SUMBER-HJ ISNIN ABU
Label
- TAHUN 1973
- TAHUN 1974
- TAHUN 1975
- TAHUN 1976
- TAHUN 1977
- TAHUN 1978
- TAHUN 1979
- TAHUN 1980
- TAHUN 1982
- TAHUN 1985
- TAHUN 1987
- TAHUN 1988
- TAHUN 1989
- TAHUN 1992
- TAHUN 1996
- TAHUN 1997
- TAHUN 1999
- TAHUN 2000
- TAHUN 2003
- TAHUN 2006
- TAHUN 2007
- TAHUN 2009
- TAHUN 2010
- TAHUN 2012
- TAHUN 2013
- TAHUN 2014
- TAHUN 2015
- TAHUN 2017
- TAHUN 2018
- TAHUN 2019
Jumaat, 9 Jun 2017
Khamis, 11 Mei 2017
DR ALI HANAFIAH PELAJAR SMKJ2 PERTAMA MENCEBURI BIDANG PERUBATAN
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Mohd Ali Hanafiah Bin Mat Soad dilahirkan
di Kuala Lipis, Pahang pada tahun 1972. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Ulu Jempol .Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dari tingkatan satu pada tahun 1985 hingga tingkatan tiga pada
tahun 1987.[1]
Setelah
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SRP,Ketika di tingkatan
empat,beliau menlanjutkan pelajaran beliau di Maktab Sultan Abu Bakar (English
College) di Johor Bharu.[2]
Beliau kemudiann melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke New Zeeland.
Pada tahun 2002. Setelah tamat pengajian beliau kembali ke Malaysia dan berkhidmat
sebagai doktor perubatan di Hospital Tunku Ampuan Afzan, Kuantan. Pada tahun
2005 beliau membuka Klinik Ali di Bandar Pusat Jengka.
Selasa, 25 April 2017
Sabtu, 25 Februari 2017
MOHD ANUAR CHE HASSAN MENINGGAL DUNIA
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Mohd Anuar Che Hassan telah meningal dunia pada malam 24 Februari 2017 akibat mengidap sakit jantung. Beliau pernah berkhidmat di SMK Jengka 2 pada tahun 2008 hingga 2011.Allahyarham kemudiannya berkhidmat di SMK Jengka Pusat mulai tahun 2012 hingga 2017. Beliau merupakan seorang guru yang amat tegas mendidik pelajar. Di bawah kepimpinan beliau pelajar Pusat Sains SMK Jengka 2 mendapat anugerah Pusat Sains Terbaik Luar Bandar. Al-Fatihah untuk keluarha allayarham.
Jumaat, 27 Januari 2017
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK JENGKA 2 TAHUN 2017
OLEH – AHMAD BIN YAAKOB
Rasional diadakan Kejohanan Merentas Desa
peringkat sekolah pada hari Jumaat 20 Januari 2017 ialah untuk mengesan bakat
pelajar dalam larian jarak jauh seterusnya dapat mewakili sekolah dan ke
peringkat yang lebih tinggi. Kejohanan ini dirasmikan oleh Tuan Pengetua Hajah
Saimah binti Hassan.
Objektif utama Kejohanan Merentas Desa
SMK Jengka 2 ialah;
1.Meningkatkan kecergasan dan
kesihatan jasmani warga sekolah.
2.Memupuk kerjasama masyarakat
setempat bersama-sama warga sekolah.
3.Merealisasikan dasar sukan negara iaitu “Sukan Untuk Semua”.
Sabtu, 14 Januari 2017
CERAMAH JEJAK KEMERDEKAAN 2014
Acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-57
tahun ini diolah mengikut kesesuaian susulan tragedi pesawat Malaysia Airlines
MH17 dan MH370 termasuk membatalkan acara tradisi seperti Ambang Merdeka selain
acara hiburan dan pertunjukan bunga api.Sambutan kemerdekaan negara tahun ini
amat istimewa kerana negara kita mernyambut ulang tahun kemerdekaan ke-57
dan Malaysia pula mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957 dan ia sesuatu yang tidak akan berlaku lagi.
Pada tahun ini, tiada sambutan ambang
merdeka namun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan menyampaikan
amanat merdeka di MATIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang akan disiarkan
secara langsung.Aacara bunga api anjuran pihak kerajaan juga a dibatalkan.Bagi
umat Islam, majlis bacaan Yassin dan selawat akan diadakan di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur pada 15 Ogos, penganut Hindu di Selayang juga pada 15 Ogos,
penganut Buddha di Sentul, Kuala Lumpur pada 17 Ogos dan Kristian di Shah Alam
pada 17 Ogos.
Pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan
kibar Jalur Gemilang pula akan diadakan di Putrajaya pada 18 Ogos yang dihadiri
warga Putrajaya termasuk petugas sektor awam, katanya.Sambutan Hari Malaysia di
Dataran Kipas, Miri, Sarawak akan diadakan seperti biasa pada 16 September.
Pada tahun ini Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Jengka 2 mengarahkan saya mengadakan ceramah Jejak Kemerdekaan
selama satu jam setengah. Majlis Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah bermula pada 16 Ogos 2014 hingga 12 September
2014. Matlamatnya ialah untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme
dikalangan guru dan pelajar SMK Jengka 2.
Selasa, 10 Januari 2017
MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA KELIMA ABDUL RAHIM BIN MUHAMMAD
Encik Abdul Rahim Muhammad menjawat
jawatan sebagai Pengetua Sekolah Menengah Jengka 2 selama dua tahun iaitu mulai
tahun 1986 hingga 1988. Beliau merupakan seorang Pengetua yang banyak mencatat sejarah penting
dalam perkembangan perkembangan Kelas Pendidikan Khas dan penubuhan Kelas
Tingkatan 6 Rendah Sastera di SMK Jengka 2.[1]
Catatan sejarah pertama ialah penubuhan
Kelas Rancangan Khas di SMK Jengka 2 pada tahun 1986. Manakala Kelas Tingkatan
6 Rendah pula mula dibuka pada 4 Mei 1987.[2]
Catatan sejarah ketiga ialah pelajar sulung STPM 1988 mencatat kelulusan 100%.
Pada zaman beliau juga Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 naik taraf dari
gred B kepada Gred A.[3]
Langgan:
Catatan (Atom)











