OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Guru Besar Hj. Ibrahim
Muhammad, peristiwa yang paling meyedihkan beliau ialah penyakit denggi yang
melanda pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Penyakit yang baru
menular di negara kita itu menyebabkan dua orang pelajar meninggal dunia.[1] Menurut
Cikgu Jaffar bin Nasir yang merupakan Guru Asrama SMK Jengka 2 ketika itu
beberapa orang pelajar sekolah telah dijangkiti demam denggi berdarah dan ada
yang meninggal dunia.[2]
Allahyarham Cikgu Nasharuddin Rashid pula menyatakan pelajar yang meninggal
tersebut ialah aruah abangnya dari Felda Jengka 7.[3]Allahyarham
abangnya tidak dapat diselamatkan kerana lambat dihantar ke Hospital Mentakab.
Pada 23 Jun 1975, pelajar Asrama Putera Ridzuan bin Zakaria, meninggal dunia di
Rumah Sakit Mentakab. Pada 2 Julai 1975, Mohd. Salleh bin Abas pula meninggal
dunia di Rumah Sakit Mentakab.[4]
[1]Temu
ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2015.
[2] Temu
ramah En Mohd Jaffar bin Nasir melalui was apt
pada 17 Mei 2018.
[3]Temu
ramah En Nasharuddin bin Rashid pada 1 April 2003..
[4] Majalah Jaya. 1978,9.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan