Label
- TAHUN 1973
- TAHUN 1974
- TAHUN 1975
- TAHUN 1976
- TAHUN 1977
- TAHUN 1978
- TAHUN 1979
- TAHUN 1980
- TAHUN 1982
- TAHUN 1985
- TAHUN 1987
- TAHUN 1988
- TAHUN 1989
- TAHUN 1992
- TAHUN 1996
- TAHUN 1997
- TAHUN 1999
- TAHUN 2000
- TAHUN 2003
- TAHUN 2006
- TAHUN 2007
- TAHUN 2009
- TAHUN 2010
- TAHUN 2012
- TAHUN 2013
- TAHUN 2014
- TAHUN 2015
- TAHUN 2017
- TAHUN 2018
- TAHUN 2019
Sabtu, 27 Jun 2020
Jumaat, 26 Jun 2020
TINGKATAN 3RK2 1998
Dri Kiri atas : hasrul ,arwah fauzi, izani,yasser,idham,Rushaidi, shahrel
tgh kiri: samsiah(cham),zura,,khadijah(djah),shahrizal,pazal,awie
duduk:kenah,,timoh,wani,cikgu linda,muslim,,lina arif
Khamis, 25 Jun 2020
TAHUN 1975
TAHUN 1975
Pada tahun 1975 bilangan pelajar
berjumlah serama 455 orang dan guru-gurunya seramai 16 orang, Bilangan penghuni
asrama telah bertambah seramai 210 orang, iaitu 121 orang putera dan 89 orang
puteri. Jumlah pelajar pula menjadi seramai 678 orang.Manakala jumlah guru
ialah semai 19 orang.[1]
SEJARAH AWAL SMK JENGKA 2
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2
dibuka pada 1 Januari 1973 merupakan sekolah menengah pertama di Jengka.Pada
masa itu bilangan pelajar seramai 87 orang.Manakala tenaga pengajarnya seramai
4 orang. Mereka ialah Encik Mat Yusoff Ismail, Puan Aminah Hj Koya, Cik
Jamaliah Aman dan dan En Ibrahim HJ Mohammad sebagai Guru Besar. Ketika itu SMK
Jengka 2 menumpang di SK Jengka 2 kerana bangunan sekolah masih dalm
pembinaan.Pada bulan Julai barulah berpindah ke bangunan sendiri. Bangunan ini
mempunyai 3 Blok, mengandungi 13 Bilik Darjah , dua Bilik Makmal Sains, dua Bilik Sains Rumahtangga, dua Bilik
Seni Peeusahan sebauh Bilik Perpustakaan dan subuah Kantin[1]
SMK JENGKA 2 1974
TAHUN 1974
Pad tahun 1974 bilangan pelajar
telah bertambah dengan kemasukan pelajar-pelajar baru Tingkatan 1. Menjadi seramai
225 orang. Tenaga pengajar pula bertambah menjadi 9 orang. Pada tahun ini juga,
dibuka Asrama sEmentara kerana kesulitan yang dialami oleh pelajar-pelajar yang
tinggal jauh daripada Jengka 2 seperti
daripada Jengka 10, Jengka 9, Jengka 4 dan Jengka 5.[1] Kementerain Pelajaran telah bersetuju
mangadakan Asrama Sementara dengan menggunakan bilik darjah yang masih
kosomg.Sebanyak lima Bilik Darjah telah digunakan bagi menmpatkan 118 orang
penghuni iaitu 71 orang putera dan 47 orang puteri.[2]
Sabtu, 9 Mei 2020
PESTA GAJAH MERIAHKAN KEJOHANAN OLAHRAGA 2000
(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 518)
Setiausaha Ssukan Cikgu Md. Lazim Ngah, telah membawa
kelainan pada ari Sukan SMK Jengka 2 apabila menyewa gajah dari Kuala Gandah.
Cikgu Md Lazim merupakan nadi kecemerlangan Sukan SMK Jengka 2. Beliau mula
berkhidmat di SMK Jengka 2 pada 1 Disember 1989 dan bertukar ke Terengganu pada
30 Mei 2000.[1]
Saya fikir, inilah Kejohanan Olahraga tahunan yang paling meriah sejak bertukar
ke SMK Jengka 2 1996. Terima kasih sahabat.
[1]Majalah
Jaya 2000, 21.
Ahad, 1 Mac 2020
WABAK DENGGI DI SMK JENGKA 2 TAHUN 1975
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Guru Besar Hj. Ibrahim
Muhammad, peristiwa yang paling meyedihkan beliau ialah penyakit denggi yang
melanda pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Penyakit yang baru
menular di negara kita itu menyebabkan dua orang pelajar meninggal dunia.[1] Menurut
Cikgu Jaffar bin Nasir yang merupakan Guru Asrama SMK Jengka 2 ketika itu
beberapa orang pelajar sekolah telah dijangkiti demam denggi berdarah dan ada
yang meninggal dunia.[2]
Allahyarham Cikgu Nasharuddin Rashid pula menyatakan pelajar yang meninggal
tersebut ialah aruah abangnya dari Felda Jengka 7.[3]Allahyarham
abangnya tidak dapat diselamatkan kerana lambat dihantar ke Hospital Mentakab.
Pada 23 Jun 1975, pelajar Asrama Putera Ridzuan bin Zakaria, meninggal dunia di
Rumah Sakit Mentakab. Pada 2 Julai 1975, Mohd. Salleh bin Abas pula meninggal
dunia di Rumah Sakit Mentakab.[4]
[1]Temu
ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2015.
[2] Temu
ramah En Mohd Jaffar bin Nasir melalui was apt
pada 17 Mei 2018.
[3]Temu
ramah En Nasharuddin bin Rashid pada 1 April 2003..
[4] Majalah Jaya. 1978,9.
Langgan:
Catatan (Atom)




