Jumaat, 27 Januari 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK JENGKA 2 TAHUN 2017

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB
      Rasional diadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah pada hari Jumaat 20 Januari 2017 ialah untuk mengesan bakat pelajar dalam larian jarak jauh seterusnya dapat mewakili sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi. Kejohanan ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua Hajah Saimah binti Hassan.

      Objektif utama Kejohanan Merentas Desa SMK Jengka 2 ialah;
1.Meningkatkan kecergasan dan kesihatan jasmani warga sekolah.
2.Memupuk kerjasama masyarakat setempat bersama-sama warga sekolah.
3.Merealisasikan  dasar sukan negara iaitu “Sukan Untuk Semua”.
4.Guru dan pelajar menjalankan aktiviti sukan yang lebih menyeluruh dan terancang.






Sabtu, 14 Januari 2017

CERAMAH JEJAK KEMERDEKAAN 2014

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini diolah mengikut kesesuaian susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 dan MH370 termasuk membatalkan acara tradisi seperti Ambang Merdeka selain acara hiburan dan pertunjukan bunga api.Sambutan kemerdekaan negara tahun ini amat istimewa kerana negara kita mernyambut ulang tahun kemerdekaan ke-57 dan  Malaysia pula mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan ia sesuatu yang tidak akan berlaku lagi.

      Pada tahun ini, tiada sambutan ambang merdeka namun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan menyampaikan amanat merdeka di MATIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang akan disiarkan secara langsung.Aacara bunga api anjuran pihak kerajaan juga a dibatalkan.Bagi umat Islam, majlis bacaan Yassin dan selawat akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 15 Ogos, penganut Hindu di Selayang juga pada 15 Ogos, penganut Buddha di Sentul, Kuala Lumpur pada 17 Ogos dan Kristian di Shah Alam pada 17 Ogos.

      Pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang pula akan diadakan di Putrajaya pada 18 Ogos yang dihadiri warga Putrajaya termasuk petugas sektor awam, katanya.Sambutan Hari Malaysia di Dataran Kipas, Miri, Sarawak akan diadakan seperti biasa pada 16 September.


      Pada tahun ini Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 mengarahkan saya mengadakan ceramah Jejak Kemerdekaan selama satu jam setengah. Majlis Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah  bermula pada 16 Ogos 2014 hingga 12 September 2014. Matlamatnya ialah untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan guru dan pelajar SMK Jengka 2.





Selasa, 10 Januari 2017

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA KELIMA ABDUL RAHIM BIN MUHAMMAD

OLEH-AHMAD  BIN YAAKOB

      Encik Abdul Rahim Muhammad menjawat jawatan sebagai Pengetua Sekolah Menengah Jengka 2 selama dua tahun iaitu mulai tahun 1986 hingga 1988. Beliau merupakan seorang  Pengetua yang banyak mencatat sejarah penting dalam perkembangan perkembangan Kelas Pendidikan Khas dan penubuhan Kelas Tingkatan 6 Rendah Sastera di SMK Jengka 2.[1]

      Catatan sejarah pertama ialah penubuhan Kelas Rancangan Khas di SMK Jengka 2 pada tahun 1986. Manakala Kelas Tingkatan 6 Rendah pula mula dibuka pada 4 Mei 1987.[2] Catatan sejarah ketiga ialah pelajar sulung STPM 1988 mencatat kelulusan 100%. Pada zaman beliau juga Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 naik taraf dari gred B kepada Gred A.[3]

    Majlis perpisahan Pengetua Encik Abdul Rahim Muhammad,


[1] Temu ramah Encik Soberi Hadzir pada 5 Januari 2017
[2] Majalah Jaya 1987, 18
[3] Ibid,11.

