Sabtu, 14 November 2020

BUKU SEJARAH SMKJ2 VERSI KOMIK

Sejak pencen tahun 2019 saya mula berusaha menyiapkan buku Sejarah SMKJ2 melalui penulisan ilmiah. Tetapi buku ini akan menjadi sangat tebal kerana ia bermula dari tahun 1973

-2023. Dalam tempoh yang sama saya mencari perisian buat majalah, tetapi tak jumpa.
Memang kecewa, kemudian kena strok ringan beberapa kali. Selepas itu masuk Wad Hospital IIUM selama 21 hari.Kini masih tak mampu memandu kereta dan berjalan tanpa tongkat. Banyak sungguh cabaran.
Alhamdulillah luka pembedahan dah sembuh. Walaupun saya tahu pengurusan SMKJ2 tak peduli pun kerja yang saya buat. Tetapi saya menulis bukan kerana nama. Saya cuma nak menulis Sejarah SMKJ2 tempat saya bekerja selama 23 tahun supaya tidak hilang ditelan zaman. Sokongan Dr Zaharah, Kak Bis, Nor Hafizah Ismail dan lain-lain membuatkan saya tetap yakin dapat menyiapkan buku ini.Hari ini saya terfikir, saya bekas kartunis. Kenapa tak buat komik bergambar. Semoga usaha terakhir ini dapat diterima oleh semua warga SMKJ2.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan