Isnin, 29 Jun 2020

SMK JENGKA 2 TAHUN 1978

Pada tahun 1978  bilangan pelajar telah meningkat seramai 1353 orang. Mreka terdiri dari pada dua kelas Tingkatan 5, tiga kelas Tingkatan 4 dan tujuh kelas Tingkatan 3. Kelas lain ialah sembilan kelas Tingkatan 2 dan tiga belas kelas Tingkatan 1. Kelas Perdagangan dibuka dan mula diajar di SMK Jengka 2. Dua Kelas 1 Perdagangan telah dibuka. Teanga akademik pula berjumlah 48 orang. Mereka terdiri daripada tujuh orang guru siwazah dan 40 orang guru lepasan Maktab dan seorang Guru Sementara. Kakitangan Sekolah Bukan Akademik berjumlah 10 orang, dua oran Atendan Makmal dan seorang pelayan pejabat. Seterusnya dua orang tukang sapu, dua orang tukang kebun dan tiga orang amah.[1]


[1] [i]Majalah Jaya 1978, 5.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan