OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1978 Majalah Jaya
telah menyiarkan dua belas buah cerpen hasil karya pelajar SMK Jengka 2 dari Tingkatan 1 hingga 5. Antara
karya pelajar Tingkatan 1 ialah cerpen yang bertajuk Riwayat Hidupku oleh Nora
Tan dari 1SPT1 yang menetap di Felda
Jengka 10. Bagi saya cerpen ini sangat berguna kerana ia menceritakan
pengalaman hidup Nora yang menjadi anak peneroka Felda Jengka 10 pada tahun
1974. Cerpen ini juga menceritakan keadaan Felda Jengka 10 pada tahun 1974 dan
wujud Kantin sekarang dikenali sebagai D’Mart tempat peneroka mengambil barang
keperluan harian seperti beras, sardin, biskut, gula dan lain-lain.. Kehidupan
Nora di Felda Jengka 10 bermula apabila ayahnya bersara sebagai askar dan
berjaya menjadi Peneroka Jengka 10.[1]
Ketika sampai ke Felda Jengka
10, rumah Nora dipenuhi semak-samun. Pegawai Felda memberi masa 10 hari untuk
keluarga Nora membersihkan kawasan rumah. Setelah 12 hari tinggal di Felda
Jengka 10, ayah Nora mendaftar Nora dan adik-beradik bersekolah di SK Jengka
10. Pada waktu petang membantu ibu bapanya menanam pokok buah-buahan dan
sayur-sayuran. Barang-barang dapur dan keperluan harian diambil di Kantin
sebanyak $70.00 sebulan. Nasib ayah Nora baik kerana menerima pencen tentera
sebanyak $100.00 sebulan. Semasa Tingkatan 1 Nora tinggal di Asrama SMK Jengka
2.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan