Jumaat, 9 Disember 2016

TOKOH GURU SMK JENGKA 2 EN.BAIJURI BIN RABU

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
      En. Baijuri Rabu merupakan antara guru yang paling lama berkhidmat di SMK Jengka 2. Beliau mula mendafar diri di SMK Jengka 2 pada 7 Januari 1980. Setelah menamatkan pengajian di MPSI,beliau memulakan kerjaya di SMK Jengka 2 sebagai Guru Sandaran Terlatih, Guru Penolong,  Ketua Pelatih (KP). Beliau kemudinnya melanjukan pelajaran ke ITM dalam bidang Seni Lukis, Seni Reka dan mendapat Ijazah BA Fine Art  ITM.

Antara tugas beliau pada tahun 1989 ialah menjadi Guru Bahasa Melayu, Keua Panitia Pendidikan Seni, AJK KBSM, Setia usaha Majalah Jaya,SU Keceriaan Sekolah Indah, Kakitangan Sumber Pendidikan Seni Negeri Pahang. AJK PIBG.Beliau kemudianna  dilantik menjadi Guru Penasihat Majalah Jaya. Pada ahun 1994 En Baijuri Rabu dilantik menjadi Guru Penyelaras SPB.Guru Disiplin-1996-1997 Ketua Bidang Kemanusiaan-1997-1999 dan Guru Penolong Kanan HEM 1999-2000. Pada 16 Mac 2000 beliau dilantik menjadi Penolong PPD 2000.[1] Kini Encik Baijuri Rabu telah bersara sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Seni dan beliau telah membuka Konsultan dan menjadi penceramah program keibubapaan.[2]
.

    Encik Baijuri Rabu duduk tiga dari kiri.


[1] “Pesanan Bekas GPK HEM, En Baijuri Rabu”,Majalah Jaa Edisi Millenium 2000,18.
[2] Temu ramah dengan Encik Baijuri Rabu pada 15 Mac 2016 di Pasar Tani, Bandar Jengka.

Rabu, 7 Disember 2016

PEMBINAAN DUA BLOK BERKEMBAR RUMAH GURU SMK JENGKA 2 1989

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
       Menurut Pengetua Sekolah Menengah Jengka 2 Haji Ab. Aziz Haji Abdullah,banyak tempat di Wilayah Jengka ini menghadapi masalah kekurangan rumah guru. Jengka 2 juga tidak terlepas dari masalah itu. Justeru itu pihak  sekolah telah memohon projek gotong-royong untuk membina dua blok berkembar rumah guru dan telah diluluskan di akhir tahun 1988. Oleh sebab beberapa masalah pengurusan dan keadaan cuaca  pembinaannya terpaksa dilaksanakan pada awal bulan Februari 1989. Dengan kerjasama  ibu bapa di sekitar Jengka Dua ini rumah itu siap dibina pada 25.5.1989 dan telah pun diberi kebenaran kepada guru-guru yang layak mendudukinya pada awal bulan Jun 1989.[1]   

Foto-Dua blok rumah guru berkembar SMK Jengka 2 pada bulan April 1989.




[1] Majalah Jaya,11.

Khamis, 1 Disember 2016

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG STPM TAHUN 2002

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PELAJAR TERBAIK STPM 2001
NOR SUHANA BINTI MOHD SANUSI – 2A, 2B,1D.

ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK STPM 2001
1.PENGAJIAN AM                           : FAEZAH JAHAR.
2.BAHASA MELAYU                      : HINDUN BINTI IDDRESS
3.SEJARAH                                       : ROSMAINI MAT ROSELY.
4.GEOGRAFI                                    : MOHANAMBAL ELANKUMARAN.
5.SASTERA MELAYU                     : NOR HANIZA HASHIM
6.EKONOMI                                      : AZIZUL AHMAD.
7.PENGAJIAN PERNIAGAAN       : ROHAYU MOHAMAD.



Rabu, 9 November 2016

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI BERSAMA DR RAJA SHAMRI RAJA HUSIN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

TEMPAT        DEWAN AL-KHINDI
TARIKH         15 OGOS 2016
PESERTA       PELAJAR PEPERIKSAAN PMR,SPM,DAN STPM

      Objektif utama program ini ialah untuk mendedahkan kaedah dan tip menjawab soalan kepada calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM di Sekolah Menengah Jengka 2.Raja Shamri bin Raja Hussin merupakan seorang penceramah motivasi yang terkenal di Malaysia. Raja Shamri mendapat pendidkan awal di SK Kampung Raja Pasir Puteh dan SMK Gaal Pasir Puteh Kelantan. 

      YM Dr Raja Shamri bin Raja Husin dilahirkan pada 25 Mac 1975 di Kampung Wakaf Bunut,Pasir Puteh Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Pasir Puteh sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Machang (SMSM) di peringkat menengah. Setahun sahaja di SMSM, beliau terpaksa belajar ke sekolah harian biasa kerana mengalami kesukaran untuk bergerak disebabkan kecacatan kaki yang dialaminya semenjak dilahirkan lagi. Berkat ketekunan dan semangat yang tinggi beliau kemudiannya ditawarkan ke Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu setelah mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan SRP di Sekolah Menengah Gaal Pasir Puteh.[1]

      Setelah menamatkan pelajaran di MRSM beliau ditawarkan pula ke Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan kemudiannya ke Northern Arizona University USA di bawah program anjuran MARA mengikuti kursus di bidang Pentadbiran Perniagaan. Sekembalinya beliau dari luar negara, beliau telah berkhidmat bersama beberapa syarikat swasta di Kuala Lumpur. Disebabkan rasa tandus dan cinta kepada ilmu pengetahuan yang semakin bergelojak, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA mengikuti kursus di Bidang Pengangkutan pula. Beliau berpengalaman sebagai motivator selama enam belas tahun. 

      Melalui Program Motivasi ini, Dr Raja Shamri berkongsi pengalaman hidupnya sebagai pelajar cacat yang miskin dan berjalan menggunakan kaki kayu. Beliau mengingatkan pelajar supaya memberi tumpuan semasa belajar untuk mudah memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru.Beliau juga menasihati pelajar supaya datang awal ke sekolah dan membantu mengangkat  yang dibawa oleh guru. Pelajar SMK Jengka 2 juga menasihati pelajar supaya menjauhi daripada menjauhi daripada hubungan cinta yang boleh merosakkan masa depan mereka.  

      Dr Raja Shamri juga menjadikan kisah kemiskinan keluarga yang menjadikan beliau seorang yang benar-benar tabah dan sentiasa mahu mengubah nasib diri, keluarga dan masyarakat sebagai ikibar untuk menjadi pelajar cemerlang. Kecatatan juga bukanlah penghalang untuk pelajar mencipta kejayaan demi kejayaan di dalam hidup. Antara pesanan Dr Raja Shamri kepada pelajar-pelajar SMK Jengka 2 ialah beliau lagi pelajar hendaklah sentiasa merendahkan diri dan berfikiran positif, jaga solat subuh,bentuk personaliti diri yang hebat,kurang makan ,ramai kawan,berdikari dan tidak pernah putus asa serta sentiasa berdoa kepada Allah.[2]



   Guru-guru Tinkatan 6 SMK Jengka 2 bergambar bersama pakar motivasi Dr Raja Shamri Raja
    Husin
   Guru-guru SMK Jengka 2 bergambar bersama pakar motivasi Dr Raja Shamri Raja Husin
    Dr Raja Shamri menyampaikan cerama motivasi di Dewan Al-Khindi SMK Jengka 2.



[1] Temu ramah dengan Raja Shamri Raja Husin pada 15 Ogos 2016 di SMK Jengka 2
[2] Ibid

Jumaat, 4 November 2016

SPMV dimansuhkan -- IT mata pelajaran baru dalam sistem terbuka SPM

ARKIB : 09/10/1998
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan bahawa Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) akan dimansuhkan mulai tahun depan, seiring dengan pelaksanaan sistem pensijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000.

Menterinya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ekoran pemansuhan tersebut, mata pelajaran dalam pendidikan vokasional ini akan diserapkan ke dalam senarai 12 pakej yang ditawarkan dalam sijil terbuka SPM.

Di bawah sistem sijil terbuka, sijil SPM tidak lagi menggunakan perkiraan agregat dan pangkat, sebaliknya gred pencapaian akan ditunjukkan bagi mata pelajaran yang lulus sahaja.

Salah satu daripada mata pelajaran yang ditawarkan dalam pakej tersebut termasuklah mata pelajaran baru iaitu Teknologi Maklumat (IT).

Kata Najib, pemansuhan SPMV tidak bererti sekolah vokasional dihapuskan.

''Perubahan penting dalam pelaksanaan sistem pensijilan terbuka ialah menyepadukan peperiksaan SPMV di bawah satu payung sistem peperiksaan penamat iaitu SPM.

''SPMV dimansuhkan dan semua mata pelajaran vokasional dimasukkan dalam senarai pakej SPM sepertimana bagi mata pelajaran aliran agama dan teknikal,'' katanya ketika menyampaikan ucap utama mengenai sistem baru itu di Seminar Pensijilan Terbuka SPM, anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia di sini, hari ini.

Kini terdapat 69 buah sekolah vokasional di seluruh negara ini. Pendidikan vokasional diwujudkan antara lain untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas dalam bidang teknikal.

Menjelaskan mengenai sistem baru itu Najib berkata, pelajar yang menduduki tingkatan empat mulai tahun depan akan ditawarkan 12 pakej gabungan mata pelajaran.

Melalui sistem baru itu, calon perlu memilih satu pakej yang terdiri daripada enam mata pelajaran teras dan bebas mengambil mata pelajaran elektif mengikut minat dan kemampuan masing-masing.

