Ahad, 28 Jun 2020

TAHUN 1976


oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1976 jumlah pelajar bertambah menjadi 678 orang. Penghuni asrama pula bertambah menjadi 337 orang Sebanyak 4 Bilik Darjah dan sebauh Bilik Sauns Rumahtangga  terpaksa digunakan. Banyak masaah dihadapi oleh penghuni asrama seperti masalah air. Mereka berjaya menghadapi semua masaah hingga berpindah ke bangunan asrama sebenar ada bulan Mac 1976.[1]


[1] Majalah Jaya 1978,


Jumaat, 26 Jun 2020

TINGKATAN 3RK2 1998

Dri Kiri atas : hasrul ,arwah fauzi, izani,yasser,idham,Rushaidi, shahrel
tgh kiri: samsiah(cham),zura,,khadijah(djah),shahrizal,pazal,awie
duduk:kenah,,timoh,wani,cikgu linda,muslim,,lina arif

Khamis, 25 Jun 2020

TAHUN 1975


TAHUN 1975
Pada tahun 1975 bilangan pelajar berjumlah serama 455 orang dan guru-gurunya seramai 16 orang, Bilangan penghuni asrama telah bertambah seramai 210 orang, iaitu 121 orang putera dan 89 orang puteri. Jumlah pelajar pula menjadi seramai 678 orang.Manakala jumlah guru ialah semai 19 orang.[1]


[1] Majalah Jaya 1978, 3


SEJARAH AWAL SMK JENGKA 2


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 merupakan sekolah menengah pertama di Jengka.Pada masa itu bilangan pelajar seramai 87 orang.Manakala tenaga pengajarnya seramai 4 orang. Mereka ialah Encik Mat Yusoff Ismail, Puan Aminah Hj Koya, Cik Jamaliah Aman dan dan En Ibrahim HJ Mohammad sebagai Guru Besar. Ketika itu SMK Jengka 2 menumpang di SK Jengka 2 kerana bangunan sekolah masih dalm pembinaan.Pada bulan Julai barulah berpindah ke bangunan sendiri. Bangunan ini mempunyai 3 Blok, mengandungi 13 Bilik Darjah , dua Bilik Makmal  Sains, dua Bilik Sains Rumahtangga, dua Bilik Seni Peeusahan sebauh Bilik Perpustakaan dan subuah Kantin[1]   


[1]Majalah Jaya 1978, 5

SMK JENGKA 2 1974


TAHUN 1974
Pad tahun 1974 bilangan pelajar telah bertambah dengan kemasukan pelajar-pelajar baru Tingkatan 1. Menjadi seramai 225 orang. Tenaga pengajar pula bertambah menjadi 9 orang. Pada tahun ini juga, dibuka Asrama sEmentara kerana kesulitan yang dialami oleh pelajar-pelajar yang tinggal jauh  daripada Jengka 2 seperti daripada Jengka 10, Jengka 9, Jengka 4 dan Jengka 5.[1]  Kementerain Pelajaran telah bersetuju mangadakan Asrama Sementara dengan menggunakan bilik darjah yang masih kosomg.Sebanyak lima Bilik Darjah telah digunakan bagi menmpatkan 118 orang penghuni iaitu 71 orang putera dan 47 orang puteri.[2]


[1] Temu ramah En Ibrahim Mohamad pada 7 Ogos 2015.
[2] [2]Majalah Jaya 1978, 5


Sabtu, 9 Mei 2020

PESTA GAJAH MERIAHKAN KEJOHANAN OLAHRAGA 2000


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 518)

      Setiausaha  Ssukan Cikgu Md. Lazim Ngah, telah membawa kelainan pada ari Sukan SMK Jengka 2 apabila menyewa gajah dari Kuala Gandah. Cikgu Md Lazim merupakan nadi kecemerlangan Sukan SMK Jengka 2. Beliau mula berkhidmat di SMK Jengka 2 pada 1 Disember 1989 dan bertukar ke Terengganu pada 30 Mei 2000.[1] Saya fikir, inilah Kejohanan Olahraga tahunan yang paling meriah sejak bertukar ke SMK Jengka 2 1996. Terima kasih sahabat.

[1]Majalah Jaya 2000, 21.