
di tahun 4.[3] Mulai
tahun 1997-2001 beliau mewakili SMK Jengka 2 dalam kejohanan bola sepak
peringkat daerah hingga ke peringkat negeri. Pada tahun 200 pasukan bolasepak
SMK Jengka 2 muncul Johan MSSD Maran dan berjaya menyertai liga MSSP.
Pada tahun 2001, beliau merupakan seorang
pemain tengah bertanan pasukan bola sepak SMK Jengka 2. Pada tahun tersebut
pasukan bola sepak SMK Jengka 2 muncul Johan kejohanan bola sepak MSSD Maran.
Pasukan SMK Jengka 2 mencipta sejarah kerana berjaya menyertai Kejohanan Bola
Sepak MSSM di Terengganu.[4] Kini
beliau bekerja sebagai Wellwork Supervisor di Exxon Mobil Malaysia.[5]
[1] Majalah
Jaya Edisi 23,130.
[2]Temu
bual dengan Abdul Faizal Ishak pada 3 jun 2018
[3] Ibid.
[4]
Majalah Jaya 2001,57.
[5] Temu
bual dengan Abdul Faizal Ishak pada 6 Jun 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan