Jumaat, 1 Julai 2016

SMK JENGKA 2 DI BAWAH PENTADBIRAN AHMAD TAJUDDIN ABDUL HAMID 1980-30 MAC 1985

1.BOLASEPAK
Pasukan bolasepak yang dilatih oleh Encik Ayob dan Roslan muncul juara MSSM B-18 tahun mengalahkan SMK Maran.[1]
2.BOLA JARING
Pasukan bola jaring yang dibimbing oleh Cik Wan Kamsiah Wan Osman kalah kepada SMKJ6
dan SMK Maran dan mendapat tempat ketiga.
3.BADMINTON
      Pasukan badminton lelaki yang dilatih oleh Chandran Abraham dan Mat Husain Ishak muncul naib juara MSSD Maran setelah kalah 5-0 kepada SMK Maran.
      Pada tahun 1985 SMK Jengka 2 berjaya melahirkan jaguh catur iaitu Yahya Ahmad dari Tingkatan 5 Biru yang berjaya mewakili daerah Maran ke peringkat MSSP. Pengetua baru Encik Abdul Aziz menganggap tahap pencapaian ko-kurikulum SMK Jengka 2 cuma berada ditahap sederhana sahaja. Menurut beliau pencapaian sukan bolasepak, hoki, bolatampar, sepak takraw dan olahraga cuma ditahap sederhana sahaja.[2]



[1] Majalah Jaya 1985, hlm.76.
[2] Wawancara, Majalah Jaya 1985, hlm.20.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan