Khamis, 10 Oktober 2019

1996-SEKOLAH SMK JENGKA 2 MESRA ALAM


oleh-AHMAD BIN YAAKOB

Kelas Bimbingan STPM 1996 dibuat pada waktu petang. Kelas ini bermula jam 3.00 petang. Saya mengajar dua kelas iaitu Tingkatan 6AG dan 6AS. Setiap kali kelas Bimbingan pada waktu petang bermula guru yang mengajar dibenarkan makan tengahari secara percuma di Kantin SMK Jengka 2. Pengerusi PIBG SMK Jengka 2 ketika itu ialah Hj Yaakob Bin Mahadi. Saya mengenali Hj Yaakob Mahadi kerana Cikgu Muhammad Zain Mat selalu mengajak saya ke rumah Hj. Yaakob Mahadi apabila ada kerja sekolah yang berkaitan dengan PIBG.[1]

      Jam 3.00 petang saya mula Sejarah China-Jepun kerana Pensyarah UKM Dr Ali Seman minta saya memberi penekanan kepada saya untuk mengajar Sejarah China-Jepun. Beliau ketika itu merupakan Kolumnis Teknik Menjawah Sejarah STPM Kertas 2 dalam Berita Harian. Hampir setiap bulan Sya jumpa Dr Ahmad Ali Seman di Biliknya di Jabatan sejarah UKM. Ketika sedang seronok mengajar saya terkejut beruk apabila tiga ekor lembu nak masuk kelas dari Pintu Belakang 6ÂS.[2]


[1] Catatan Dairi Februari 1996.
[2] Ibid

Jumaat, 4 Oktober 2019

PETINE 1996


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Guru Penasihat Persatuan Pelajar Tingkatan 6 1996 ialah Cikgu Zulkifli Amin Bin Musa. Beliau mengajar Sejarah Kertas 6. Pada tahun 1996 saya sempat mengajar Barisan Kepimpinan PETINE ini. Antaranya ialah Pengerusi PETINE Mohd. Zuri Bin Sidi Hamat, Rose Maria Binti Karim, pelajar cemerlang Noora Bin Md.Yusoff,Rita Zahrah Binti Yahya dan K.Subramaniam.Pelajar lain ialah Hairul Nizam, Norazmi Bin Ismail, Azlan Bin Yusuf dan Norasroha Binti Mat Hussein. Apabila saya tanya apa maksud Transfomasi Masyarakat ketika mengajar 6AS, cuma K.Subramanian yang menjawab dengan tepat maksudnya ialah Perubahan Masyarakat.



Sabtu, 28 September 2019

PENGAWAS SESI PAGI 1996

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Pada tahun 1996 saya berkesempatan mengajar barisan kepimpinan Pengawas Sesi Pagi 1996 kerana mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas. Antara mereka ialah  Azlan Bin Yusuf, Norasroha Binti Mat Hussien, Subramaniam a/l Kumarasamy dan Rose Maria binti Karim.
BADAN PENGAWAS SESI PAGI
1.Ketua Pengawas Lelaki-Azlan Bin Yusuf
2.Ketua Pengawas Perempuan - Norasroha Binti Mat Hussien
3.Penolong Ketua Pengawas Lelaki- Subramaniam a/l Kumarasamy
4.Penolong Ketua Pengawas Perempuan- Rose Maria binti Karim
5.Setiausaha-1. Intan Nurliana binti Mokhtar
                      2.Anuar Bin Iismail.
6.Bendahari- Shazatul Aizan Binti Yusuf.[1]



[1] Majalah Jaya 1996,29.

Jumaat, 27 September 2019

SENARAI PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS 1996


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

01.Rose Maria Binti Karim.
02,Rita Zahrah Binti Yahya.
03.Junidah Binti Rahim.
04.Noora Binti Md Yusoff
05.Norazmi Bin Ismail
06.K.Subramaniam
07.Hamidon Bin Supaat.[1]
08.Azlan Bin Yusuf.
09.Norasroha Binti Mat Hussien.[2]
10.Nor Ruzita Binti Puteh.[3]
11.Norhaspalela Binti abdullah.
10.Siti Safur Binti Mohd Amin.[4]
11.Afzainizam 6AS
12.Azlina Binti Abbas  6AG
13.Asniyanti Binti Latif. 6AS
14.Zaini Bin Jamaludin.  6AG.[5]
15.Mohd. Najib Bin Rashid.
16.Hairul Nizan Bin Isa.
17.Hairul Nizam Bin Isa.[6]
18.Mohd. Zuri Bin Sidi Ahmad.
19.Shamsul Nizam.[7]
20.Hasliza Binti Mat Daud.[8]
21.Syed Munzir Bin Syed Saidin.
22.Junidah Binti Abdul Rahim.
23.Hani Binti Hj Abd. Rani.
24.Rohana Binti Nasir.
25.Roziah
26.Zarina.[9]
27.Siti Fatimah Binti Jaafar.
28.Rahayu Binti Yussof.[10]
29.Norafzab Binti Hashim.
30.Roslina Binti Busu.
31.Siti Fatimah Binti Yaakub.
32.Shariah Binti Selamat.[11]
33.Noriza Binti Nawi.
34.Yuzaini Binti Ahmad.[12]
35.Abd. Raubs Bin Sarahteman.[13]
36.Siti Noraini
37.Noraisan
38.Khairu Riduan.
39.Natrah
40.Norbaya
41.Asmaziah
42.Norazian


