Rabu, 14 Disember 2016

FALSAFAH SEKOLAH SMK JENGKA 2 TAHUN 1989

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
      Semasa Abdul Aziz bin Haji Abdullah menjadi Pengetua, Falsafah ialah Usaha Cekal Jaya. Huraianya pula ialah. Setiap insan wajib berusaha dalam usaha mereka mencapai kejayaan. Kejayaan ini perlu dilihat menerusi dua aspek iaitu kejayaan rohani dan jasmani.

      Setiap insan yang mahu berjaya juga mestilah bersikap cekal dan tahan menghadapi segala cabaran, ujian dan dugaan untuk terus berusaha. Selagi sikap sentiasa mahu berusaha dan cekal, tabah serta sabar menghadapi segala bentuk dugaan, insyaallah kejayaan juga dapat dicipta.[1]  



[1]Majalah Jaya 1989,i.

Isnin, 12 Disember 2016

PADANG SEKOLAH SMK JENGKA 2 1987

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Menurut Pengetua SMK Jengka 2, pagar gelanggang permainan serbaguna yang dibuat secara gotong-royong oleh guru, pekerja am dan pelajar sekolah siap pada tahun 1987.  Pada tahun 1987 juga SMK Jengka 2 mendapat peruntukan dari pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pahang untuk membina padang sekolah. Menurut Muhammad Zain Mat tapak asal padang sekolah ialah tapak rumah Peneroka Tambahan  Felda Jengka 2.[1]

      Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 ini masih dalam proses penanaman rumput secara gotong-royong. Keadaan padang belum sempurna dan memerlukan peruntukan untuk pembinaan pagar dan perparitan serta tangga bertingkat.[2] Menurut Haji Zawawi Ismail beliau bersama-sama dengan pelajar Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 terlibat dengan projek gotong-royong menanam rumput di Padang Sekolah. Menurut beliau lagi rumput yang tumbuh di sekitar sekolah dicangkul dan dibawa turun untuk ditanam di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2.[3]


Dua dari kanan Ustaz Naim, Datok Yahya, Rashid Mat dan Cikgu Haji Zawawi empat dari kiri.

[1]Temu ramah dengan Muhammad Zain Mat pada 29 Januari 2014.
[2] Majalah Jaya,1987,11.
[3] Temu ramah  dengan Haji Zawawi  Ismail  pada 12 Disember 2016.

AJK KOPERASI SMK JENGKA 2 TAHUN 2010

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SETIAUSAHA KOPERASI-PUAN ROHAYU BINTI RAZAK
BENDAHARI - PUAN NORHASLINDA BINTI YAHYA

Sabtu, 10 Disember 2016

AHLI JAWATAN KUASA DISIPLIN SMK JENGKA 2 1989

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


GURU DISIPLIN EN.TENGKU MALIM TENGKU BUSU, EN. YUSRI MARJAN, EN. DIYAUDIN OMAR, USTAZ ISMAILUSTAZAH JURIAH DAN EN SOBERI HADZIR 

MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PMR TAHUN 2006

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Majlis Penyampaian Keputusan PMR tahun 2006 diadakan di Pusat Sumber Sekolah pada 28.12.2006. Guru yang berugas pada hari tersebut ialah Encik Mazlan Mustapa, Puan Esah Dollah, Puan Norhaslinda Yahya. Mereka diketuai oleh GPK 1 Puan Misliah Misran, Ketua  Bidang Kemanusiaan Cik Julia Abas dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, Puan Hajah Idawati Yusof. GPK Kokurikulum turut hadir sebagai juru gambar bebas.

 Gambar-gambar gelagat guru-guru, penjaga dan pelajar yang sempat dirakam oleh GPK Kokurikulum, Encik Ahmad bin Yaakob.















Jumaat, 9 Disember 2016

TOKOH GURU SMK JENGKA 2 EN.BAIJURI BIN RABU

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
      En. Baijuri Rabu merupakan antara guru yang paling lama berkhidmat di SMK Jengka 2. Beliau mula mendafar diri di SMK Jengka 2 pada 7 Januari 1980. Setelah menamatkan pengajian di MPSI,beliau memulakan kerjaya di SMK Jengka 2 sebagai Guru Sandaran Terlatih, Guru Penolong,  Ketua Pelatih (KP). Beliau kemudinnya melanjukan pelajaran ke ITM dalam bidang Seni Lukis, Seni Reka dan mendapat Ijazah BA Fine Art  ITM.

Antara tugas beliau pada tahun 1989 ialah menjadi Guru Bahasa Melayu, Keua Panitia Pendidikan Seni, AJK KBSM, Setia usaha Majalah Jaya,SU Keceriaan Sekolah Indah, Kakitangan Sumber Pendidikan Seni Negeri Pahang. AJK PIBG.Beliau kemudianna  dilantik menjadi Guru Penasihat Majalah Jaya. Pada ahun 1994 En Baijuri Rabu dilantik menjadi Guru Penyelaras SPB.Guru Disiplin-1996-1997 Ketua Bidang Kemanusiaan-1997-1999 dan Guru Penolong Kanan HEM 1999-2000. Pada 16 Mac 2000 beliau dilantik menjadi Penolong PPD 2000.[1] Kini Encik Baijuri Rabu telah bersara sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Seni dan beliau telah membuka Konsultan dan menjadi penceramah program keibubapaan.[2]
.

    Encik Baijuri Rabu duduk tiga dari kiri.


[1] “Pesanan Bekas GPK HEM, En Baijuri Rabu”,Majalah Jaa Edisi Millenium 2000,18.
[2] Temu ramah dengan Encik Baijuri Rabu pada 15 Mac 2016 di Pasar Tani, Bandar Jengka.

Rabu, 7 Disember 2016

PEMBINAAN DUA BLOK BERKEMBAR RUMAH GURU SMK JENGKA 2 1989

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
       Menurut Pengetua Sekolah Menengah Jengka 2 Haji Ab. Aziz Haji Abdullah,banyak tempat di Wilayah Jengka ini menghadapi masalah kekurangan rumah guru. Jengka 2 juga tidak terlepas dari masalah itu. Justeru itu pihak  sekolah telah memohon projek gotong-royong untuk membina dua blok berkembar rumah guru dan telah diluluskan di akhir tahun 1988. Oleh sebab beberapa masalah pengurusan dan keadaan cuaca  pembinaannya terpaksa dilaksanakan pada awal bulan Februari 1989. Dengan kerjasama  ibu bapa di sekitar Jengka Dua ini rumah itu siap dibina pada 25.5.1989 dan telah pun diberi kebenaran kepada guru-guru yang layak mendudukinya pada awal bulan Jun 1989.[1]   

Foto-Dua blok rumah guru berkembar SMK Jengka 2 pada bulan April 1989.




[1] Majalah Jaya,11.