Sabtu, 2 Julai 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN AMBANG SYAWAL

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN AMBANG SYAWAL
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Majlis Khatam al-Quran merupakan acara rasmi tahunan yang diadakan di Dewan al-Khindi Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyertai majlis ini tediri dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 A. Majlis tadarus bermula sejak awal Ramadan lagi. Antara guru pembimbing pelajar Tingkatan 6 ialah Tuan Haji Zolkefli Sabran, Hairul Bahari Zahari, Hajah Idawati Yusof, Puan Noraini Hamid dan lain-lain.

      Pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 dibimbing oleh Usaz Wan Zakaria Wan Ngah, Ustaz Aidudin Md Daud, En Azman Halim dan lain-lain. Majlis khatam al-Quran ini dipi,pin oleh  Imam Muda Nuri bin Arbain. Majlis Khatam Al-Quran bermula jam 8.00 pagi. Manakala ceramah Ambang Syawal oleh Imam Muda Nuri bin Arbain bermula jam 8.40 pagi hingga 10.20 pagi

Guru pembimbing pelajar perempuan dan pelajar-pelajar perempuan yang terlibat dengan Majlis Khatam al-Quran mengambil tempat masing-masing.

    Majlis Khatam Al-Quran bermula.


Blogger bergambar besama Imam Muda Nuri  bin Arbain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan