Acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-57
tahun ini diolah mengikut kesesuaian susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines
MH17 dan MH370 termasuk membatalkan acara tradisi seperti Ambang Merdeka selain
acara hiburan dan pertunjukan bunga api.Sambutan kemerdekaan negara tahun ini
amat istimewa kerana negara kita mernyambut ulang tahun kemerdekaan ke-57
dan Malaysia pula mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957 dan ia sesuatu yang tidak akan berlaku lagi.
Pada tahun ini, tiada sambutan ambang
merdeka namun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan menyampaikan
amanat merdeka di MATIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang akan disiarkan
secara langsung.Aacara bunga api anjuran pihak kerajaan juga a dibatalkan.Bagi
umat Islam, majlis bacaan Yassin dan selawat akan diadakan di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur pada 15 Ogos, penganut Hindu di Selayang juga pada 15 Ogos,
penganut Buddha di Sentul, Kuala Lumpur pada 17 Ogos dan Kristian di Shah Alam
pada 17 Ogos.
Pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan
kibar Jalur Gemilang pula akan diadakan di Putrajaya pada 18 Ogos yang dihadiri
warga Putrajaya termasuk petugas sektor awam, katanya.Sambutan Hari Malaysia di
Dataran Kipas, Miri, Sarawak akan diadakan seperti biasa pada 16 September.
Pada tahun ini Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Jengka 2 mengarahkan saya mengadakan ceramah Jejak Kemerdekaan
selama satu jam setengah. Majlis Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah bermula pada 16 Ogos 2014 hingga 12 September
2014. Matlamatnya ialah untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme
dikalangan guru dan pelajar SMK Jengka 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan