AHMAD BIN YAAKOB
Label
- TAHUN 1973
- TAHUN 1974
- TAHUN 1975
- TAHUN 1976
- TAHUN 1977
- TAHUN 1978
- TAHUN 1979
- TAHUN 1980
- TAHUN 1982
- TAHUN 1985
- TAHUN 1987
- TAHUN 1988
- TAHUN 1989
- TAHUN 1992
- TAHUN 1996
- TAHUN 1997
- TAHUN 1999
- TAHUN 2000
- TAHUN 2003
- TAHUN 2006
- TAHUN 2007
- TAHUN 2009
- TAHUN 2010
- TAHUN 2012
- TAHUN 2013
- TAHUN 2014
- TAHUN 2015
- TAHUN 2017
- TAHUN 2018
- TAHUN 2019
Khamis, 21 Jun 2018
Rabu, 13 Jun 2018
Selasa, 12 Jun 2018
Jumaat, 8 Jun 2018
MOHD RADZUAN JAGUH OLAHRAGA SMKJ 2 2000-2004
MOHD RADZUAN JAGUH OLAHRAGA SMKJ 2 2000-2004
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Mohd Radzuan bin Abdul Rahman dilahirkan
pada 3 Januari 1985 berasal dari No 89 Felda Jengka 2, Bandar Jengka Pahang.[1]
Radzuan merupakan anak bungsu daripada 11 adik-beradik.Beliau mendapat
pendidikan awal di SK Jengka 2. dari tahun 1992 hingga tahun 1997. Beliau
mendapat pendidikan peringkat menengah di SMK Jengka 2 dari tahun 1998-2004
iaitu dari Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 6.[2]
Mula menonjol dalam bidang olahraga
apabila mulai tahun 2000 terpilih menjadi pelari pecut sekolah dalam acara 100m,
2000m, 400m dan acara 4 x 100m.Pada tahun Mohd Radzuan bin Rahman telah
menyertai Kejohanan MSSD Maran. Kejohanan itu diadakan pada 11-13 jun di SK
Jengka Pusat 2. Dalam kejohanan tersbut, beliau telah muncul sebagai
Olahragawan Lelaki Bawah 15 tahun. Beliau juga berjaya terpilih mewakili daerah
Maran ke MSSD .Mmewakili Pahang dalam acara pecut, dlam kejohanan MSSM di
Langkawi.[3]
Pada tahun 2002, bakat beliau dalam acara
larian 110m mula diasah oleh GPK HEM,
Encik Minhad bin Mohtah. Pada tahun tersebut beliau telah memecahkan rekod Pahang
dalam acara lari 110m lompat pagar dan terpilih mewakili Pahang dalam Kejohanan
MSSM. Pada tahun yang sama beliau mendapat anugerah Olahragawan SMK Jengka 2
dan Olahragawan daerah Maran. Pada tahun 2002 Mohd Radzuan mewakili Pahang ke
SUKMA di Sabah.[4]
Pada tahun 2003 larian beliau dalam acara
100m lompat pagar semakin pantas apabila mencatat rekod kejohanan MSSP dengan catatan
masa 10.9 saat. Pada tahun 2004, beliau mewakili Pahang dalam acara 110m lompat
pagar di SUKMA Negeri Sembilan. Pada tahun yang sama belaiu telah menyertai
Kejohanan Olahraga Kebangsaan.
Tahun 2004 merupakan kemuncak kejayaan
beliau dalam bidang olahraga. Hal ini terbukti apabila Mohd Radzuan bin Abdul
Rahman memenangi pingat perak dalam acara 110m lompat pagar di Kejohanan
Olahraga Peringkat Kebangsaan. Pada tahun yang sama beliau terpilih mewakili
Malaysia dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Ipoh, Perak. Buat kali pertama
Mohd Radzuan bin Rahman menimba pengalaman berlari bersama peserta dari China,
Korea, Thailand, Jepun dan Arab Saudi.[5]
[1]
Majalah Jaya Edisi ke-26,35.
[2] Temu
ramah Radzuan Rahman pada 7 jun 2018.
[3]
Majalah Jaya Edisi Millinium 2000,46.
[4] Temu
ramah Radzuan Rahman pada 7 jun 2018.
[5] Ibid.