Enam mata pelajaran teras itu ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.

Najib menambah, pada prinsipnya semua pakej boleh ditawarkan di semua sekolah tetapi penawarannya bergantung kepada keupayaan sesebuah sekolah itu.

''Skop kombinasi pakej yang luas disediakan bagi memberi banyak pilihan kepada pelajar dengan mengambil kira minat dan kebolehan mereka,'' katanya.

Melalui sistem baru itu juga katanya, syarat minimum pemberian sijil ialah lulus Bahasa Melayu.

Sebelum cadangan pensijilan terbuka SPM, sistem yang hampir sama telah diperkenalkan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1982 dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 1993.

Najib berkata, perubahan secara revolusi kepada sistem peperiksaan itu merupakan persediaan negara menghadapi abad ke-21 dan sebagai asas kepada pembentukan masyarakat berilmu dan berbudaya saintifik.

Sejajar dengan sasaran menentukan nisbah pelajar sains dan teknologi mencapai 60 peratus, penawaran pakej ke sekolah akan ditentukan berdasarkan kemampuan dan matlamat sesebuah sekolah didirikan.

Katanya, sekolah-sekolah berasrama penuh boleh menawarkan pakej sains tulen, teknologi maklumat dan sains teknikal manakala sekolah biasa boleh menawarkan pakej sains tulen, sastera ikhtisas, sains tambahan, kemanusiaan, sains teknikal dan sains-sastera ikhtisas.

''Sistem pensijilan terbuka itu mempunyai ciri-ciri positif kerana ia lebih fleksibel, tidak terlalu membebankan pelajar lemah dan boleh memberi rangsangan kepada pelajar yang pandai dan bermotivasi tinggi,'' katanya.

Pensijilan terbuka juga memberi peluang pelajar membaiki keputusan mata pelajaran tertentu melalui kaedah tampalan (patching) iaitu mengulang hanya bahagian mata pelajaran yang gagal tanpa perlu mengambil semula keseluruhan mata pelajaran itu.

Sebagai contoh pelajar yang gagal ujian lisan mata pelajaran bahasa Melayu hanya perlu mengulang ujian lisan dan bukan keseluruhan mata pelajaran itu.

Najib memberi jaminan sistem baru itu tidak akan menurunkan taraf sijil SPM di peringkat antarabangsa kerana perubahan hanya melibatkan pelaporan agregat dan pangkat keseluruhan.

''Kurikulum, sukatan pelajaran, kertas ujian, taraf penyoalan serta penentuan piawai mata pelajaran masih dikekalkan,'' jelasnya.

Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm#ixzz4P5Li71mq © Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 16 Oktober 2016

PEMANTAUAN KERJA KURSUS STPM PENGGAL 3 TAHUN 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada tahun ini Pegawai MPM dan Ketua Penyelaras Kebangsaan  (KPK) dalam membuat pemantauan di SMK Jengka 2. Pegawai yang terlibat ialah Encik Mohd Eddey bi Ahmad Esa dari MPM dan Professor Madya Arbaie bin Sujud dari KPK. Maklumat pemantauan adalah seperti butiran berikut;

Tarikh              : 10 Ogos 2016
Mata Pelajaran: Kesusasteraan Melayu Komunikatif (922)
Waktu             : 9.00 pagi -12.00 tengah hari.


      Encik Mohd Eddey bin Ahmad Esa amat berpuashati dengan kerja-kerja kursus yang dilakukan oleh 19 orang  pelajar SMK Jengka 2 yang mengambil KMK. Kerja Kursus KMK dikendalikan oleh Puan Hajah Rohana Mat Ripin dan Encik Rafirdaus Abdul Malek.Perbentangan oleh pelajar KMK tidak dapat dijalankan kerana Professor Madya Arbaie bin Sujud dari KPK tidak dapat hadir.
                     GPK Tingkatan 6 En. Hairul Bahri menyampaikan cenderamata kepada  Encik Mohd 
                     Eddey bin Ahmad Esa

Khamis, 13 Oktober 2016

RANKING INDIVIDU MENGIKUT CGPA STPM P2 SMK JENGKA 2 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.KHAIRUNNISA BINTI ADNAN   6 AL-GHAZALI  2.75
2.NOR ATIKAH BINTI MOHD MAZLI  6 AL-RAZI 2.75
3.MUHAMMAD ALIF BIN AHMAD  6 AL-GHAZALI.2.75
4.NUR SYAZWANI BINTI ZULKIFLI  6 AL-RAZI  2.50
5.MUHAMMAD FAIZAL BIN SAID  6 AL-FARABI 2.50
6.NUR ZAQIAH BINTI ZULAIDIN  6 AL-RAZI 2.50
7.MUHAMMAD HAFIZ AMRI MAZMIN  6 AL-GHAZALI 2.50