Sabtu, 29 Julai 2017

SURAT DARI ARAB SAUDI

oleh-AHMAD BIN YAAKOB


Pada tahun 1990-an bekas pelajar SMKJ2 menghantar surat kepada Pengarang Majalah Jaya untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar SMKJ2 tentang kepentingan menuntut ilmu. Shariman bin Abdul Rahman menasihati pelajar supaya menuntut ilmu dengan sepenuh hati. Kerana ilmu akan menbuat kita berjaya di hari kemudian.

Jumaat, 28 Julai 2017

NOSTALGIA SMK JENGKA 2 TAHUN 2000

oleh_AHMAD BIN YAAKOB
      Sarapan pagi bersama bekas GPK HEM Encik Baijuri Rabu. Semua kawan-kawan yang bersarapan pagi bersama ini telah berukar ke sekolah lain. Encik Baijuri Rabu berpindah ke SMK Jengka 10 sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Seni. Beliau bersara pada tahun 2016 dan kini membuka Konsultan Ceramah Keibubapaan. Cikgu Soberi Hadzir berpindah ke SMK Desa Jaya, kini berkhidmat di PPD Maran. Encik Johar Ariffin dan Encik Azeri Abdul Rahman berpindah Maran. Dari kanan Encik Ismail Hashim, Pembantu Makmal berpindah ke SMK Maran. En Amran Mahusin berpindah ke SMK Tanjung Lumpur. Manakala Encik Zulkifli Amin Musa berpindah ke SMK Seri Jengka dan kini bertugas sebagai Kanselor di SMK Jengka 21.

Rabu, 26 Julai 2017

PERTEMUAN KEMBALI BEKAS GURU-GURU SMKJ2 DI MAJLIS KENDURI KAHWIN ANAK EN BAIJURI RABU

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Dari kiri Hj Ashuri, En Baijuri Rabu, Ahmad Yaakob ,En Azri Abdul Rahman dan En.Latif Awab.

Majlis perkahwinan anak perempuan bekas GPK HEM SMK Jengka 2 Encik Baijuri Rabu membawa kepada pertemuan saya dengan rakan-rakan yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2.Anak perempuan cikgu Baijuri Dr. Nur Ainin Sofiya binti Baijuri telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Ramzan bin Dato' Abdul Wahab pada hari Sabtu 22 Julai 2017 di Taman Desa Jaya 2, Bandar Jengka Pahang.









Khamis, 11 Mei 2017

DR ALI HANAFIAH PELAJAR SMKJ2 PERTAMA MENCEBURI BIDANG PERUBATAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Mohd Ali Hanafiah Bin Mat Soad dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada tahun 1972. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ulu Jempol .Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2  dari tingkatan satu  pada tahun 1985 hingga tingkatan tiga pada tahun 1987.[1]

     Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SRP,Ketika di tingkatan empat,beliau menlanjutkan pelajaran beliau di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) di Johor Bharu.[2] Beliau kemudiann melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke New Zeeland. Pada tahun 2002. Setelah tamat pengajian  beliau kembali ke Malaysia dan berkhidmat sebagai doktor perubatan di Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan. Pada tahun 2005 beliau membuka Klinik Ali di Bandar Pusat Jengka.


[1] Temu bual dengan Dr Ali Hanafiah pada 2 September 2014
[2] Ibid