Rabu, 6 Jun 2018
ABDUL FAIZAL ISHAK BINTANG BOLA SEPAK SMK JENGKA 2 2000-2001
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Abdul Faizal bin Ishak dilahirkan di No 430 Felda Jengka 2, Bandar
Jengka Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jengka 2
dari tahun 1990 hingga tahun 1996. Pada tahun 1997 Abdul Faizal melanjutkan
pelajaran ke SMK Jengka 2 dan ditempatkan di Tingkatan 1KRK 2. Guuru Kelas 1KRK2
ketika itu ialah Pun Norhaslinda binti Yahya.Beliau menduduki Peperiksaan PMR
pada tahun 1999 dan Peperiksaan SPM pada tahun 2001.[1] Selepas
tamat tingkatan 5, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma in Marine
Engineering, Politekni Ungku Omar di Ipoh.[2]
Abdul Faizal memulakan kerjaya dalam
bidang bola sepak apabila mewakili SK Jengka 2 pada tahun 1994, ketika berlajar
di tahun 4.[3] Mulai
tahun 1997-2001 beliau mewakili SMK Jengka 2 dalam kejohanan bola sepak
peringkat daerah hingga ke peringkat negeri. Pada tahun 200 pasukan bolasepak
SMK Jengka 2 muncul Johan MSSD Maran dan berjaya menyertai liga MSSP.
Pada tahun 2001, beliau merupakan seorang
pemain tengah bertanan pasukan bola sepak SMK Jengka 2. Pada tahun tersebut
pasukan bola sepak SMK Jengka 2 muncul Johan kejohanan bola sepak MSSD Maran.
Pasukan SMK Jengka 2 mencipta sejarah kerana berjaya menyertai Kejohanan Bola
Sepak MSSM di Terengganu.[4] Kini
beliau bekerja sebagai Wellwork Supervisor di Exxon Mobil Malaysia.[5]
[1] Majalah
Jaya Edisi 23,130.
[2]Temu
bual dengan Abdul Faizal Ishak pada 3 jun 2018
[3] Ibid.
[4]
Majalah Jaya 2001,57.
[5] Temu
bual dengan Abdul Faizal Ishak pada 6 Jun 2018
Selasa, 5 Jun 2018
PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM 2004
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pasukan ini dibentuk semula selepas En Muhammad Zain Mat bertukar sekolah ke Kuantan.
Pasukan ini dibentuk semula selepas En Muhammad Zain Mat bertukar sekolah ke Kuantan.
Ahad, 3 Jun 2018
BARISAN PENTADBIR SMK JENGKA 2 TAHUN 2003
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 2003 Barisan
Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan jengka 2 ialah Pengetua Puan Hjh Maimuna bt Hj Taib, GPK
Pentadbiran Tuan Hj Ansari bin Nooruden, GPK HEM En Minhad Mohtah dan En Ahmad
bin Yaakob Sebagai GPK Kokurikulum.[1] Barisan
Ketua Bidang pula terdiri daripada Pn
Roshanilawatey bt Jusoh menjawat jawatan sebagai Ketua Bidang Bahasa, Pn
Norasmah bt Sulaiman, Ketua Bidang Sains, Cik Julia Abas Ketua Bidang
Kemanusiaan dan Puan Idawati bt Yusoff, Ketua Bidang Teknik dan Vokasyenal.[2]
Sabtu, 2 Jun 2018
Jumaat, 1 Jun 2018
WABAK DENGGI DI SMK JENGKA 2 TAHUN 1975
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Guru Besar Hj.
Ibrahim Muhammad, peristiwa yang paling meyedihkan beliau ialah penyakit denggi
yang melanda pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Penyakit yang baru
menular di negara kita itu menyebabkan dua orang pelajar meninggal dunia.[1]
Menurut Cikgu Jaffar bin Nasir yang merupakan Guru Asrama SMK Jengka 2 ketika
itu beberapa orang pelajar sekolah telah dijangkiti demam denggi berdarah dan
ada yang meninggal dunia.[2]
Allahyarham Cikgu Nasharuddin Rashid pula menyatakan pelajar yang meninggal
tersebut ialah aruah abangnya dari Felda Jengka 7.[3]
Aruah abangnya tidak dapat diselamatkan kerana lambat dihantar ke Hospital
Mentakab
Foto-Sumbangan Cikgu Mohd Azam bin Ariffin.
PERKEMBANGAN SMK JENGKA 2 TAHUN 1976
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
sumber-Pn Halidah bt Ismail
Pada tahun 1976, Asrama Sekolah
Menengah Jengka 2 siap dibina pada bulan Mac 1976. Asrama baru ini dapat
menampung 337 orang pelajar asrama. Tetapi sekolah menghadapi masalah letrik
kerana ketiadaan generator.[1]
Pada tahun 1976 seramai 142 orang calon telah mengambil peperiksaan SRP.
Keputusan telah meningkat kepada 76.6%.
Seramai 109 orang pelajar telah berjaya mendapat pangkat A.[2]
Langgan:
Catatan (Atom)