Jumaat, 16 Februari 2018

TINGKATAN 6 SMK JENGKA 2 TAHUN 1996


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Aku memulakan tugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 pada hari Isnin 19 Januari 1996. Pada peringkat awal kehidupan di SMK Jengka 2 sangat mencabar kerana saya kembali diberi kepercayaan mengajar Sejarah Kertas 2 di kelas Tingkatan 6. Ketika itu ada dua kelas Tingkatan 6 iaitu 6 Atas Sastera dan 6 Atas Geografi. Jumlah calon ketika itu ialah 60 orang.[1]Aku dipilih oleh Pengetua Hj. Abdullah Daud untuk menggantikan kawan lama Encik Yusof Abdullah kawan sekelas semasa belajar di Universisti Kebangsaan Malaysia dulu.

      Aku merasa tugas ini amat berat kerana terpaksa menguasai tajuk sejarah STPM Kertas 2 dengan pantas untuk memastikan ramai pelajar mendapat Prinsipal A Sejarah STPM Kertas 2. Sebagai pelajar Sarjana Sejarah aku banyak medapat ilmu sejarah dari pensyarah UKM di Jabatan Sejarah seperti Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, Dr Ahmad Ali Seman dan Dr Rusik. Kelas 6 AG mudah menerima pengajaran saya  kerana sikap saya yang kelakar dan sukar berkawan dengan pelajar. Pelajar-pelajar 6 Atas Sastera pula ramai yang suka cikgu yang tegas seperti kawan baik saya cikgu Yusuf.

      Pengurusan Tingkatan 6 ketika itu berjalan lancar kerana Penyelaras Tingkatan 6 Encik Rusly bin Musa kerap mengadakan mesyuarat  bila ada masalah berlaku. Aku mengajar dengan penuh tekun dan belajar teknik memeriksa Kertas Sejarah dari skema STPM sebenar yang diberikan oleh cikgu Yusof Abdullah. Akhirnya semasa keputusan diumumkan 29 orang pelajar mendapat A1 dan A2. Antara pelajar cemerlang ketika itu ialah Noora binti Md Yusoff, Norhasfalela binti Abdullah, Ritazaharah binti UahyaHasliza binti Daud, Mohd Najib bin Rashid, Noorafzan Hashim, Yuzaini Ahmat, Hairulnizam Abdul Rahman dan Junaidah binti Abdul Rahim.[2]



[i]Majalah Jaya,29
[ii] Ibid,23.

Khamis, 15 Februari 2018

Masyarakat Felda ambil iktibar pengalaman lalu


 ABU BAKAR HARUN
ABU BAKAR HARUN
Mohamad Shofi Mat Isa

14 Februari 2018 11:29 AM

SEPERTI kebiasaan, apabila tiba musim pilihan raya umum akan muncul pihak-pihak tertentu di kawasan Felda di seluruh negara yang kononnya mahu membela nasib peneroka tanah rancangan berkenaan.

Mereka menjanjikan bulan dan bintang yang mana tujuan utamanya untuk mendapatkan sokongan masyarakat peneroka.


Hakikatnya, dalam setiap pilihan raya umum, undi masyarakat Felda akan cuba diraih sebanyak mungkin oleh setiap parti politik bertanding. Persoalannya, mengapa undi masyarakat tanah rancangan itu dikatakan penting pada setiap kali pilihan raya umum?

Ketika ini, dalam tanah rancangan Felda terdapat 54 kerusi Parlimen dan 92 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tanah rancangan itu mempunyai 317 kawasan penempatan peneroka, memiliki satu perempat daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi Parlimen serta 96 kerusi DUN.

Felda Plantation sahaja memiliki tanah seluas 341,000 hektar, majoritinya di Sabah dengan keluasan 100,000 hektar.

Di Pahang, 12 daripada 14 kawasan Parlimennya mempunyai penempatan Felda. Di kawasan DUN negeri itu pula, 27 daripada 42 kawasan adalah Felda.

Memberi peringatan berhubung perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini berkata, masyarakat tanah rancangan perlu menjadikan pengalaman pilihan raya umum lepas sebagai iktibar dalam membuat keputusan.

“Jangan tersalah pilih, pada musim pilihan raya umum lalu, banyak pihak yang datang berjanji bulan dan bintang namun akhirnya yang menjadi mangsa serta tersungkur adalah masyarakat Felda sendiri.

“Dalam keadaan hari ini yang mana kita akan berdepan dengan hari raya paling besar yang akan menentukan segala-galanya, akan sampai ‘orang-orang’ tertentu ke Felda.

“Mereka ini akan ‘cucuk’ dan menabur fitnah. Bagi peneroka Felda yang hendak cepat kaya akan terpedaya dan selepas itu tersungkur. Selepas itu, balik semula kepada Felda untuk jalan penyelesaian,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Peneroka Felda Chini 3 dan 5 di Dewan Semai Bakti Felda Chini 3 di sini kelmarin.

Abu Bakar berkata, formulanya mudah iaitu jika warga peneroka tidak suka lagi kepada Felda, tinggalkan tanah rancangan itu.

“Tetapi Felda bukan begitu untuk mudah menyingkirkan peneroka begitu sahaja. Matlamat Felda ditubuhkan adalah membela dan menjaga orang Melayu,” katanya.

Peringatan yang disampaikan oleh Abu Bakar itu cukup jelas kerana beliau tidak mahu melihat warga Felda terus menjadi mangsa kepada jerat yang dipasang pihak tidak bertanggungjawab.

sumber-Akhirnya yang rugi bukan kerajaan diterajui UMNO dan Barisan Nasional (BN), tetapi masyarakat Felda itu sendiri. -SUMBER  UTUSAN ONLINE  

14 Februari 2018 11:29 AM