Sabtu, 7 Januari 2017

JUMLAH PELAJAR ALIRAN SAINS SMK JENGKA 2 TAHUN 1987

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
      Mengikut perangkaan bulan Julai pada tahun 1987 bilangan pelajar  SMK Jengka 2 berjumlah 1575 orang.Jumlah pelajar Tingkatan 5 ang mengambil aliran sains tulin ialah seramai 96 orang. Mereka terdiri daripada pelajar 5 Alfa dan lima Beta, Ketua Tingkatan 5 ALFA ialah Azahari Moh dan Ketua Tingkatan 5 BETA ialah Khairul Anuar Pilos. Berikut perangkaan pelajar Tingkatan 5 Sains SMK Jengka 2 tahun 1987;[1]


Tingkatan
Kelas

Melayu
Cina
India
J
L
P
L
P
L
P

5 Sains
3
38
56
3
0
00
0
96


Guru Tingkatan Cik Julia Abas
sumber-http://tokgajahfanatic.forumotion.com/t759-album-pelajar-sekolah-men-keb-jengka-2



[1]Majalah Jaya,10.

Jumaat, 6 Januari 2017

JUMLAH PELAJAR SMK JENGKA 2 TAHUN 1987

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
      Mengikut perangkaan bulan Julai pada tahun 1987 bilangan pelajar  SMK Jengka 2 berjumlah 1575 orang. Manakala bilangan guru pula ialah 78 orang. Berdasarkan bilangan pelajar dan komposisi sekolah pula SMK Jengka 2 mempunyai 48 buah kelas yang menampung seramai 1575 orang pelajar. Daripada jumlah itu 26 kelas merupakan kelas sesi pagi dan 22 kelas pula sesi petang. Dua kelas terapung masih berjalan dan terpaksa menumpang di Makmal Sains.

      Berikut perangkaan pelajar SMK Jengka 2 tahun 1987;[1]

Tingkatan
Kelas

Melayu
Cina
India
J
L
P
L
P
L
P

6 Rendah
1
10
29
0
0
0
0
39
5 Sastera
4
59
81
3
2
2
0
147
5 Sains
3
38
56
3
0
00
0
96
4 Sastera
4
65
76
4
0
4
1
150
4 Sains
3
41
39
0
1
1
0
82
T.3
11
165
138
19
19
4
1
346
T.2
10
138
139
12
24
7
5
325
T.1
10
139
158
09
21
8
9
342
Peralihan
2
0
0
14
24
3
7
48
Jumlah
48
655
716
63
91
27
23
1575





[1]Majalah Jaya,10.

Khamis, 5 Januari 2017

BARISAN PENTADBIRAN SMK JENGKA 2 TAHUN 2009

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
           Barisan pentadbir yang terdiri daripada Pengetua dan guru-guru penolong kanan telah pun meninggalkan SMK Jengka 2.

Isnin, 2 Januari 2017

GURU BARU SMK JENGKA 2 TAHUN 1987

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Sesi persekolahan tahun 1987 bermula pada 5 Januari 1987. Pada hari Isnin empat orang guru baru melaporkan diri. Mereka ialah Ustaz Ismail Mamat, Encik Kamal bin Jamaluddin, Cik Roslela binti Taib dan Cik Julia Abas.[1] Kemudiannya pada 6 Januari guru-guru baru lepasan maktab dan universiti turut melapor diri. Mereka tediri dari Encik Aziz bin Che Hassan, Encik Hasbullah Busu, Encik Mamat Sulong, Encik Saupi bin Jusoh, Encik Sadli Haji Abdullah,Encik Shabuddin bin Royani, Cik Roziah binti Adnan, Puan Karimah binti Muda dan Encik Mohd Razlan bin Mohd Marzuki.[2]  

      Pada 21 April 1997 dua orang guru baru melapor diri iaitu Encik Fauzi Abdulah dan Puan Sarimah binti Mohamad. Pada 22 April 1987 Cik Wan Pik Ton pula melapor diri sebagai guru baru di SMK Jengka 2. Pada 24 April 1987 Cik Siti Juliana Sheikh Luji pula melapor diri sebagai guru baru. Kemudinnya pada bulan 4 Mei 1987 Encik Jaswant Singh dan Cik Krisnaveny a/p Karupiah pula melaporkan diri di SMK Jengka 2. Saya Cuma sempat mengajar bersama Cik Julia Abas dan Ustaz Ismail Mamat bekas Penyelia Petang yang bertukar ke Pasir Puteh Kelantan. Cik Julia Abas bersara di SMK Jengka 2 pada tahun 2015.  




[1]Temu ramah Cik Julai Abas pada 3 Disember 2016.
[2]Majalah Jaya 1987,18.