Jumaat, 6 Oktober 2017

Kenal pasti potensi diri anak



Nor Khalilah Gusti Hassan
6 Oktober 2017
 Kenal pasti potensi diri anak
Kenal pasti potensi diri anak
Shahaniza berkongsi tip dan ilmu secara lebih dekat kepada pelajar SMK Felda Jengka 2, kelmarin.

JENGKA - Ibu bapa disarankan tidak terus memarahi anak yang mendapat keputusan teruk, sebaliknya memberi galakan untuk lebih berusaha pada peperiksaan akan datang.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, ibu bapa juga perlu memahami anak-anak selain membantu mengenali potensi mereka.

“Bila anak mengadu keputusan peperiksaan teruk, ibu bapa janganlah terus marah tapi beri mereka galakan supaya terus berusaha. Kita perlu sentiasa menasihati mereka.

“Perkara ini perlu ditangani dengan cara  yang lebih berhemah agar anak terus mendapat galakan untuk berusaha dan percaya  kita (ibu bapa) sentiasa di sisi untuk terus meningkatkan pencapaian diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi tip kekeluargaan pada Majlis Program Motivasi Ibu bapa dan Pelajar Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Jengka 2, di sini kelmarin.

Menurutnya, sikap sentiasa memarahi anak-anak yang kurang cemerlang dalam peperiksaan tidak membantu meningkatkan potensi mereka malah boleh melemahkan semangat anak-anak.

“Sebagai ibu bapa kita juga kena memahami anak-anak bahkan perlu bantu mengenali potensi yang ada dalam diri mereka. Sentiasa berkomunikasi  dengan anak-anak kerana cara itu mampu memberikan impak positif dalam peningkatan pembelajaran mereka.

“Apabila mereka kenal diri dan ada target dalam pembelajaran Insya-ALLAH mereka mudah memilih jalan untuk maju di masa hadapan,” katanya.

Dalam program tersebut, Adun Kuala Sentul itu turut berkongsi pengalaman beliau sebagai ibu, isteri, wakil rakyat dan ahli Exco sebagai motivasi kepada pelajar supaya tidak menjadikan kesibukan alasan untuk terus maju.

Shahaniza berkata, para pelajar juga dinasihatkan untuk tidak selalu membandingkan diri dengan orang lain kerana sikap sedemikian hanya akan melemahkan diri .

“Jadikan kebolehan dan kejayaan orang lain sebagai cabaran untuk kita lebih berdaya saing. Remaja tidak boleh lari dari konflik kerana pada usia ini mereka tercari-cari identiti dan keistimewaan diri.

“Saya mahu anak-anak kenal diri dan cari keyakinan diri. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mesti tahu ke mana hala tuju anda,” katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Jengka 2, Mohd Abdul Razif Abdul Razak berkata, pihak sekolah sentiasa optimis menjalankan pelbagai aktiviti untuk memaksimumkan usaha membantu pelajar menghadapi peperiksaan.

“Kita menjalankan program sehari satu subjek.  Hari ini (kelmarin) selepas tamat majlis para pelajar akan ikuti bengkel mata pelajaran selepas waktu sekolah.

“Cabaran pihak sekolah sebenarnya adalah kehadiran pelajar ke sekolah. Saya ambil peluang ini berpesan kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak ke sekolah sebagai persediaan sebelum periksa,” katanya
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 6 Oktober 2017

Sabtu, 30 September 2017

Dua sahabat maut maut kemalangan



 SEORANG petugas hospital memeriksa salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Perkampu
SEORANG petugas hospital memeriksa salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Perkampu 
SEORANG petugas hospital memeriksa salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Perkampungan Felda Ulu Jempol di Maran, Pahang semalam. - UTUSAN/Media soaial

Abdul Rashid Abdul Rahman

28 September 2017 11:29 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More21

MARAN 28 Sept. - Dua sahabat maut selepas motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terjatuh sebelum merempuh sebuah kereta di Jalan Perkampungan Felda Ulu Jempol di sini, semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu ialah penunggang motosikal, Mohammad Izzuwan Amir Abdul Razak, 15, dan Muhammad Kamal Husaini Nor Azman,15.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mazlan Hasan berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mereka dalam perjalanan dari arah Felda Ulu Jempol ke Felda Dahlia Jengka 3.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa yang dipercayai ditunggang laju hilang kawalan dan terjatuh menyebabkan pembonceng tercampak ke tengah jalan manakala penunggang tercampak ke atas batu kunci kelajuan air di bahu kiri jalan.

“Motosikal berkenaan kemudian mengelongsor dan merempuh bahagian hadapan sebuah kereta,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyan 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/dua-sahabat-maut-maut-kemalangan-1.531672#ixzz4uCvG6qp2
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 15 September 2017

PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2013


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB



SAMBUTAN HARI GURU SMK JENGKA 2 TAHUN 1999

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sambutan Hari Guru tahun 1999 bertemakan 'GURU CEMERLANG PENDIDIKAN BERKESAN'
Pengetua SMK Jengka 2 pada tahun tersebut ialah Encik Ismail bin Daros.Sambutan Hari Guru Ini diadakan pada 21 Mei 1999.