OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Saya mula mengajar pelajar Tingkatan 6A
Geografi dan 6A Sastera mulai 19 Januari 1996. Saya mengambil alih tugas
sahabat baik sejak di UKM Cikgu Yusoff Abdullah. Terima kasih Cikgu Yusof
kerana telah mengajar semua pelajar 6 Atas semasa mereka di Tingkatan 6 Rendah.
Tugas yang diamanahkan kepada saya untuk mengajar Sejarah STPM Tingkatan 6 Atas
amat mencabar kerana kali terakhir saya mengajar Sejarah STPM ialah pada tahun
1989 ketika mengajar di Institut Pendidikan Cemerlang, Pasir Puteh.[1]
Saya wajib menguasai sukatan pelajaran
^Sejarah STPM 6 Aatas dan 6 Rendah dalam masa sebulan. Ppada hari sabtu saya ke
UKM dan ke Kajang untuk mencari buku rujukan Sejarah STPM. Ketika itu Koperasi
atau Kedai Buku UKM ada menjual buku-buku rujukan STPM. Begitu juga dengan
kedai-kedai buku di Bandar Kajang. Saya juga merujuk kepada Prof Dr Nik anuar Nik
Mahmud, Ketua Jabatan sejarah UKM yang banyak membuat seminar STPM Sejarah
untuk mennguasai Seajarah Malaysia dan Asia Tenggara. Dr Ahmad Ali seman pula
meminta saya memberi tumpuan kepada Bahagian C iaitu Sejarah China dan Jepun. Saya
kerap berjumpa dengan Dr hmad Ali Seman semasa ke UKM pada tahun 1996.[2]
Cabaran paling besar yang saya hadapi
ialah ketika mengajar Tingkatan 6 Atas Sastera. Kebanyakan pelajar perempuan
kelas ini tidak suka cikgu kelakar dan menggunakan pendekatan bersahabat dengan
pelajar. Setiap kali saya edarkan kertas untuk menilai p&p guru mereka
mengkritik saya dan menyatakan cikgu terdahulu lebih baik kerana garang dan
tegas semasa mengajar. Tetapi pelajar 6 A Geografi menerimakaedah pengajaran saya
dengan baik. Menurut Ketua Pengawas, azlan Mohd Yusoff, cikgu mengajar kami
sambil gelak ketawa, tetapi berkesan kerana ramai yang dapat A. Alhamdulillah
semua pelajar 6AG kelas lulus 100%.,
manakala seorang sahaja pelajar 6AS gagal. Alhamdulillah ketika keputusan
peperiksaan STPM diumumkan 15 orang pelajar mendapat A1 dan 14 orang pelajar
mendapat A2.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan