Khamis, 25 Jun 2020

TAHUN 1975


TAHUN 1975
Pada tahun 1975 bilangan pelajar berjumlah serama 455 orang dan guru-gurunya seramai 16 orang, Bilangan penghuni asrama telah bertambah seramai 210 orang, iaitu 121 orang putera dan 89 orang puteri. Jumlah pelajar pula menjadi seramai 678 orang.Manakala jumlah guru ialah semai 19 orang.[1]


[1] Majalah Jaya 1978, 3


SEJARAH AWAL SMK JENGKA 2


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 merupakan sekolah menengah pertama di Jengka.Pada masa itu bilangan pelajar seramai 87 orang.Manakala tenaga pengajarnya seramai 4 orang. Mereka ialah Encik Mat Yusoff Ismail, Puan Aminah Hj Koya, Cik Jamaliah Aman dan dan En Ibrahim HJ Mohammad sebagai Guru Besar. Ketika itu SMK Jengka 2 menumpang di SK Jengka 2 kerana bangunan sekolah masih dalm pembinaan.Pada bulan Julai barulah berpindah ke bangunan sendiri. Bangunan ini mempunyai 3 Blok, mengandungi 13 Bilik Darjah , dua Bilik Makmal  Sains, dua Bilik Sains Rumahtangga, dua Bilik Seni Peeusahan sebauh Bilik Perpustakaan dan subuah Kantin[1]   


[1]Majalah Jaya 1978, 5

SMK JENGKA 2 1974


TAHUN 1974
Pad tahun 1974 bilangan pelajar telah bertambah dengan kemasukan pelajar-pelajar baru Tingkatan 1. Menjadi seramai 225 orang. Tenaga pengajar pula bertambah menjadi 9 orang. Pada tahun ini juga, dibuka Asrama sEmentara kerana kesulitan yang dialami oleh pelajar-pelajar yang tinggal jauh  daripada Jengka 2 seperti daripada Jengka 10, Jengka 9, Jengka 4 dan Jengka 5.[1]  Kementerain Pelajaran telah bersetuju mangadakan Asrama Sementara dengan menggunakan bilik darjah yang masih kosomg.Sebanyak lima Bilik Darjah telah digunakan bagi menmpatkan 118 orang penghuni iaitu 71 orang putera dan 47 orang puteri.[2]


[1] Temu ramah En Ibrahim Mohamad pada 7 Ogos 2015.
[2] [2]Majalah Jaya 1978, 5


Sabtu, 9 Mei 2020

PESTA GAJAH MERIAHKAN KEJOHANAN OLAHRAGA 2000


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 518)

      Setiausaha  Ssukan Cikgu Md. Lazim Ngah, telah membawa kelainan pada ari Sukan SMK Jengka 2 apabila menyewa gajah dari Kuala Gandah. Cikgu Md Lazim merupakan nadi kecemerlangan Sukan SMK Jengka 2. Beliau mula berkhidmat di SMK Jengka 2 pada 1 Disember 1989 dan bertukar ke Terengganu pada 30 Mei 2000.[1] Saya fikir, inilah Kejohanan Olahraga tahunan yang paling meriah sejak bertukar ke SMK Jengka 2 1996. Terima kasih sahabat.

[1]Majalah Jaya 2000, 21.

Ahad, 1 Mac 2020

WABAK DENGGI DI SMK JENGKA 2 TAHUN 1975


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Menurut Guru Besar Hj. Ibrahim Muhammad, peristiwa yang paling meyedihkan beliau ialah penyakit denggi yang melanda pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Penyakit yang baru menular di negara kita itu menyebabkan dua orang pelajar meninggal dunia.[1] Menurut Cikgu Jaffar bin Nasir yang merupakan Guru Asrama SMK Jengka 2 ketika itu beberapa orang pelajar sekolah telah dijangkiti demam denggi berdarah dan ada yang meninggal dunia.[2] Allahyarham Cikgu Nasharuddin Rashid pula menyatakan pelajar yang meninggal tersebut ialah aruah abangnya dari Felda Jengka 7.[3]Allahyarham abangnya tidak dapat diselamatkan kerana lambat dihantar ke Hospital Mentakab. Pada 23 Jun 1975, pelajar Asrama Putera Ridzuan bin Zakaria, meninggal dunia di Rumah Sakit Mentakab. Pada 2 Julai 1975, Mohd. Salleh bin Abas pula meninggal dunia di Rumah Sakit Mentakab.[4]


[1]Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2015.
[2] Temu ramah En Mohd Jaffar bin Nasir melalui was apt  pada 17 Mei 2018.
[3]Temu ramah En Nasharuddin bin Rashid pada 1 April 2003..
[4]  Majalah Jaya. 1978,9.

Selasa, 25 Februari 2020

PASUKAN BOLA SEPAK SMK JENGKA 2 TAHUN 1974.


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1974, sukan bola sepak telah ditubuhkan di SMK LKTP Jengka 2. Sekolah Menengah Jengka 2 masih menumpang padang Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 2 yang terletak di sebelah Makmal Sains, Pusat Sains SMK Jengka 2 sekarang. Jumlah pelajar ketika itu meningkat kepada 225 orang.Oleh itu jurulatih bola sepak dapat memilih pemain dari kalangan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.Menurut Muhammad Zan bin Mat, antara pemain bolasepak yang mewakili SMK Jengka 2 ialah Khazami bin  Mokhtar, Dato’ Abu Bakar Harun dan Kamal bin Din.[1] Pasukan Bola sepak SMK Jengka 2 telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Bola Sepak SMK Maran.[2]



[1] Temu ramah Cikgu Muhammad Zain bin Mat pada 7 April 2014.
[2] Majalah Jaya,8.

Rabu, 19 Februari 2020

HARI INI DALAM SEJARAH SMK JENGKA 2


PERISTIWA 1973
1 JANUARI 1993-Tuan Guru Besar Encik Ibrahim Haji Muhammad melapor  diri sebagai Guru Besar pertama.[1]

__________________________
[1]Majalah Jaya 1978,7.