OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Saya mengenali allharyam Hj.
Yaakob Mahadi sejak tahun 1996. Sebagai guru baru SMK Jengka 2 saya kerap
mengikut allahyarham Cikgu Muhammad Zain Mat ke rumah allahyarham bila ada
tugasan sekolah. Ketika itu saya merasa kagum kerana di bahagian pagar batu
rumah allahyaryah ditanam pelbagai pokok sayur termasuk kobis.[1]
Pada tahun 2016 saya mula menemuramah Hj.
Yaakob Mahadi untuk menulis asal-usul penubuhan SMK Jengka 2. Menurut Haji Yaakob Mahadi, mantan Pengerusi PIBG dan
Ahli Jawatan Kuasa Pengelola penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2,
Pihak Pengurusan Felda telah pun menetapkan tapak khas untuk pembinaan sekolah.
Tapak tersebut terletak di atas puncak bukit berhampiran Klinik Kesihatan
Jengka 2.Pengurus Felda Jengka 2, Encik Jamaluddin bertanggungjawab menguruskan
pembinaan dua blok bangunan SMK Jengka 2.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan