Ahad, 10 Julai 2016

SEJARAH PEMBUKAAN FELDA JENGKA 3

Oleh Ahmad Yaakob
R&D Sejarah Felda Jengka 3 merupakan sebahagian daripada penyelidikan yang saya jalankan untuk memenuhi tugas R&D Guru Akademik Tingkatan 6 SMK Jengka 2.


 PINTU GERBANG MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN KE FELDA JENGKA 3
FELDA JENGKA 3 MENGHARGAI PENGUNJUNG YANG DATANG
Felda Jengka tiga merupakan salah sebuah Felda yang terletak di dalam daerah Maran. Jengka Tiga di beri nama Felda Seri Dahlia . Felda Jengka tiga ditubuhkan pada tahun 1967 / 1968. Felda ini mempunyai kawasan tanaman seluas 1768.01 hektar manakala kawasan kampung pula seluas 130.50 hektar. Felda ini dibangunkan pada 1970 dan pada 1971 para peneroka mula membina penempatan sendiri.

              Dasar kemasukan peneroka ke Felda Jengka 3 sama seperti syarat kemasukan peneroka ke Felda lain. Peserta rancangan Felda Jengka 3 yang digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.[Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.

       Felda ini mempunyai empat peringkat iaitu peringkat satu mempunyai 116 orang, peringkat dua mempunyai 197 orang, peringkat  tiga mempunyai 95 orang dan peringkat empat 22 dan jumlah penduduk Felda Dahlia ialah 430 orang, di mana 429 orang ialah Melayu dan sekeluarga India. Di Felda Dahlia terdapat penduduk asal Negeri Pahang iaitu seramai 165 orang dan daripada negeri lain seperti Selangor seramai 70 orang, negeri Kedah 67 orang,  negeri Kelantan 65 orang, negeri Perak 37 orang dan negeri-negeri lain pula 26 orang.Hasil usaha yang gigih seramai 430 peneroka telah berjaya menerima surat hakmilik mereka.Orang Melayu Kelantan merupakan etnik ketiga yang paling ramai menjadi peneroka di Felda Jengka 3.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan