Bilangan pelajar tahun 1982 ialah
1500 orang yang terdiri dari tujuh kelas Tingkatan 5 empat Kelas Tingkatan 4,
lapan kelas Tingkatan 3, lapan kelas Tingkatan 2 dan sepuluh Kelas Tingkatn
1.Tahun i i buat kali pertama calon SPM Jurusan Sains Pertanian mengambil
Peperiksaan SPM. Kelas Tingkatan Empat Perdagangan juga dibuka pada ini..Jumlah
guru pula ialah seramai 57 orang.[1]
Label
- TAHUN 1973
- TAHUN 1974
- TAHUN 1975
- TAHUN 1976
- TAHUN 1977
- TAHUN 1978
- TAHUN 1979
- TAHUN 1980
- TAHUN 1982
- TAHUN 1985
- TAHUN 1987
- TAHUN 1988
- TAHUN 1989
- TAHUN 1992
- TAHUN 1996
- TAHUN 1997
- TAHUN 1999
- TAHUN 2000
- TAHUN 2003
- TAHUN 2006
- TAHUN 2007
- TAHUN 2009
- TAHUN 2010
- TAHUN 2012
- TAHUN 2013
- TAHUN 2014
- TAHUN 2015
- TAHUN 2017
- TAHUN 2018
- TAHUN 2019
Selasa, 30 Jun 2020
SMK JENGKA 2 TAHUN 1980
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pelajar-pelajar SMK Jengka 2
terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan 5. .
Julah pelajar tahun 1980 ialah seramai 329 orang. Sese persekolahan terbahagi kepada
dua sidang iaitu Sidang Pagi dan Sidang Petang. Olah kerana sekolah ini berada
di kawasan Felda maka majoriti pelajar-pelajarnya ialah pelajar Melayu. Pada tahun 1980 jumlah pelajar Melayu ialah
seramai 1242 orang, pelajar Cina 62 orang dan pelajar India seramai 25 orang.[1]
SMK JENGKA 2 1979

Pada tahun 1979 pertambahan
pelajar tidaklah sepesat tahun-tahun sebelumnya., Jumlah pelajar SMK LKTP
Jengka 2 tahun 1979 ialah seramai 1387 orang. Sementara jumlah guru kekal 52
orang. Penyelai Sidang Petang ialah Mahasan @ Mohidin Mat Teh. Cikgu Razali Bin
Othman pula melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.[1]
Isnin, 29 Jun 2020
SMK JENGKA 2 TAHUN 1978
Pada tahun 1978 bilangan pelajar telah meningkat seramai 1353
orang. Mreka terdiri dari pada dua kelas Tingkatan 5, tiga kelas Tingkatan 4
dan tujuh kelas Tingkatan 3. Kelas lain ialah sembilan kelas Tingkatan 2 dan
tiga belas kelas Tingkatan 1. Kelas Perdagangan dibuka dan mula diajar di SMK
Jengka 2. Dua Kelas 1 Perdagangan telah dibuka. Teanga akademik pula berjumlah
48 orang. Mereka terdiri daripada tujuh orang guru siwazah dan 40 orang guru
lepasan Maktab dan seorang Guru Sementara. Kakitangan Sekolah Bukan Akademik
berjumlah 10 orang, dua oran Atendan Makmal dan seorang pelayan pejabat.
Seterusnya dua orang tukang sapu, dua orang tukang kebun dan tiga orang amah.[1]
Ahad, 28 Jun 2020
1977-SESI PETANG BERMULA
TAHUN 1977
Pertambahan murid bertambah pesat
pada tahun 1977, jumlah pelajar tahun tersebut meningkat kepadaP 1020 orang.
Persekolahan sesi petang bermula. Sidang pagi terdiri daripada murid-murid
Tingkatan 2,3 dan 4. Sementara murid Tingkatan 1 pula bersekolah di Sidanf
PetangPada tahun 1977 buat kali pertama dibuka Kelas Tingkatan 4 dengan mempunyai
77 orang murid. Mata pelajaran baru di
SMK Jengka 2 ialah Sains Pertanian dan Seni Perusahaan.[1]
[1] Majalah
Jaya 1979.14,
TAHUN 1976
oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1976 jumlah pelajar
bertambah menjadi 678 orang. Penghuni asrama pula bertambah menjadi 337 orang
Sebanyak 4 Bilik Darjah dan sebauh Bilik Sauns Rumahtangga terpaksa digunakan. Banyak masaah dihadapi
oleh penghuni asrama seperti masalah air. Mereka berjaya menghadapi semua
masaah hingga berpindah ke bangunan asrama sebenar ada bulan Mac 1976.[1]
Sabtu, 27 Jun 2020
Jumaat, 26 Jun 2020
TINGKATAN 3RK2 1998
Dri Kiri atas : hasrul ,arwah fauzi, izani,yasser,idham,Rushaidi, shahrel
tgh kiri: samsiah(cham),zura,,khadijah(djah),shahrizal,pazal,awie
duduk:kenah,,timoh,wani,cikgu linda,muslim,,lina arif
Khamis, 25 Jun 2020
TAHUN 1975
TAHUN 1975
Pada tahun 1975 bilangan pelajar
berjumlah serama 455 orang dan guru-gurunya seramai 16 orang, Bilangan penghuni
asrama telah bertambah seramai 210 orang, iaitu 121 orang putera dan 89 orang
puteri. Jumlah pelajar pula menjadi seramai 678 orang.Manakala jumlah guru
ialah semai 19 orang.[1]
SEJARAH AWAL SMK JENGKA 2
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2
dibuka pada 1 Januari 1973 merupakan sekolah menengah pertama di Jengka.Pada
masa itu bilangan pelajar seramai 87 orang.Manakala tenaga pengajarnya seramai
4 orang. Mereka ialah Encik Mat Yusoff Ismail, Puan Aminah Hj Koya, Cik
Jamaliah Aman dan dan En Ibrahim HJ Mohammad sebagai Guru Besar. Ketika itu SMK
Jengka 2 menumpang di SK Jengka 2 kerana bangunan sekolah masih dalm
pembinaan.Pada bulan Julai barulah berpindah ke bangunan sendiri. Bangunan ini
mempunyai 3 Blok, mengandungi 13 Bilik Darjah , dua Bilik Makmal Sains, dua Bilik Sains Rumahtangga, dua Bilik
Seni Peeusahan sebauh Bilik Perpustakaan dan subuah Kantin[1]
SMK JENGKA 2 1974
TAHUN 1974
Pad tahun 1974 bilangan pelajar
telah bertambah dengan kemasukan pelajar-pelajar baru Tingkatan 1. Menjadi seramai
225 orang. Tenaga pengajar pula bertambah menjadi 9 orang. Pada tahun ini juga,
dibuka Asrama sEmentara kerana kesulitan yang dialami oleh pelajar-pelajar yang
tinggal jauh daripada Jengka 2 seperti
daripada Jengka 10, Jengka 9, Jengka 4 dan Jengka 5.[1] Kementerain Pelajaran telah bersetuju
mangadakan Asrama Sementara dengan menggunakan bilik darjah yang masih
kosomg.Sebanyak lima Bilik Darjah telah digunakan bagi menmpatkan 118 orang
penghuni iaitu 71 orang putera dan 47 orang puteri.[2]
Langgan:
Catatan (Atom)