[1]Semanis Kasturi Daripada Ridaksi 1996,dalam  Majalah Jaya 1996, 2.
[2] Laporan Badan Pengawas, dalam Majalah Jaya 1996, 29
[3] Pusat Sumber sekolah, dalam Majalah Jaya  1996,30.
[4] Exco Asrama 1996, dalam Mmajlah Jaya 1996,31.
[5] Persatuan Ketua Tingkatan, dalam Majalah Jaya 1996,35.
[6] Persatuan Bahasa Melayu dalam Majalah Jaya 1996, 37.
[7] Persatuan Pelajar Tingkatan 6, dalam Majalah Jaya,41.
[8] Kelab Budaya, dalam Majalah Jaya 1996,42.
[9] Kelab Ekonomi, dalam Hajalah Jaya 1996,43.
[10] Kelab Komputer, dalam Majalah Jaya 1996,45.
[11] Persatuan Geografi dan sejarah, dalam Majalah jaya 1996,48.
[12] Kelab Bimbingan dan Kaunseling, dalam Majalah Jaya 1996,50.
[13] Kelab Catur, dalam Majalah Jaya 1996,57.

Khamis, 26 September 2019

PANORAMA SMK JENGKA 2 1996

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada tahun 1996 di sekeliling kawasan SMK Jengka 2 dikelilingi oleh pokok ketapang dan pokok lain yang besar dan redup. Manakala di bawah pokok tersebut di letak bangku yang dibuat daripada simen yang menjadi tempat pelajar belajar pada waktu petang. Suasana yang penuh kehijauan dan redup ini amat sesuai untuk dijadikan tempat pelajar Asrama dan pelajar lain berlajar secara berkumpulan.


GURU-GURU BARU SMK JENGKA 2 1996


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1996 18 orang guru baru termasuk saya telah mendaftar diri di SMK Jengka 2. Guru-Guru tersebuat ialah;
01.En. Ahmad Bin Yaakob – Guru Sejarah dan Kesusasteraan Melayu.
02.Pn Perwani binti Abdul Ghafar.-Guru Geografi dan Sejarah.
03.Pn Norhaslina binti Yahya.
04.Cik Norazita binti Taib.
05.En Hamizi bin Yaakob.
06.En. Sulaiman bin Abdullah.
07.En. Azizi bin Ramli-Pendidikan Islam.
08.Pn Arfah binti Ahmad.- Bahasa Melayu.
09.En.Mohd Zakuan bin Che Yusof – Prinsip Akaun.
10.Cik Norlalilt binti Othman.
11.Cik Normala binti Buang.
12.Cik Nik Rosnah binti Hussin.
13.En. Rohailan bin Bunyamin.
14.En. Mohd Nor  Abdullah.
15.En.Mohd Radzi bin Mat deli.
16.Cik Suzana binti Yusoff- Bahasa Inggeris.
17.En. Sharun bin Nong.
18.En. Darussalam bin Taib. Pendidikan Islam.[1]


[1] Majalah Jaya,13.

Rabu, 25 September 2019

CABARAN MENGAJAR PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS 1996


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Saya mula mengajar pelajar Tingkatan 6A Geografi dan 6A Sastera mulai 19 Januari 1996. Saya mengambil alih tugas sahabat baik sejak di UKM Cikgu Yusoff Abdullah. Terima kasih Cikgu Yusof kerana telah mengajar semua pelajar 6 Atas semasa mereka di Tingkatan 6 Rendah. Tugas yang diamanahkan kepada saya untuk mengajar Sejarah STPM Tingkatan 6 Atas amat mencabar kerana kali terakhir saya mengajar Sejarah STPM ialah pada tahun 1989 ketika mengajar di Institut Pendidikan Cemerlang, Pasir Puteh.[1]

      Saya wajib menguasai sukatan pelajaran ^Sejarah STPM 6 Aatas dan 6 Rendah dalam masa sebulan. Ppada hari sabtu saya ke UKM dan ke Kajang untuk mencari buku rujukan Sejarah STPM. Ketika itu Koperasi atau Kedai Buku UKM ada menjual buku-buku rujukan STPM. Begitu juga dengan kedai-kedai buku di Bandar Kajang. Saya juga merujuk kepada Prof Dr Nik anuar Nik Mahmud, Ketua Jabatan sejarah UKM yang banyak membuat seminar STPM Sejarah untuk mennguasai Seajarah Malaysia dan Asia Tenggara. Dr Ahmad Ali seman pula meminta saya memberi tumpuan kepada Bahagian C iaitu Sejarah China dan Jepun. Saya kerap berjumpa dengan Dr hmad Ali Seman semasa ke UKM pada tahun 1996.[2]   

      Cabaran paling besar yang saya hadapi ialah ketika mengajar Tingkatan 6 Atas Sastera. Kebanyakan pelajar perempuan kelas ini tidak suka cikgu kelakar dan menggunakan pendekatan bersahabat dengan pelajar. Setiap kali saya edarkan kertas untuk menilai p&p guru mereka mengkritik saya dan menyatakan cikgu terdahulu lebih baik kerana garang dan tegas semasa mengajar. Tetapi pelajar 6 A Geografi menerimakaedah pengajaran saya dengan baik. Menurut Ketua Pengawas, azlan Mohd Yusoff, cikgu mengajar kami sambil gelak ketawa, tetapi berkesan kerana ramai yang dapat A. Alhamdulillah semua pelajar 6AG kelas  lulus 100%., manakala seorang sahaja pelajar 6AS gagal. Alhamdulillah ketika keputusan peperiksaan STPM diumumkan 15 orang pelajar mendapat A1 dan 14 orang pelajar mendapat A2.[3]


[1] Catatan dauri 1989.
[2] Catatan Dairi 1996.
[3] Ibid.