Sabtu, 2 Julai 2016

SEJARAH PENUBUHAN KELAS TINGKATAN 6 SMKJ2 1987

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Foto sumbangan Puan Rohana Md Ripin
      Pada tahun 1987, Jabatan Pelajaran negeri Pahang telah membuka sebuah lagi kelas Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Menengah Jengka 2, dekat Bandar Pusat Jengka. Kumpulan pertama seramai 36 orang pelajar sekolah itu ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menduduki kelas Tingkatan 6 Rendah aliran Sastera. SMK Jengka 2 merupakan sekolah luar bandar yang pertama mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri untuk memuka kelas Tingkatan 6, bagi menempatkan belas pelajar yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas. Sebelum ini pelajar SMK Jengka 2 terpaksa melanjutkan pelajaran Tingkatan 6 mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran atau di Kuantan.[1]

      Menurut Puan Rohana Mat Ripin pelajar perintis Tingkatan 6 Rendah Sastera 1987, Kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka pada tahun 1987. Seramai 39 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan telah melapor diri di Tingkatan 6 Rendah Sastera.[2]Menurut Abdul Rahim bin Haji Mohamad, PengetuaSMK Jengka 2 ketika itu, satu sejarah yang perlu dicatat ialah tertubuhnya kelas Tingkatan 6 Rendah Sastera yang dipelopori oleh 39 orang pelajar. Pada 4 Mei 1987 pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera mula melapor diri. Pada tanggal 25 Mei 1987 pengubahsuaian bilik telah dibuat di Blok E bagi penempatan pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera.[3]

      Menurut Puan Rohana Mat Ripin, antara pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera ketika itu ialah Zakuan Che Yusof, Abdul Rashid Mat, Noraini Osman, Sarina Idrus, Zuraida Hashim, Ajura Ahmad, Rosli Md Din Mior Sharifuddin M. Yaakob.[4]Ketua Tingkatan 6 Rendah Sastera ialah Manizam bin Musa, manakala Guru Tingkatan 6 Rendah Sastera pula ialah Puan Sarimah binti Mohamad.[5]




[1]Jaya 87,80.
[2]Temu ramah dengan Puan Rohana Mat Ripin pada 1 Mac 2010. 
[3] Jaya 87,20.
[4]Temu ramah dengan Puan Rohana Mat Ripin pada 1 Mac 2010.   
[5]Jaya 87,20.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan