Rabu, 6 Julai 2016

PENGETUA SMK JENGKA 2 KE-14 AHMAD BIN MOHD YUSOF 2009-2011.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
    GPK KURIKULUM TUAN MENYERAHKAN TUGAS KEPADA PENGETUA BARU.
Pada tahun 2009 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 ditadbir oleh Pengetua baru Encik Ahmad bin Mohd Yusof. Beliau yang berasal dari Kuala Lipis Pahang dilahirkan pada tahun 1962. Beliau merupakan siswazah lepasan Universiti Pertanian Malaysia.Opsyen pertama Pengetua Ahmad bin Mohd Yusof ialah Fizik, manakala opsyen kedua ialah Matematik Tambahan.Beliau juga merupakan Ketua Pemeriksa subjek Matematik Tambahan SPM.

      Beliau seorang Pengetua kuat beragama, baik hati dan mudah berurusan dengan kakitangan bawahan. Antara perubahan yang dilakukan oleh beliau ialah penekanan kepada solat zohor berjemaah di Surau SMK Jengka 2. Sebagai seorang yang kuat beragama, Tuan Pengetua sendiri yang mengimamkan solat zohor. Pada hari Jumaat, Tuan Pengetua akan memimpin bacaan Yassin dan membacakan doa. Beliau berasal dai keluarga yang berlatar belakang agama dan pernah menuntut ilmu agama di sebuah pondok di Kelantan. Beliau bertukar ke SMK Jengka 2 kerana kenaikan pangkat sebagai Pengetua Tingkatan 6.[1]


[1] Temu ramah dengan Pengetua SMK Jengka 2 Ahmad Mohd Yusof pada 8 Julai 2009.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan