Rabu, 14 September 2016

Sistem sijil terbuka SPM disambut baik

ARKIB : 08/08/1998
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tokoh akademik, kesatuan guru dan persatuan ibu bapa menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan sistem sijil terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mereka menyifatkan langkah itu wajar dan bijak kerana memberi lebih peluang yang lebih luas kepada pelajar dalam merancang masa depan.

Malah, mereka juga bersetuju dengan pandangan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan sistem agregat yang diamalkan pada masa kini tidak lagi relevan dengan perkembangan pendidikan negara.

Tokoh akademik, Tan Sri Dr. Awang Had Salleh berkata, pelaksanaan sistem itu akan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar memilih pelajaran yang diminati.

''Pelajar boleh menentukan masa depan mereka dan menilai kemampuan diri mereka,'' katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Pendidikan semalam yang mahu memperkenalkan sistem sijil terbuka SPM menggantikan sistem pemberian agregat dalam tempoh dua tahun lagi.

Dr. Awang Had memberitahu, sudah tiba masanya beberapa reformasi dalam bidang pendidikan dibuat dalam usaha menjadikan sistem pendidikan di negara ini lebih fleksibel dan tidak membebankan pelajar.

Kenyataan beliau turut disokong oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Murad Mohd. Noor yang berpendapat cadangan itu dapat membantu mengatasi masalah bebanan kurikulum di kalangan pelajar yang kurang cemerlang.

''Tidak dinafikan sistem yang ada sekarang terlalu ketat dan ini boleh menyekat peluang seseorang pelajar itu untuk mempelajari lebih banyak mata pelajaran.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani Bina pula menyifatkan cadangan tersebut sebagai bersesuaian dengan sistem pendidikan negara dalam menghadapi alaf akan datang.

Menurutnya, sistem terbuka itu telah dipraktikkan secara meluas di negara-negara Barat dan ia diterima sebagai satu sistem yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang berkualiti.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_07.htm#ixzz4KElxdlDQ © Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 13 Ogos 2016

PAMERAN LEGASI TUN RAZAK SMKJ2

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

SULTAN MUHAMMAD SHAH SULTAN PAHANG PERTAMA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
 R&D TAHUN 2016


Pada umumnya Kesultanan Melayu Pahang dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama, apabila pemerintahan Siam di Pahang telah diserang dan diambil alih oleh kerajaan Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditawan dan dibawa ke Melaka, puterinya, Puteri Onang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansur Shah berputerakan Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Berlakulah peristiwa di mana anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bernama Tun Besar sedang bermain sepak raga telah dibunuh akibat ditikam dengan sebab telah menjatuhkan destar Raja Muhammad yang sedang berkuda. Pertelagahan kedua-dua keluarga segera ditegah oleh Bendahara Tun Perak dengan katanya yang masyhur “Nyiah! Nyiah kamu semua, nyiah kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini janganlah kita pertuan”. Lantaran peristiwa itu, Raja Muhammad telah ditolak dari bumi Melaka dan dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama, bergelar Sultan Muhammad Shah (c. 1470). Makam baginda terdapat di Dusun Pinang, Pahang Tua, Pekan (c. 1475).[1]

Raja Ahmad menyusul menjadi Sultan Pahang setelah kemangkatan Sultan Muhammad Shah. Dari keturunan baginda kedua inilah wujudnya dinasti pertama Kesultanan Pahang dari Kesultanan Melaka sehinggalah ke Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah. Dinasti ini tamat di negeri Pahang setelah Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah dan anakanda baginda, Raja Muda Abdullah dibunuh oleh seorang anggota keluarganya yang turut menerima hukuman yang sama (c. 1614). Makam keluarga diraja ini terdapat di Makam Chondong, Padang Buluh, Pekan.[2]



[1] http://www.dirajapahang.my/portaldiraja
[2] Ibid

Rabu, 27 Julai 2016

PELAJAR SMK JENGKA 2 BERPINDAH KE BANGUNAN SENDIRI

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Selepas hampir tiga bulan menumpang dua bilik darjah di Sekolah Kebangsaan  Jengka 2, akhirnya warga sulung SMK Jengka 2 berpindah ke bangunannya sendiri pada bulan 19 Mac 1973.Bangunan awal Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 terdiri daripada tiga blok bangunan iaitu Blok A, Blok B dan sebuah Kantin Sekolah.
Blok C terdapat dua makmal Sains dan dua Bilik Sains Rumahtangga
     Bangunan pentadbiran terletak di Blok B yang menenmpatkan Bilik Guru Besar dan Pejabat  SMKJengka 2.  
Bangunan Kantin SMK Jengka 2.

Sabtu, 23 Julai 2016

PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 TAHUN 1987

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada tahun 1987 Kelas Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, cuma terdapat satu kelas sahaja. Kelas yang dibuka ialah Tingkatan 6 Rendah Sastera, Puan Saimah Binti Mohamad telah dilantik menjadi Guru Tingkatan.Menurut Puan Rohana Mat Ripin pelajar perintis Tingkatan 6 Rendah Sastera 1987, Kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka pada tahun 1987. Seramai 39 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan telah melapor diri di Tingkatan 6 Rendah Sastera.[1]

    Kelas pertama Tingkatan 6 Rendah dibuka di blok D, tingkat 1


[1]Temu ramah bersama Puan Rohana Mat Ripin pada 1Mac 2010.

Jumaat, 22 Julai 2016

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah 2016 diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar, guru dan ibu bapa. Majlis ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara semu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dan guru-guru yang mengajar di SMK Jengka 2. Majlis bermula pada 7.40-8.30 pagi dengan bacaan Yassin dan yang ketuai oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Yassin.


   Tajuk ceramah-Menyahut Cabaran Zaman.

 

      Majis diteruskan dengan Ceramah Bina Insan oleh Usaz Noazli Azi dari Jabatan Hal Ehwal Khas JASA Negeri Pahang. Beliau berasal dari Felda Jengka 2 dan merupakan rakan sekelas Cikgu Hassan Sanusi Musa semasa menuntut di SK Jengka 2. . Beliau merupakan graduan lepasan Univeriti Sumatera Utara Medan Indonesia.[1]


     Para pelajar khusyuk mendengar ceramah Ustaz Azli Aziz
    blogger menemuramah Usaz Azli.
bloger bergambar bersama Ustaz Norazli Aziz
   


[1] Temu ramah dengan Ustaz Norazli Azizi pada 22 Julai 2016.Antara kandungan utama ceramah beliau ialah pelajar wajib menghargai jasa dan menghormati kedua ibubapa.


PELAJAR CEMERLANG STPM TAHUN 2004

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Fazilah Osman merupakan anak kepada En Osman jaga SMK Jengka 2 tahun 2008-2010, beliau merupakan peneroka baru yang tinggal di No 489, Felda Jengka 2.