Isnin, 12 Disember 2016

PADANG SEKOLAH SMK JENGKA 2 1987

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Menurut Pengetua SMK Jengka 2, pagar gelanggang permainan serbaguna yang dibuat secara gotong-royong oleh guru, pekerja am dan pelajar sekolah siap pada tahun 1987.  Pada tahun 1987 juga SMK Jengka 2 mendapat peruntukan dari pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pahang untuk membina padang sekolah. Menurut Muhammad Zain Mat tapak asal padang sekolah ialah tapak rumah Peneroka Tambahan  Felda Jengka 2.[1]

      Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 ini masih dalam proses penanaman rumput secara gotong-royong. Keadaan padang belum sempurna dan memerlukan peruntukan untuk pembinaan pagar dan perparitan serta tangga bertingkat.[2] Menurut Haji Zawawi Ismail beliau bersama-sama dengan pelajar Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 terlibat dengan projek gotong-royong menanam rumput di Padang Sekolah. Menurut beliau lagi rumput yang tumbuh di sekitar sekolah dicangkul dan dibawa turun untuk ditanam di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2.[3]


Dua dari kanan Ustaz Naim, Datok Yahya, Rashid Mat dan Cikgu Haji Zawawi empat dari kiri.

[1]Temu ramah dengan Muhammad Zain Mat pada 29 Januari 2014.
[2] Majalah Jaya,1987,11.
[3] Temu ramah  dengan Haji Zawawi  Ismail  pada 12 Disember 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan