Jumaat, 30 Disember 2016

BIOGRAFI MUHAMMAD ZAIN MAT PELAJAR SMK JENGKA 2 TAHUN 1973

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Muhammad Zain Mat dilahirkan di Melaka Tengah. Beliau berhijrah ke Felda Jengka 2 bersama keluarganya pada tahun 1971, ketika usianya  11 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat sekolah rendah diMelaka. Pada tahun 1973 Muhammad Zain Mat mendaftar diri sebagai pelajar generasi pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, yang dibuka pada 1 Januari 1973.[1]
 Cikgu Muhammad Zain Mat melawat saya di Bilik  2008  
      Menurut beliau Menurut Muhammad Zain Mat,pelajar perintis SMK Jengka 2 tahun 1973, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 pada tahun 1972 amat perlu kerana ramai peneroka yang memasuki Felda Jengka 2 pada tahun 1971 telah mempunyai anak yang berumur 13 tahun yang akan melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Tingkatan 1.Manakala sekolah menengah yang berhampiran dengan Felda Jengka 2 ialah SM Maran yang terletak jauh iaitu lebih kurang 50 kilometer dari Jengka 2 .[2]

      Setelah tamat persekolahan peringkat SRP, beliau melanjutkan pelajaran peringkat menengah atas di Melaka. Muhammad Zain Mat kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan di Terengganu. Semasa di Maktab Perguruan beliau beliau bergiat aktif dalam persembahan teater sehingga pernah mengadakan persembahan teater di Indonesia.[3]

      Beliau kemudiannya mengajar di SK Jengka 3, SK Jengka 2, SK Sungai Jerik. Beliau seterusnya menyambung pelajaran ke USM melalui Program Pengajian Jarah Jauh. Setelah tamat pengajian beliau mengajar di SMK Jengka 2 pada tahun 1995. Cikgu Muhammad Zain diberi tugas mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di Tingkatan 6 SMK Jengka 2.[4] Beliau berpindah ke Kuantan pada tahun 2004.[5]

      Setelah mengajar di Kuantan selama sepuluh tahun Muhamad Zain Mat dilantik sebagai Nazir Kanan DG48 di Kuantan. Beliau meninggal dunia setelah dimasukkan ke Wad Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan selama sebulan. Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak perempuan.
   Bersama cikgu Muhammad Zain Mat tahun 2010.



   Menemu ramah Muhammad Zain Mat pada 7 April 2014.


[1] Temu ramah dengan Muhammad Zain Mat pada 7 April 2014.
[2] ibid
[3] Temu ramah dengan Muhammad Zain Mat pada 5 Julai 1998.
[4] Majalah Jaya 1995,9
[5] Majalah Jaya 2004,7.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan