oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelas Bimbingan STPM 1996 dibuat
pada waktu petang. Kelas ini bermula jam 3.00 petang. Saya mengajar dua kelas
iaitu Tingkatan 6AG dan 6AS. Setiap kali kelas Bimbingan pada waktu petang
bermula guru yang mengajar dibenarkan makan tengahari secara percuma di Kantin
SMK Jengka 2. Pengerusi PIBG SMK Jengka 2 ketika itu ialah Hj Yaakob Bin
Mahadi. Saya mengenali Hj Yaakob Mahadi kerana Cikgu Muhammad Zain Mat selalu
mengajak saya ke rumah Hj. Yaakob Mahadi apabila ada kerja sekolah yang berkaitan
dengan PIBG.[1]
Jam 3.00 petang saya mula Sejarah China-Jepun
kerana Pensyarah UKM Dr Ali Seman minta saya memberi penekanan kepada saya
untuk mengajar Sejarah China-Jepun. Beliau ketika itu merupakan Kolumnis Teknik
Menjawah Sejarah STPM Kertas 2 dalam Berita Harian. Hampir setiap bulan Sya
jumpa Dr Ahmad Ali Seman di Biliknya di Jabatan sejarah UKM. Ketika sedang
seronok mengajar saya terkejut beruk apabila tiga ekor lembu nak masuk kelas
dari Pintu Belakang 6ÂS.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan